wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TEORI PSV

Total questions: 30

Worksheet time: 56mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi seni ragam hias pada beca atau kereta lembu?

a)

Untuk keselamatan penumpang

b)

Untuk menunjukkan kemahiran

c)

Untuk menunjukkan identiti bangsa

d)

Untuk nilai estetik dan menarik perhatian

2.

Apakah motif seni ragam hias yang terdapat pada rehal?

a)

Fauna

b)

Figuratif

c)

Geometri

d)

Gunungan

3.

Gambar menunjukkan seni ragam hias terdapat pada sejenis kraf.

Apakah nama kraf tersebut?

a)

Anyaman

b)

Seni Tekat

c)

Kain pua

d)

Ukiran kayu

4.

Antara berikut, alat permainan manakah tidak memerlukan Seni Ragam Hias?

a)

Wau

b)

Gasing

c)

Congkak

d)

Sepak raga

5.

Antara berikut, pilih media yang sesuai bagi menghasilkan karya seni lukisan.

a)

Fresko, tempera dan krayon

b)

Pensel, krayon, pastel dan arang

c)

Pensel, kapur, arkrilik dan arang

d)

Kapur, cat minyak, arang dan pastel

6.

Mengapakah karya seni lukisan ini dikatakan lengkap dan menarik?

a)

Subjek yang dipilih menarik

b)

Kesan sapuan berus yang menarik

c)

Media yang digunakan berkualiti

d)

Mempunyai kesan ton dan bayang

7.

Apakah media yang digunakan dalam lukisan gua di Gua Tambun, Perak?

a)

Kapur

b)

Hematit

c)

Arang

d)

Krayon

8.

Berapakah teknik yang boleh digunakan dalam menghasilkan seni lukisan?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

9.

Apakah tajuk karya Abdullah Ariff yang bertemakan situasi pro-Jepun?

a)

The Long Arm Nippon (1942)

b)

Hang Tuah (1945)

c)

World's Rubber (1949)

d)

Hidup Berjuang (1946)

10.

Maklumat di bawah tentang satu teknik dalam cat air


Sapuan warna pekat ke atas

permukaan kertas yang kering

Apakah teknik tersebut ?

a)

Kering atas kering

b)

Kering atas basah

c)

Basah atas basah

d)

Basah atas kering

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan cat arkilik?

a)

Cat yang dicampur dengan air

b)

Cat sintetik yang berasaskan air

c)

Cat yang dihasilkan daripada minyak

d)

Cat daripada sumber alam semulajadi

12.

Negeri manakah yang menjadi perintis kepada Seni Catan moden Malaysia?

a)

Kuala Lumpur

b)

Sarawak

c)

Pulau Pinang

d)

Melaka

13.

Tokoh ini gemar menggunakan tema bunga orkid dan canna dalam karyanya.

Siapakah tokoh yang menghasilkan karya ini?

a)

Lee Joo For

b)

Ibrahim Abu @ A.B Ibrahim

c)

Syed Ahmad Jamal

d)

Khaw SIa

14.

Antara berikut, pilih definisi seni catan yang paling tepat.

a)

Karya pada permukaan dua dimensi

b)

Proses mewarna dengan bahantara air

c)

Proses menggambar menggunakan berus

d)

Proses menggambar dengan media basah

15.

Apakah kelebihan dan keunikan seni cetakan bebanding karya seni halus yang lain?

a)

Boleh dihasilkan dalam beberapa keping (edisi)

b)

Bahan dan media cetakan mudah untuk diperolehi

c)

Mudah dipamerkan kerana karya bersifat dua dimensi

d)

Bahan blok cetakan mudah diperolehi dan dihasilkan

16.

Berdasarkan perkembangan seni cetakan,apakah kaedah cetakan yang paling awal di Malaysia ?

a)

Stensil

b)

Foto emulsi

c)

Gurisan asid

d)

Potongan kayu

17.

Namakan pelukis yang menghasilkan karya cetakan ini.

a)

Juhari Said

b)

Tay Hooi Keat

c)

Lee Joo For

d)

Ponirin Amin

18.

Apakah fungsi sekuji?

a)

Alat untuk mengukir plat

b)

Mencairkan dakwat cetak

c)

Menyapu dakwat atau warna

d)

Merengangkan pemidang

19.

Landskap ini menggambarkan suatu tempat lagenda Greek yang terkenal dengan..

a)

Eradia

b)

Arcadia

c)

Meridian

d)

Mediterranean

20.

Apakah fungsi dan peranan yang melibatkan aspek perlindungan atau tempat berteduh?

a)

Fungsi fizikal

b)

Fungsi Estetik

c)

Fungsi ekonomi

d)

Fungsi kesihatan

21.

Apakah prinsip reka bentuk landskap

yang terdapat pada pelan tersebut ?

a)

Kepelbagaian

b)

Keringkasan

c)

Imbangan simetri

d)

Imbangan tidak simetri

22.

Senaraikan dua fungsi landskap berdasarkan nilai estetikanya.


Pilih dua jawapan.

a)

Menyejukkan iklim

b)

Mengawal hakisan tanah

c)

Melembutkan persekitaran

d)

Membentuk ruang yang lebih menarik

23.

Apakah gambaran yang sering menghiasai dinding-dinding gua pada zaman dahulu.

a)

Tulisan kuno pada masa tersebut

b)

Corak-corak geometri dan organik

c)

Simbol adat dan peraturan zaman dahulu

d)

Aktiviti kehiduapan harian pada waktu itu

24.

Seni Reka bentuk hiasan dalaman boleh dilihat sejak zaman purba melalui..

a)

Mereka menghiasi dinding gua dengan lukisan

b)

Melalui tulisan dalam bentuk simbol

c)

Mencipta pakaian dari kulit haiwan

d)

Membina peralatan harian

25.

Bagaimanakah cara untuk mewujudkan ruang hiasan dalaman yang mempunyai elemen harmoni ?


Pilih dua jawapan

a)

Kesamaan warna

b)

Saiz perabot yang pelbagai

c)

Warna dinding yang terang

d)

Sifat bentuk yang berulang

26.

Apakah yang ditekankan dalam konsep kontemporari Reka Bentuk Hiasan Dalaman?

a)

Jenis perabot

b)

Mementingkan fabrik

c)

Warna terang dan corak geometri

d)

Mengutamakan warna hitam dan putih

27.

Prinsip kepelbagaian dalam Reka Bentuk Industri menimbulkan kesan..

a)

sepadan

b)

tumpuan

c)

perspektif

d)

idea berbeza

28.

Perkembangan Reka Bentuk Industri berlaku sejajar dengan perkembangan Revolusi Perindustrian di ........ pada abad ke 18.

a)

Eropah

b)

Asia

c)

Afrika

d)

Malaysia

29.

Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan ergonomik dalam Reka Bentuk Industri?


Pilih dua jawapan

a)

Meningkatkan keselamatan

b)

Meningkatkan keselesaan

c)

Meningkatkan tekanan

d)

Meningkatkan kos

30.

Produk terkenal hasil Reka Bentuk Industri di Malaysia pada tahun 1980-an ialah...

a)

Proton Saga

b)

Proton Kelisa

c)

Proton Wira

d)

Proton Exora