wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Rukhsah Anugerah Daripada Allah

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Rukhsah dari segi bahasa bermaksud

a)

mudah

b)

berat

c)

susah

d)

hilang

2.

Apakah konsep rukhsah dalam islam?

a)

Keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah kepada seseorang yang mukallaf kerana malas.

b)

Keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah kepada seseorang yang mukallaf kerana keuzuran tertentu.

c)

Keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah kepada seseorang yang mukallaf kerana saja-saja.

d)

Keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah kepada seseorang yang mukallaf kerana rajin.

3.

APAKAH HIKMAH RUKHSAH DALAM IBADAH

UMAT ISLAM?

a)

Melaksanakan ibadah mengikut kemampuan masing-masing

b)

Melaksanakan ibadah dengan cepat

c)

Melaksanakan ibadah dengan khusyuk

d)

Melaksanakan ibadah dengan hati

4.

Maksud menyapu balutan?

a)

•Ialah menyapu pasir ke atas pembalut luka bagi menggantikan wudhuk untuk membolehkan ibadah seperti solat dilaksanakan.

b)

•Ialah menyapu debu tanah ke atas pembalut luka bagi menggantikan wudhuk untuk membolehkan ibadah seperti solat dilaksanakan.

c)

•Ialah menyapu minyak wangi ke atas pembalut luka bagi menggantikan wudhuk untuk membolehkan ibadah seperti solat dilaksanakan.

d)

•Ialah menyapu air ke atas pembalut luka bagi menggantikan wuduk untuk membolehkan ibadah seperti solat dilaksanakan.

5.

Hukum menyapu menyapu balutan ialah __________ ketika berwudhuk dan mandi wajib sebagai ganti membasuh atau menyapu anggota wudhuk yang sakit.

a)

wajib

b)

harus

c)

sunat muakkad

6.

Dalil Hadis Nabi SAW :


"Sesungguhnya cukup baginya __________ dan membalut luka dengan perca kain, kemudian dia _____________ atasnya(balutan) dan mandi ke seluruh badannya(mandi wajib).

a)

beristinjak - menyapu air

b)

bertayamum - menjirus air

c)

bertayamum - menyapu air

7.

Hukum solat yang ditunaikan dengan wudhuk secara menyapu balutan kerana sakit ialah

a)

Wajib di Qadhak

b)

Sunat di Qadhak

c)

Tidak perlu di Qadhak

8.

Bilakah hukum menyapu balutan menjadi wajib?

a)

•Ketika mandi wajib sahaja sebagai ganti membasuh atau menyapu anggota wudhuk yang sakit

b)

•Ketika berwuduk sahaja sebagai ganti membasuh atau menyapu anggota wudhuk yang sakit

c)

•Ketika berwuduk dan mandi wajib sebagai ganti membasuh atau menyapu anggota wudhuk yang sakit.

d)

•Ketika angkat hadas kecil sahaja sebagai ganti membasuh atau menyapu anggota wudhuk yang sakit

9.

Perbuatan menyapu balutan adalah bertujuan untuk . .

a)

Mengelakkan luka-luka pada anggota badan.

b)

Mengelakkan kemudaratan sebelum luka sembuh.

c)

Mengelakkan rasa pedih pada anggota yang luka.

10.

Jika anggota wudhuk berbalut dan tidak boleh terkena air maka wudhuk seperti biasa dan..

a)

sapu air ke atas balutan itu jika boleh dan solat tidak perlu diqada.

b)

sapu air ke atas balutan itu jika boleh dan solat perlu diqada.

11.

Kaifiat(cara) menyapu anggota wudhuk berbalut dan tidak boleh terkena air :

a)

Elakkan menyapu air keatas balutan yang tidak boleh terkena air - Berwudhuk seperti biasa - Sapu air keatas balutan mengikut tertib wudhuk - Tunaikan solat

b)

Berwudhuk seperti biasa - Sapu air keatas balutan mengikut tertib wudhuk - Elakkan menyapu air keatas balutan yang tidak boleh terkena air - Tunaikan solat

c)

Sapu air keatas balutan mengikut tertib wudhuk - Elakkan menyapu air keatas balutan yang tidak boleh terkena air - Berwudhuk seperti biasa - Tunaikan solat

12.

Jika doktor mengesahkan bahawa pesakit tidak boleh bertayamum, maka solat hendaklah ditunaikan tanpa mengangkat hadas.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Pesakit perlu bertayamum jika anggota wudhuk seperti tangan, kepala dan kaki tidak boleh terkena air.

a)

Betul

b)

Salah

14.

jika sebahagian besar anggota wuduk seperti kepala, tangan dan kaki tidak boleh terkena air, pesakit perlu buat apa untuk solat?

a)

terus solat tanpa berwuduk

b)

berwuduk

c)

bertayammum

d)

tak perlu solat

15.

rukhsah dari segi istilah ialah keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah kepada seseorang yang mukallaf kerana _____________.

a)

keuzuran tertentu

b)

kemudahan tertentu

c)

kelebihan tertentu