wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI KIMIA KONSUMER DAN INDUSTRI

Total questions: 37

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Namakan proses penyediaan sabun.

a)

Pendehidratan

b)

Pengsulfonan

c)

Saponifikasi

d)

Pempolimeran

2.

Bahan manakah yang lazim digunakan untuk membuat pewarna dan detergen?

a)

Ammonium klorida

b)

Asid fosforik

c)

Natrium klorida

d)

Asid sulfurik

3.

Apakah fungsi utama sabun sebagai agen pencuci?

a)

Melembutkan air

b)

Mengurangkan ketegangan permukaan air

c)

Memendakkan ion magnesium dan ion kalsium

d)

Mengurangkan daya tarikan antara zarah-zarah kotoran

4.

Rajah menunjukkan struktur ion bagi sabun.

Antara yang berikut yang manakah benar tentang M apabila sabun digunakan untuk mencuci kotoran berminyak.

a)

M bersifat alkali

b)

M ialah hidrofilik

c)

Larut dalam gris

d)

Mengurangkan tegangan permukaan air

5.

Yang Manakah formula struktur bagi sabun?

a)
b)
c)
d)
6.

Mengapakah detergen lebih berkesan berbanding sabun?

a)

detergen terbiodegradasi tetapi sabun tidak

b)

detergen mengurangkan tegangan permukaan air tetapi sabun tidak

c)

detergen tidak menghasilkan kekat dalam air liat tetapi sabun menghasilkan kekat dalam air liat

d)

detergen larut dalam gris tetapi sabun tidak larut dalam gris

7.

Bahan manakah yang digunakan sebagai pengawet makanan?

a)

Natrium nitrat

b)

Sebatian azo

c)

asid askorbik

d)

mononatrium glutamat

8.

Antara berikut, yang manakah bukan fungsi bahan tambah makanan?

a)

memperbaiki tekstur makanan

b)

mengurangkan kadar pengoksidaan makanan

c)

meningkatkan perisa makanan

d)

meningkatkan kadar pencemaran makanan

9.

Apakah bahan tambah makanan yang digunakan untuk mencegah keropok daripada menjadi tengik dan berubah rasanya?

a)

penstabil

b)

perisa

c)

pengantioksida

d)

pengawet

10.

Seorang ibu ingin membakar sebiji kek yang manis dan menarik warnannya. Bahan yang manakah perlu ditambah ke dalam kek?

a)

Aspartam dan tartrazina

b)

mononatrium glutamat dan tartrazina

c)

Aspartam dan asid benzoik

d)

mononatrium glutamat dan asid benzoik

11.

seorang murid mendapati terdapat kotoran darah pada bajunya. bahan manakah yang dalam detergen membantu menghilangkan jenis kotoran ini?

a)

enzim biologi

b)

agen penqawal buih

c)

agen pengampai

d)

pemutih optik

12.

Farrah hendak membuat jem strawberi yang tahan lama, pekat dan kaya dengan rasa strawberi. Apakah bahan yang perlu ditambahkan ke dalam jem tersebut?

a)

Gula, pektin dan perasa tiruan

b)

Aspartame, gelatin dan garam

c)

Aspartame, pektin, tartrazin

d)

Gula, gelatin dan lecitin

13.

Rajah menunjukkan sebuah jug yang mengandungi timun. Bahan tambah makanan manakah yang paling sesuai ditambah untuk memastikan timun tersebut tahan lama?

a)

Penstabil

b)

Perisa

c)

Pengantioksida

d)

Pengawet

14.

Apakah perbezaan lemak dan minyak?

a)

Lemak dalam keadaan cecair dan minyak dalam keadaan pepejal pada suhu bilik

b)

Lemak dalam keadaan pepejal dan minyak dalam keadaan cecair pada suhu bilik

c)

Lemak biasanya ditemui dalam tumbuhan

d)

MInyak ditemui dalam haiwan

15.

Minyak dan lemak merupakan

a)

alkana

b)

alkohol

c)

ester

d)

alkuna

16.

Yang manakah keburukan pengambilan secara berlebihan lemak dan minyak

a)

Sebagai bahan api

b)

Masalah jantung

c)

Menjadikan diri lebih cantik

d)

Membekalkan tenaga

17.

Antara yang berikut, manakah BUKAN satu contoh sabun?

a)

Natrium oleat

b)

Natrium steorat

c)

Kalium palmitat

d)

Natrium karbosilat

18.

Ubat manakah digunakan untuk merawat sakit kepala?

a)

Transkuiliser

b)

Streptomisin

c)

Aspirin

d)

Amfetamina

19.

Pernyataan manakah yang betul tentang ubat tradisional?

a)

Ubat tradisional dibuat oleh ahli sains di dalam makmal

b)

Semua ubat tradisional adalah selamat

c)

Ubat tradisional diperolehi daripada haiwan dan tumbuhan

d)

Ubat tradisional telah diproses sebelum dijual

20.

Ubat yang manakah digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria?

a)

Kodeina

b)

Penisilin

c)

Metilfenidat

d)

Haloperidol

21.

Ubat manakah digunakan untuk merawat penyakit skizofrenia (gangguan psikologi)?

a)

Kloropromazin

b)

Aspirin

c)

Transkuiliser

d)

Streptomisin

22.

Seorang pesakit psikiatrik mengalami masalah gangguan tidur.Ubat manakah yang sesuai untuk pesakit ini?

a)

Barbiturat

b)

Haloperidol

c)

Kodeina

d)

Parasetamol

23.

Kortikosteroid merupakan ubat yang digunakan untuk mengurangkan bengkak,gatal-gatal,tindak balas alergi dan asma.Apakah kesan pengambilan ubat tersebut dalam jangka masa panjang.

a)

Keguguran rambut dan sakit saraf

b)

Menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan paras gula dalam darah

c)

Ruam

d)

Loya,pening dan sakit kepala yang teruk

24.

Alkohol dan formaldehid merupakan contoh ubatan bagi :

a)

Aspirin

b)

Antibiotik

c)

Antiseptik

d)

Disinfektan

25.

Apakah fungsi utama sabun sebagai agen pencuci?

a)

Melembutkan air

b)

Mengurangkan ketegangan permukaan air

c)

Memendakkan ion magnesium dan ion kalsium

d)

Mengurangkan daya tarikan antara zarah-zarah kotoran

26.

Kesan pencucian detergen lebih berkesan daripada sabun kerana

a)

membentuk garam larut dengan ion logam dalam air liat

b)

mempunyai bahagian hidrofobik yang lebih larut dalam air liat

c)

mempunyai bahagian hidrofilik yang lebih larut dalam air

d)

mempunyai rantai hidrokarbon yang menyebabkan detergen kurang terurai dalam air liat

27.

Tindakan pencucian sabun berkurang jika ia digunakan dengan

I. air laut

II. air liat

III. air suling

IV. air dengan nilai pH kurang daripada 7.

a)

I dan III

b)

I, II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

28.

Nikel digunakan dalam proses industri untuk membuat

a)

ammonia

b)

asid dulfurik

c)

etanol

d)

marjerin

29.

Kumpulan negatif dalam ion sabun ialah

a)

-CO2-

b)

-OSO3-

c)

-SO3-

d)

-O-

30.

Apakah teknik makmal yang boleh digunakan untuk mengenal pasti warna gula-gula?

a)

Kromatografi kertas

b)

Penyulingan berperingkat

c)

Penghabluran semula

d)

Penurasan vakum

31.

Streptomisin ialah sejenis ubat

a)

analgesik

b)

antibiotik

c)

antipsikotik

d)

antialergi

32.

Kosmetik rias digunakan sebagai hiasan untuk bahagian

a)

tangan

b)

kaki

c)

muka

d)

rambut

33.

Zarah nano emas (AuNP) digunakan sebagai mangkin dalam pengoksidaan karbon monoksida. Apakah ciri zarah nano yang terlibat dalam penggunaan ini?

a)

Saiz yang kecil antara 1 hingga 100 nm.

b)

Emas ialah unsur yang tak reaktif.

c)

Emas ialah suatu unsur peralihan.

d)

Nisbah luas permukaan kepada isi padu yang besar.

34.

Antara yang berikut, manakah BUKAN ubat tradisional?

a)

Bawang putih

b)

Halia

c)

Rumput serai

d)

Kacang tanah

35.

Antara berikut yang manakah tidak akan menimbulkan kesan sampingan ketagihan?

a)

Kodeina

b)

Kafein

c)

Amfetamin

d)

Penisiln

36.

Apakah kesan sampingan yang berlaku jika pesakit tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan oleh doktor?

a)

Bakteria akan menjadi aktif

b)

Bakteria akan terlindung di dalam badan

c)

Pesakit akan menjadi alah terhadap antibiotik itu

d)

Bakteria yang tertinggal akan mengalami mutasi dan menjadi imun terhadap antibiotik itu

37.

Antara yang berikut, manakah BUKAN kesan sampingan antibiotik?

a)

Alahan

b)

Loya

c)

Pening

d)

Perasaan seronok yang melampau