WorksheetsPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Kita perlulah memaklumkan kepada ibu bapa sekiranya hendak keluar bermain dengan rakan-rakan.
Betul
Salah
Mengikut orang yang tidak dikenali perlulah diamalkan.
Betul
Salah
Saya perlu sentiasa menjaga keselamatan diri apabila berada di luar rumah.
Betul
Salah
Apakah tindakan yang patut kamu ambil sekiranya ada rakan yang mengajak kamu bermain dengan api?
Mengelakkan diri daripada aktiviti berbahaya.
Bersetuju untuk bermain api bersama-sama.
Jika tiba-tiba kamu didekati oleh orang yang tidak dikenali, kamu perlulah...
menegur dan berbual dengannya.
menjauhkan diri dan cari tempat yang lebih ramai orang.
Sikap berhati-hati dalam pergaulan sesama rakan perlu diamalkan agar kamu tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang berbahaya.
Betul
Salah
Kamu berada di rumah seorang diri. Tiba-tiba ada orang yang tidak kamu kenali cuba meminta izin untuk masuk ke dalam rumah kamu. Apakah yang perlu kamu lakukan?
Kekal berada di dalam rumah dan tidak sesekali membuka pintu.
Mengizinkan orang tersebut masuk.
Sebagai seorang kanak-kanak yang bijak, situasi yang manakah menjadi pilihan kamu?
Menyiapkan kerja sekolah sebelum keluar bermain dengan rakan.
Keluar bermain tanpa menghiraukan kerja sekolah yang belum disiapkan.
Jika ada orang yang tidak dikenali hendak memberikan mainan kepada kamu, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan?
Mengambil mainan tersebut.
Katakan "tak nak" dan segera pergi jauh dari orang itu.
Sebagai kanak-kanak yang hebat, situasi manakah yang menjadi pilihan kamu?
Mengikut ajakan dan pelawaan daripada orang yang tidak dikenali yang telah memberikan kamu aiskrim.
Mengatakan "tak nak" kepada pemberian aiskrim daripada orang yang tidak dikenali dan segera pulang ke rumah.
