NEW
Font size
WorksheetsUjian Penilaian Pertengahan Tahun - Sejarah Tahun 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Maksud kronologi adalah _____________________________________.
peristiwa sejarah yang baru berlaku
sumber-sumber sejarah yang diperoleh
peristiwa yang berlaku berurutan mengikut masa kejadian
bahan tinggalan sejarah yang menjadi warisan bagi sesebuah negara
Berikut merupakan kaedah pencarian maklumat sejarah, kecuali
Kaedah Lisan
Kaedah Lakonan
Kaedah Bertulis
Kaedah Arkeologi
Keluarga asas terdiri daripada
datuk, nenek dan sepupu
ibu saudara, abang dan kakak
ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
ayah, ibu dan anak-anak
Antara yang berikut, manakah menunjukkan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka?
I. Menyediakan tempat perlindungan
II. Melarang anak-anak melakukan sesuatu kebaikan
III. Memberikan perhatian dan kasih sayang
IV. Memberi peluang pendidikan
I, II dan III
II, III dan IV
I, III dan IV
I, II, III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan visi?
Wawasan atau berpandangan jauh
Sesuatu yang tidak mahu dicapai
Lambang kebanggaan sekolah
Langkah untuk mencapai kejayaan
Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?
Guru
Murid
Kerani
Guru Besar
Nama sesebuah sekolah biasanya diambil sempena
I. Nama alat tulis
II. Nama tokoh
III. Nama tempat
IV. Nama binatang
I dan II
II dan III
I dan III
I dan IV
Alamat yang lengkap biasanya mempunyai _______________________.
I. Nama jalan
II. Tempat
III. Poskod
IV. Nama negeri
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
Semua di atas
Berikut merupakan bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia, kecuali
padang pasir
tanah tinggi
pinggir sungai
tanah pamah
Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat tinggal?
Mengharapkan pujian daripada orang lain
Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut
Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?
Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan
Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu
Zaman ketika bumi dilanda musim kemarau yang Panjang
Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi
Pergerakan glasier yang disebabkan oleh pencairan air batu telah menyebabkan terbentuknya
bukit dan gunung
daratan dan lautan
sungai dan tasik
hutan dan ladang
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan kepupusan haiwan pada masa akan datang?
Membina zoo yang lebih kecil
Memberi haiwan kepada negara lain
Mengenakan hukuman berat kepada pemburu haiwan secara haram
Memelihara haiwan ini di rumah
Namakan salah satu Zaman Prasejarah di Malaysia?
Zaman Ais
Zaman Moden
Zaman Penjajah
Zaman Paleolitik
Mengapakah manusia zaman prasejarah memilih tinggal di dalam gua?
Selamat untuk berlindung daripada binatang buas dan cuaca buruk
Boleh berkumpul dalam keadaan gelap
Gua lebih selesa berbanding rumah
Senang mendapatkan bekalan makanan dan minuman
Berikut merupakan kepentingan menghargai bahan tinggalan sejarah.
I. Menjual dengan harga yang tinggi
II. Menjadi hiasan di dalam rumah
III. Menjadi bahan bukti kepada sesuatu peristiwa sejarah
IV. Mengenal pasti tempoh usia sesuatu artifak yang ditemui dengan tepat
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Kerajaan Kedah Tua adalah salah sebuah Kerajaan Melayu Awal yang terletak di
Sarawak
Kedah
Kelantan
Perak
Apakah Kerajaan Melayu Awal yang terletak berhampiran dengan Sungai Kelantan?
Chih-Tu
Beruas
Temasik
Santubong
Berikut merupakan keistimewaan Selat Melaka sehingga negara kita menjadi pusat perdagangan utama dunia pada suatu masa dahulu, kecuali
Tiupan angin kencang yang menyekat pergerakan kapal
Terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya
Menjadi laluan utama bagai pedagang dari China ke India
Menjadi pusat pengumpulan hasil tempatan
Masyarakat kerajaan Melayu Awal dapat hidup dengan aman dan makmur.
Apakah yang perlu kita contohi daripada mereka untuk mengekalkan kemakmuran negara kita pada hari ini.
I. Hidup bersatu padu tanpa mengira kaum
II. Melanggar undang-undang yang telah ditetapkan
III. Menjalinkan hubungan yang baik dengan orang luar
IV. Tidak merosakkan alam sekitar dengan aktiviti yang dijalankan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III, IV
II, III dan IV
