NEW
Font size
WorksheetsKonsep Kenabian KSSM Pelajaran 12
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Berikan maksud nabi?
Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah dan dikurniakan wahyu kepadanya tetapi tidak diperintah untuk menyampaikannya kepada orang lain.
Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah dan dikurniakan wahyu kepadanya serta diperintah untuk menyampaikannya kepada umat.
Seorang yang dipilih oleh Allah dan dikurniakan wahyu kepadanya tetapi tidak diperintah untuk menyampaikannya kepada orang lain.
Pengertian rasul ialah ____________.
seorang lelaki yang dipilih oleh Allah dan dikurniakan wahyu kepadanya serta diperintah untuk menyampaikannya kepada umat
seorang lelaki yang dipilih oleh Allah dan dikurniakan wahyu kepadanya tetapi tidak diperintah untuk menyampaikan kepada orang lain
meyakini bahawa Allah mengutuskan nabi dan rasul kepada umat manusia
Setiap muslim wajib beriman kepada ______ orang rasul.
10
20
25
40
Maksud Ismatur Rasul ialah pemeliharaan Allah SWT terhadap para rasul daripada ___________________ dalam apa bentuk sekalipun sama ada ____________________.
melakukan amal soleh, solat atau membaca al-Quran
melakukan dosa, dosa kecil atau dosa besar
melakukan maksiat, taat perintah Allah atau ingkar perintah-Nya
Berikut adalah sifat Wajib bagi rasul kecuali _____________.
Siddiq
Baladah
Fatonah
Khianat merupakan sifat _______ bagi rasul.
Mustahil
Harus
Wajib
Tabligh bermaksud ______.
jujur
menyampaikan
bijaksana
Hikmah rasul dipilih dalam kalangan manusia ialah _____________.
rasul dapat menunjukkan contoh ikutan yang sempurna
rasul berjanji memberi rezeki kepada hamba yang bersyukur
rasul berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki hamba
Antara contoh sifat Harus bagi rasul adalah ________________
A. siddiq
B. tabligh
C. amanah
D. makan dan minum
Sifat Wajib bagi seorang rasul ialah ________
A. Siddiq
B. Kitman
C. Khianat
D. Baladah
Pilih padananan contoh Mukjizat Hissiyah bagi rasul yang tepat.
I Nabi Saleh : Seekor unta yang sempurna sifatnya keluar daripada batu.
II Nabi Musa : 12 mata air terpancar daripada batu yang dipukul dengan tongkatnya.
III Nabi Isa : Api tidak terbakar apabila dicampakkannya ke dalam unggun api yang besar.
IV Nabi Muhammad SAW : Membuat burung daripada tanah kemudian meniupnya lalu burung tersebut hidup.
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. I dan III
Mukjizat dari segi istilah bermaksud perkara ___________ yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan mereka.
rutin seharian
wajib dan sunat
luar biasa
terbaik
