wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Tingkatan 4

Total questions: 40

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan jualan pada harga kos?

a)

Penetapan harga lebih rendah berbanding kos sebenar

b)

Penetapan harga jualan barang di bawah harga pesaing

2.

Apakah kelebihan yang dinikmati oleh francaisi?

a)

Modal perniagaan bertambah

b)

Risiko kegagalan perniagaan dapat dikurangkan

3.

Berikut merupakan maklumat Perniagaan Kilang Batik Indah.


Jualan Tahunan : 5 Juta

Bilangan Pekerja Tetap : 70 orang


Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah

a)

Besar

b)

Sederhana

c)

Kecil

d)

Antarabangsa

4.

Antara yang berikut, pernyataan manakah benar tentang ciri-ciri perniagaan francais?

a)

Francaisi perlu membayar fi kepada francaisor

b)

Francaisor menyediakan latihan pengurusan kedai

c)

Francaisor dan francaisi menjalankan perniagaan secara bersama

d)

Francaisor kehilangan hak pemilikan perniagaan

5.

Antara yang berikut, kriteria yang manakah menentukan saiz perniagaan?

a)

Jumlah keuntungan tahunan

b)

Jumlah jualan tahunan

c)

Bilangan pekerja tetap

d)

Jumlah modal dilaburkan

6.

Perniagaan manakah merupakan perniagaan berskala global?

a)

Kedai Perabot Mega

b)

Syarikat Penerbangan Air Asia

c)

Pasar Raya Nirwana

d)

Kilang Kek Merry

7.

Penyataan manakah betul mengenai kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT)?

a)

PLT mudah diuruskan

b)

Semua rakan kongsi PLT mempunyai tanggungan terhad

c)

Menanggung liabiti tidak terhad

d)

Perlu dibubarkan jika rakan kongsi meninggal dunia

8.

Apakah kelebihan bagi perniagaan bersaiz sederhana?

a)

Perniagaan ini berupaya untuk membuat sesuatu perubahan dengan cepat dan mudah

b)

Perniagaan ini perlu melaporkan kedudukan kewangan mereka kepada orang ramai

c)

Menawarkan peluang kerjaya yang menarik kepada pekerjanya.

d)

Hubungan yang rapat antara majikan dan pekerja

9.

Maklumat di bawah berkaitan rakan kongsi, Encik Malik.


Encik Malik ialah rakan kongsi kepada sebuah restoran bersama Encik Halim. Beliau tiada masa untuk terlibat dalam hal ehwal perniagaan restoran, memandangkan beliau sibuk dengan tugas sebagai pengurus di sebuah syarikat pembinaan.


Apakah jenis rakan kongsi tersebut?

a)

Rakan kongsi aktif

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi berhad

d)

Rakan kongsi nominal

10.

Agensi kerajaan yang manakah membantu peniaga tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa?

a)

MARA

b)

MARTRADE

11.

Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.


* Menurunkan kadar cukai

* Menurunkan kadar faedah


Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk nmengatasi masalah

a)

inflasi

b)

deflasi

c)

subsidi

d)

peningkatan cukai

12.

Antara yang berikut, manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek undang-undang?


I. Pembangunan dalam teknologi digital

II. Sistem perniagaan yang adil dapat diwujudkan

III. Perlindungan daripada gejala penipuan

dalam perniagaan

IV. Pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan

oleh kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Berikut merupakan faktor yang menyebabkan persekitaran perniagaan berubah.


i. Pekerja kurang bermotivasi

ii. Keadaan ekonomi semakin lembab


Apakah kesan terhadap trend perniagaan?.

a)

trend perniagaan malar

b)

trend perniagaan meningkat

c)

trend perniagaan mendatar

d)

trend perniagaan menurun

14.

Yang manakah pasaran dalam trend persekitaran perniagaan?

a)

Pasaran untuk semua

b)

Pasaran semasa

c)

Pasaran tempatan

d)

Pasaran Kualitatif

15.

Berikan kelebihan menggunakan sumber manusia dalaman dalam sesebuah organisasi.

a)

Memotivasikan pekerja

b)

Meningkatkan taraf hidup pekerja

c)

Menjana pendapatan pekerja

d)

Menawarkan perkhidmatan pekerja

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.


Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas


Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya Pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

17.

Pernyataan manakah berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia?


I Memberikan pinjaman jangka panjang kepada

perniagaan

II Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang

III Mengawal selia sistem pembayaran negara

IV Memantau dan mengawal keadaan ekonomi.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga ?

a)

MARA

b)

FELDA

c)

MARDI

d)

SIRIM

19.

Apakah kelebihan mengambil pekerja dari luar organisasi bagi menjawat sesuatu jawatan?

a)

Pekerja mudah menyesuaikan diri melaksanakan tugasan baharu

b)

Meningkatkan motivasi pekerja menghadapi cabaran

c)

Menjimatkan kos kenaikan pangkat sumber dalaman

d)

Perkongsian idea baharu

20.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani inflasi?

a)

Melalui dasar kerajaan

b)

Meningkatkan permintaan barang

c)

Meningkatkan pengimportan barang

d)

Meningkatkan kadar faedah

21.

Antara yang berikut, pernyataan manakah menerangkan maksud visi?

a)

ia merupakan sebab perniagaan ditubuhkan

b)

matlamat organisasi untuk jangka masa pendek

c)

apa yang ingin dicapai dalam jangka masa panjang

d)

dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang

22.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang objektif?

a)

menggariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi

b)

menjadi garis panduan dalam pengurusan perniagaan

c)

matlamat atau sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

tujuan atau matlamat utama perniagaan itu dibentuk oleh peniaga

23.

sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. apakah maksud spesifik?

a)

jangka masa sesuatu objektif perlu dinyatakan secara tepat

b)

objektif yang dibentuk perlu dinyatakan dengan jelas dan bersistem

c)

setiap objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik

d)

objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh yang diberikan

24.

pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu ciri objektif.

jika kita hendak membentuk objektif, maka objektif yang dibentuk itu mestilah bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan.

apakah ciri yang dimaksudkan?

a)

spesifik

b)

realisitik

c)

boleh diukur

d)

boleh dicapai

25.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pernyataan objektif sebuah organisasi perniagaan.

meningkatkan keuntungan sebanyak 15% daripada hasil jualan dalam jangka masa tiga bulan yang akan datang.

apakah ciri yang terdapat dalam pernyataan objektif di atas?

a)

fleksibel

b)

jangka masa

c)

boleh diukur

d)

mudah difahami

26.

Encik Jasmi telah menubuhkan perniagaan kraftangan di Merlimau, Melaka pada 1 Julai 2016. Apakah visi yang sesuai bagi perniagaan Encik Jasmi?

a)

jualan sebanyak 50 unit bakul rotan sebulan

b)

melahirkan pekerja yang mahir membuat bakul rotan

c)

menghasilkan pengeluaran sebanyak 200 unit sebulan

d)

untuk menjadi sebuah perniagaan yang disegani dan dicontohi

27.

Syarikat Super menanggung kos tetap sebanyak RM 250 000 dalam pengeluaran basikal. Harga sebuah basikal dijual ialah RM200 manakala kos berubah bagi sebuah basikal ialah RM150. Hitungkan titik pulang modal Syarikat Super.

a)

625 buah basikal

b)

800 buah basikal

c)

2500 buah basikal

d)

5000 buah basikal

28.

Apakah kesan negatif yang wujud jika sesebuah perniagaan tidak membentuk objektif perniagaan yang sesuai?

a)

Perniagaan berlaku kerugian

b)

Sumber tidak diagih dengan betul

c)

Wawasan perniagaan tidak dapat dicapai

d)

Perniagaan tidak berada pada landasan yang betul

29.

Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?


I Ekonomi

II Sosiobudaya

III Sumber manusia

IV Kewangan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

30.

Mengapakah penetapan visi penting untuk sesebuah organisasi?

a)

Membantu mecapai matlamat penubuhan organisasi

b)

Bertindak sebagai garis panduan pekerja bahagian operasi

c)

Menjadi pendorong kuat kepada pihak pengurusan dan pekerja

d)

Membantu meningkatkan jualan dan keuntungan dalam jangka pendek

31.

Peranan bahagian sumber manusia ialah ..................................... (Pilih 3 jawapan)

a)

perhubungan keselamatan

b)

perhubungan industri

c)

perancangan sumber manusia

d)

latihan dan pembangunan

32.

Tujuan penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah organisasi perniagaan adalah ...............?

a)

Memperluas skop perniagaan

b)

Memperluas pulangan saham

33.

Tujuan bahagian fungsian kewangan adalah untuk ..............................?

a)

memastikan sumber keselamatan yang terhad ditolak

b)

Memastikan sumber kewangan yang terhad diagihkan dan dibelanjakan dalam aktiviti perniagaan

34.

Saluran agihan manakah yang sesuai dengan produk tersebut?

a)

Pengeluar kepada Pengguna

b)

Pengeluar kepada peruncit kepada Pengguna

c)

Pengeluar kepada ejen kepada peruncit kepada Pengguna

d)

Pengeluar kepada pemborong kepada peruncit kepada Pengguna

35.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan unsur dalam proses komunikasi.

  • Penting untuk mengukur tahap keberkesanan proses komunikasi
  • Boleh terdiri daripada tulisan, kata atau isyarat badan

Apakah unsur tersebut?

a)

dekod

b)

enkod

c)

saluran

d)

maklum balas

36.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu bahagian fungsian

· Menjalankan urusan dalam organisasi

· Mengendalikan mesyuarat

· Menguruskan rekod

Apakah baghagian fungsian tersebut?

a)

Pembelian

b)

Pemasaran

c)

Pengagihan

d)

Pentadbiran

37.

kepentingan pasaran baharu ialah........?

a)

membantu mewujudkan peluang pekerjaan

b)

membantu mewujudkan peluang sasaran

38.

bahagian fungsian jualan dibentuk bertujuan untuk,............................................?

a)

Memastikan jumlah sasaran jualan yang telah ditetapkan tercapai

b)

Memastikan jumlah sasaran jualan yang diminta tercapai

39.

peranan bahagian fungsian khidmat pelanggan ialah,...................................?

a)

Menyediakan lebih banyak doktor pakar bagi memastikan pelanggan puas hati

b)

Menyediakan pakar bagi memberikan maklumat

40.

pembangunan produk dan strategi pertubuhan kepada perniagaan bertujuan untuk,...........................?

a)

Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran yang sedia ada

b)

Memperkenalkan cara lebih efektif bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan