wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

anyaman ting 3

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Kegiatan menganyam perlu dilakukan pada waktu yang sesuai supaya daun mengkuang lebih mudah dianyam. Bilakah waktu yang sesuai proses menganyam dilakukan? Tandakan semua jawapan yang paling tepat.

a)

Waktu Tengah hari

b)

Waktu pagi

c)

Waktu petang

d)

Waktu malam

2.

Apakah ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada dalam hasil seni anyaman?

a)

Hasil anyaman mempunyai kelarai yang berwarna-warni dengan susunan menarik.

b)

Hasil anyaman mempunyai kelarai yang yang disusun rapat dan menarik.

c)

Hasil anyaman yang tegang,rapat dan tidak longgar.

3.

Pemilihan bahan asas seni anyaman juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kekemasan sesebuah hasil seni anyaman.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Bukti kewujudannya boleh dilihat pada?

a)

Hasil anyaman tikar mengkuang di rumah masyarakat Melayu.

b)

Hasil kraf anyaman masyarakat orang Asli yang masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

c)

Rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini.

5.

Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Bukti kewujudannya boleh dilihat pada?

a)

Hasil anyaman tikar mengkuang di rumah masyarakat Melayu.

b)

Hasil kraf anyaman masyarakat orang Asli yang masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

c)

Rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini.

6.

Apakah sebabnya proses menganyam amat sesuai dilakukan dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin?

a)

Supaya penganyam merasa lebih selesa sepanjang proses menganyam dan hasil anyaman juga dapat disiapkan sebelum daun menjadi kering dan pecah.

b)

Bahan anyaman lebih mudah diperolehi pada musim cuaca lembab dan dingin.

c)

Supaya daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah.

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai?

a)

Corak bunga seni ukiran

b)

Corak atau motif flora pada seni batik

c)

Corak atau motif fauna pada seni tekat

d)

Corak yang terbentuk daripada proses anyaman

8.

Melayur daun mengkuang di atas bara api bertujuan untuk...

a)

melicinkan daun

b)

mewarnakan daun

c)

melembutkan daun

d)

mengeringkan daun

9.

Kelarai Bunga cengkih termasuk dalam seni motif...

a)

flora

b)

fauna

c)

nama manusia

10.

Pokok mengkuang merupakan...

a)

motif anyaman

b)

alat seni anyaman

c)

bahan anyaman

d)

fungsi deni

11.

Proses penyediaan daun mengkuang dimulakan dengan menetak daun dan diakhiri dengan ...

a)

melayur

b)

menjangka

c)

menitik

d)

mewarna

12.

Anyaman gadas

a)

digunakan sebagai tikar pelapik

b)

motif berbentuk dam

c)

memerlukan penyisip

13.

Hasil anyaman di atas dinamakan...

a)

bidai

b)

nyiru

c)

lekar

d)

raga

14.

Pilihan manakah yang tepat bagi nama motif anyaman kelarai bercirikan fauna?

a)

A. Kelarai bunga cengkih

b)

B. Kelarai buntut siput

c)

C. Kelarai Mak Mek

d)

D. Kelarai bunga api

15.

Apakah nama motif Anyaman Kelarai di atas?

a)

Buntut Siput

b)

Bunga Cengkih

c)

Mak Mek

16.

Seni anyaman merupakan ......

a)

proses menjalin secara silang-menyilang

b)

proses bersuji

c)

proses menyusun daun mengkuang

d)

proses berulang-ulang merapatkan daun mengkuang

17.

Seni anyaman dianggap sempurna jika .............

a)

anyaman menggunakan daun mengkuang

b)

anyaman rapat dan tidak longgar

c)

anyaman mempunyai motif menarik

d)

anyaman boleh dijual

18.

Apakah nama jenis anyaman tersebut ?

a)

anyaman kelarai

b)

anyaman daun mengkuang

c)

anyaman gadas

d)

anyaman tikar mengkuang

19.

Anyaman kelarai tersebut menggunakan motif .......

a)

Kelarai Tapak Gajah

b)

Kelarai Tapak Harimau

c)

Kelarai Bunga Cengkih

d)

Kelarai Bunga Api

20.

Apakah fungsi yang biasa bagi anyaman gadas ?

a)

sebagai pakaian tradisional kaum orang asli

b)

sebagai selimut pada zaman dahulu

c)

sebagai tempat bersembanhyang

d)

sebagai tikar pelapik lantai

21.

Motif anyaman kelarai terdiri daripada jenis ......

a)

binatang dan tumbuh-tumbuhan

b)

flora, fauna dan nama manusia

c)

nama suatu tempat yang popular dengan seni anyaman

d)

nama tokoh menganyam

22.

Tumbuhan apakah yang sesuai dibuat anyaman ?

a)

daun mengkuang, rotan dan buluh

b)

daun teratai, pinang dan sirih

c)

kertas warna, straw dan strap plastik

d)

tali jut, reben atau tali rafia

23.

Berikut adalah alatan untuk anyaman mengkuang, kecuali .....

a)

parang dan pisau

b)

belantan dan penyisip

c)

paku dan pembaris

d)

jangka dan pelurut

24.

Anyaman kelarai tudung saji dalam inovasi terbaru menggunakan ?

a)

strap plastik

b)

reben

c)

tali jut

d)

daun mengkuang

25.

Apakah proses pertama dalam penyediaan daun mengkuang ?

a)

ambil daun mengkuang berwarna kuning sahaja

b)

ambil daun mengkuang pada waktu tengah hari

c)

ambil daun yang seakan-akan daun mengkuang

d)

ambil daun mengkuang waktu pagi atau petang

26.

Berikut adalah nama proses menganyam kecuali .....

a)

bersuji

b)

lagang

c)

pepeh

d)

sisip

27.

Teliti gambar rajah di sebelah. Motif seni Anyaman Kelarai yang digunakan dalam gambar di sebelah ialah? Taipkan jawapan anda.

(a)  

28.

Gambar rajah di sebelah adalah salah satu motif Seni Anyaman kelarai?

a)

Tapak Harimau

b)

Buntut Siput

c)

Bunga Teratai

d)

Bunga Cina

29.

Teliti motif Seni Anyaman Kelarai dalam gambar rajah di sebelah. Motif kelarai ini dipanggil? Tandakan jawapan yang tepat.

a)

Kelarai Bunga Api

b)

Kelarai Empat Bunga

c)

Kelarai Empat Sebilik

d)

Kelarai Cik Kedah Berakar

30.

Motif kelarai dalam gambar rajah di sebelah dikenali sebagai kelarai Tampuk Manggis.

a)

Betul

b)

Salah