Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penanda Wacana

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Pak Kasim sudah berusia 88 tahun. ___________ , dia masih berupaya untuk mengusahakan kebun sayur-sayurannya.

a)

Namun demikian

b)

Di samping itu

c)

Sekalipun

d)

Walhal

2.

Jamilah seorang pelakon yang terkenal. ____________, dia juga menjalankan perniagaan tudung yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

a)

Lagipun

b)

Dalam pada itu

c)

Dengan itu

d)

Lantaran itu

3.

Sudah beberapa kali Pak Selamat mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya mati. ______________ masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.

a)

Di samping itu

b)

Oleh sebab itu

c)

Oleh yang demikian

d)

Walau bagaimanapun

4.

Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di atas meja.___________,dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.

a)

Oleh itu

b)

Selepas itu

c)

Namun begitu

d)

Sudahlah begitu

5.

Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak lama lagi.______________,murid-murid yang akan mengambil bahagian dalam acara persembahan sedang giat berlatih.

a)

Sebaliknya

b)

Di samping itu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Oleh sebab itu

6.

Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan itu._____________jenayah ragut masih kerap berlaku.

a)

Sebelum itu

b)

Kalau begitu

c)

Namun begitu

d)

Di samping itu

7.

Sue Lee mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah

letak.

a)

Justeru

b)

Mungkin

c)

Akhirnya

d)

Kemudian

8.
Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
a)
lagipun
b)
mungkin
c)
akhirnya
d)
 kemudian
9.

Dato Seri Vida menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web

syarikat itu.

a)

Namun

b)

Mungkin

c)

Meskipun

d)

Seterusnya

10.

Joyah belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup semakin hampir.

a)

justeru

b)

lagipun

c)

namun

d)

walhal