wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tingkatan 3

Total questions: 20

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ciri-ciri sahabat yang tidak baik

a)

Sahabat yang baik hati

b)

Sahabat yang suka berhutang

c)

Sahabat yang suka membantu

d)

Sahabat yang sentiasa memberikan nasihat kepada sahabatnya

2.

Tindakan berlandaskan pilihan bermoral adalah seperti berikut, kecuali

a)

Mengelakkan diri daipada berkawan dengan rakan yang bersikap negatif

b)

Mengutamakan diri sendiri daripada keperluan orang lain

c)

Mengutamakan keperluan daripada kehendak

d)

Mendengar nasihat ibu bapa

3.

Contoh anugerah alam ciptaan Tuhan adalah seperti yang berikut, kecuali

a)

Bulan

b)

Sungai

c)

Gunung

d)

Bangunan

4.

* Mengawal pencemaran air, udara dan tanah

* Memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat


Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengawal pencemaran

a)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

b)

Jabatan Perikanan Malaysia

c)

Jabatan Alam Sekitar

d)

Jabatan Kerja Raya

5.

Seseorang yang pintar atau bestari mempnyai ciri-ciri berikut, kecuali

a)

mempunyai ilmu pengetahuan yang luas

b)

kurang matang

c)

berdisiplin

d)

aktif

6.

Seseorang yang ingin berjaya hendaklah sentiasa berdaya tahan dan ..................

a)

melanggar peraturan serta undang-undang yang dilaksanakan

b)

cepat marah dan bertindak mengikut perasaan

c)

cepat berputus asa dalam kehidupan

d)

cekal dalam menghadapi cabaran

7.

* Menjemput orang yang lebih tua seperti datuk dan nenek untuk makan.


Maklumat berikut merupakan sebahagian daripada amalan tradisi kaum ..............

a)

Cina

b)

India

c)

Melayu

d)

Kadazan

8.

Tradisi kekeluargaan yang diwarisi perlu dikekalkan dan diteruskan bagi mengelakkan ...................

a)

suasana yang harmoni dalam sesebuah keluarga

b)

hubungan kekeluargaan bertambah erat

c)

anggota keluarga menjadi rapat

d)

tradisi tersebut pupus

9.

*Amalan yang bertentangan dengan prinsip yang diamalkan dalam persahabatan seperti tidak menyimpan rahsia rakan.


Konflik di atas berkaitan dengan ...........

a)

konflik gender

b)

konflik status

c)

konflik bahasa

d)

konflik integriti

10.

Konflik yang berlaku dalam persahabatan menyebabkan seseorang lebih matang. Namun, konflik yang berlebihan akan menimbulkan kesan yang negatif. Berikut merupakan kesan negatif konflik dalam persahabatan terhadap diri seseorang, kecuali...

a)

berlaku perselisihan faham dan pergaduhan

b)

tidak boleh menerima kelemahan diri

c)

hubungan renggang

d)

berkeyakinan diri

11.

Berikut merupakan bukan amalan hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya, dan bahasa, kecuali....

a)

saling menghormati

b)

tidak melawat jiran yang sakit

c)

tidak bertegur sapa dengan jiran

d)

tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan

12.

Pilih langkah yang salah semasa membuat aduan berkaitan perkhidmatan awam.

a)

Membuat aduan secara terus di balai polis

b)

Menegur pegawai yang melanggar peraturan

c)

Mengisi borang aduan yang disediakan di pejabat

d)

Menulis surat aduan kepada pejabat perkhidmatan awam

13.

Mengapakah perkhidmatan awam sangat penting kepada masyarakat?

a)

Memudahkan pelancong menggunakan perkhidmatan awam

b)

Mencetuskan suasana huru-hara

c)

Menjaga kebajikan masyarakat

d)

Berlaku pembaziran masa

14.

* Membaiki kerosakan barangan dan mengelakkan pembelian barangan yang baharu

* Contohnya, barangan elektrik yang boleh diperbaiki tidak perlu dibeli seperti kipas angin


Maklumat di atas berkaitan dengan konsep ..........

a)

Recycle

b)

Rethink

c)

Repair

d)

Reuse

15.

Berikut merupakan kesan yang akan berlaku jika alam sekitar tidak diuruskan dengan betul, kecuali...

a)

jerebu

b)

banjir kilat

c)

udara lebih bersih

d)

kesan rumah hijau

16.

Berikut merupakan peranan individu sebagai anggota masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial, kecuali....

a)

membayar cukai

b)

menghormati kaum lain

c)

menghadiri rumah terbuka

d)

mematuhi peraturan dan undang-undang negara

17.

Antara yang berikut, manakah perbezaan antara majlis rasmi dengan majlis tidak rasmi?

a)

Bebas duduk di mana-mana tempat yang dirasakan selesa

b)

Tidak membuat gangguan dalam majlis tersebut

c)

Mengambil makanan dengan sopan

d)

Menghormati tetamu yang hadir

18.

Jenayah juvana yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah seperti berikut, kecuali...

a)

buli

b)

gengster

c)

pecah rumah

d)

menyertai aktiviti lasak

19.

Kesan akibat mengabaikan amalan tradisi ialah ...............

a)

identiti kekeluargaan dapat diteruskan

b)

hubungan antara anggota keluarga dapat dieratkan

c)

generasi muda akan datang kehilangan identiti kaum masing-masing

d)

pendapatan negara dalam sektor pelancongan semakin berkurangan

20.

Contoh pencabulan undnag-undang kemanusiaan antarabangsa adalah seperti berikut, kecuali.....

a)

memberikan perlindungan kepada orang awam dan tentera yang cedera.

b)

membuat serangan terhadap bangunan awam

c)

menyerang petugas hospital dan ambulans

d)

merosakkan alam semula jadi