Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains T2 Haba

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

4 bekas diletakkan pada jarak yang sama dengan suatu pemanas.

Bekas yang manakah paling panas selepas 10 minit?

a)
b)
c)
d)
2.

Keputusan eksperimen menunjukkan, suhu akhir tin hitam (L) lebih tinggi berbanding tin putih (K).

Ini membuktikan, tin hitam .................... haba lebih banyak berbanding tin putih melalui kaedah .....................

a)

membebaskan, pancaran

b)

menyerap, perolakan

c)

menyerap, sinaran

d)

membebaskan, konduksi

3.

Permukaan yang manakah merupakan pemantul haba yang terbaik?

a)

hitam dan bersinar

b)

kusam dan gelap

c)

cerah dan berkilat

d)

licin dan putih

4.

Apakah kelebihan menggunakan periuk gelap ketika memasak?

a)

rasa makanan lebih enak

b)

nutrien makanan dapat dikekalkan

c)

masa memasak lebih cepat

d)

makanan tahan lebih lama

5.

Rajah menunjukkan lori tangki minyak yang dicat dengan warna perak.

Mengapa lori tidak dicat hitam?

a)

mudah dilihat pada waktu malam

b)

meningkatkan pembebasan haba

c)

mengurangkan penyerapan haba

d)

mengurangkan pantulan cahaya

6.

Amina memakai selimut berwarna putih semasa tidur pada waktu malam musim sejuk.

Apakah kelebihannya?

a)

haba dari badan dipantulkan semula

b)

meningkatkan pancaran haba dari badan

c)

meningkatkan pembebasan haba ke persekitaran

d)

mengurangkan penyerapan haba dari persekitaran

7.

Apakah kelebihan memakai pakaian berwarna putih semasa cuaca panas?

a)

lebih sejuk kerana pakaian putih boleh memantulkan cahaya

b)

kurang panas kerana pakaian putih kurang menyerap haba

c)

pemakai kelihatan lebih segak dan bergaya

d)

mengelakkan daripada terkena sinaran ultra ungu (UV)

8.

Bagaimanakah makanan yg dibalut dengan kerajang aluminium dapat mengekalkan kepanasan makanan dengan lebih lama?

a)

permukaan aluminium adalah licin dan berkilat

b)

aluminium menghalang haba dibebaskan daripada makanan

c)

aluminium menyerap haba dan memancarkan kepada makanan

d)

aluminium mempunyai takat lebur yang tinggi

9.

David memakai pakaian hitam semasa berjogging sementara James berpakaian putih.

Mengapakah David berasa sejuk dahulu berbanding James ketika sedang merehatkan diri?

a)

baju hitam lebih tipis

b)

baju hitam menyerap kesejukan udara

c)

baju hitam membebaskan haba badan dengan lebiih baik

d)

baju hitam kurang menyerap haba

10.

Konsep Bangunan Hijau ialah

a)

idea untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia akibat kepesatan pembangunan

b)

konsep mewarnakan bangunan dengan corak alam sekitar

c)

menanam pokok dan tumbuh-tumbuhan di dalam dan luar bangunan

d)

membina bangunan yang mempunyai tingkap kaca

11.

Berikut merupakan ciri-ciri Bangunan Hijau, KECUALI

a)

mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi melalui penggunaan tenaga solar

b)

mempunyai sistem pengaliran air, peredaran udara dan pencahayaan yang baik

c)

penggunaan bahan-bahan kitar semula.

d)

mengecat keseluruhan bangunan dengan warna hijau

12.

Cadangkan permukaan cerek elektrik yang menyimpan haba dengan lebih lama

a)

gelap dan kusam

b)

coklat dan berkilat

c)

cerah dan berkilat

d)

kasar dan kusam

13.

Panel solar dicat hitam dan mempunyai permukaan kusam untuk menyerap haba dengan cepat.

a)

Benar

b)

Palsu

14.

Cadangkan cara pengudaraan bagi konsep Rumah Hijau

a)

atap dua lapis & lubang angin di tengah

b)

rumah menghadap Utara

c)

gunakan cat sebatian organik meruwap tinggi

d)

kurangkan jumlah tingkap