Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JENIS AYAT

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Penggunaan robot akan menyebabkan tenaga manusia semakin diperlukan?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Seruan

d)

Ayat Perintah

2.

Pameran Sains dan Teknologi sedang berlangsung di Pusat Sains Negara.

a)

Ayat Perintah

b)

Ayat Seruan

c)

Ayat Penyata

d)

Ayat Tanya

3.

Syabas, idea kereta terbang kamu telah terpilih sebagai johan pertandingan ini!

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Penyata

4.

Harap kamu dapat selesaikan masalah sistem komputer itu dengan segera.

a)

Ayat Tanya

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Seruan

d)

Ayat Perintah

5.

Robot bencana dapat digerakkan dengan menggunakan alat kawalan jauh sejauh satu kilometer.

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Tanya

6.

Canggihnya rumah pintar yang sedang dibangunkan di kawasan Cyberjaya itu!

a)

Ayat Perintah

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Seruan

d)

Ayat Penyata

7.

Laporkan kehilangan prototaip Robot Ekstrem kepada ibu pejabat.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Seruan

8.

Mengapakah kamu mengumpulkan bahan-bahan terpakai ini?

a)

Ayat Tanya

b)

Ayat Seruan

c)

Ayat Penyata

d)

Ayat Perintah

9.

Abang saya bekerja sebagai pengatur cara komputer di Johor Bahru.

a)

Ayat Perintah

b)

Ayat Seruan

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Penyata

10.

Adakah kamu tahu cara menggunakan mesin ini?

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Penyata

11.

Kumpulkan maklumat tentang teknologi perubatan di Malaysia.

a)

Ayat Tanya

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Seruan

d)

Ayat Penyata

12.

Banyaknya keuntungan yang diraih oleh syarikat aplikasi perisian yang terkenal itu!

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Penyata

13.

Alat komunikasi tersebut kamu letak di mana?

a)

Ayat Tanya

b)

Ayat Seruan

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Penyata

14.

Minta anda semua pamerkan hasil kajian masing-masing pada sesi pertemuan akan datang.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Seruan

15.

Wah, hebatnya alat ciptaan kamu ini!

a)

Ayat Tanya

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Seruan

d)

Ayat Perintah

16.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan contoh ayat perintah ?

a)

Sila ke pentas utama.

b)

Tuan tinggal di mana ?

c)

Amboi, garangnya kakak kamu itu !

d)

Ali tidak pergi ke sekolah kerana sakit.

17.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan ayat tanya ?

a)

Nadiah adalah seorang guru.

b)

Apa yang kamu buat di sini ?

c)

Siti mempunyai tiga kawan baik.

d)

Duduklah di tempat masing-masing.

18.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan ayat larangan ?

a)

Tutuplah pintu itu.

b)

Tolong tutup pintu depan itu.

c)

Jangan duduk di sini.

d)

Sila datang ke kaunter B.

19.

Mei Ling, "Kamu hendak pergi ke mana ?"

Samsiah, "__________________________"

a)

Saya tidak hadir kerana sakit.

b)

Saya hendak pergi ke rumah datuk.

c)

Saya pergi ke situ pada 3 Mei 2021.

d)

Ya, saya hendak pergi ke sana.

20.

Syamin,"_______________ kamu pergi ke sekolah ?"

Shafina," Saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas."

a)

Apakah

b)

Bilakah

c)

Siapakah

d)

Bagaimanakah

21.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan contoh ayat penyata ?

a)

Penjual sayur itu sentiasa tersenyum.

b)

Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut !

c)

Bilakah akan kamu pergi ke Indonesia ?

d)

Tolong selesaikan pergaduhan ini.

22.

Antara berikut, yang manakah bukan ayat tanya ?

a)

Berapakah harga bagi seekor ikan ?

b)

Apakah warna yang paling kamu sukai ?

c)

Di manakah kamu tinggal ?

d)

Wah, cantiknya !

23.

Muhammad Aiman tidak menjadi ketua murid pada tahun ini.

a)

Ayat nafi

b)

Ayat penegas

c)

Ayat larangan

24.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Adik masih menangis?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

25.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Siapakah guru disiplin di sekolah ini?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

26.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Ambillah wang RM1 ini.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan