wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA BAHASA MELAYU

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
     ____________ adalah sejenis binatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
a)
Pepijat
b)
Rerama
c)
Jejentik
d)
Pijat-pijat
2.
Datuk saya sedang menebas ________________ di belakang rumah saya.
a)
bukit-bukau
b)
semak-samun
c)
kayu-kayan
d)
gunung-ganang
3.
 Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .
a)
kekayu
b)
rak
c)
pepara
d)
dapur
4.
 Jurutera itu menggunakan _____________ untuk melukis sudut 90 darjah.
a)
pembaris
b)
sesiku
c)
jejari
d)
lelabah
5.
 Pejalan kaki dinasihat menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
a)
lintasan belang
b)
jambatan
c)
jejambat
d)
jejantas
6.

Petani memasang ______ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

kisi-kisi

b)

orang-orang

c)

tupai-tupai

d)

layang-layang

7.

Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

gelap-gelita

c)

porak-peranda

d)

terang-benderang

8.

Baju Molly __________ kerana terkena warna air ketika aktiviti mewarna.

a)

comot-momot

b)

koyak-rabak

c)

serba-serbih

d)

compang-camping

9.

Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.

a)

ulang-alik

b)

lalu-lalang

c)

mundar-mandir

d)

mandi-manda

10.

Julie suka makan sup ______ ikan.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

bebola

d)

jejari

11.

4) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan penuh

a)

meja-meja, gegelang

b)

gotong-royong, gunung-ganang

c)

jualan, jualan, kementerian-kementerian

d)

tetikus, sesiku

12.

5) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan separa

a)

sesiku, lelaki

b)

buku-buku, cerpen-cerpen

c)

saudara-mara, lintang pukang

d)

remeh-temeh, kekuda

13.

7) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan berentak

a)

batu-batan, batu-batu

b)

ulang-alik, berulang-ulang

c)

lauk-pauk, sayur-mayur

d)

ikan-ikan, ayam-ayam

14.

Halimah dimarahi oleh guru besar kerana tulisannya masih .......... walaupun sudah ditegur beberapa kali.

a)

herot-berot

b)

incang-incut

c)

lintang-pukang

15.

Puan Siti............di ruang tamu kerana anaknya masih belum pulang ke rumah.

a)

ulang -alik

b)

mundar-mandir

c)

lalu-lalang

16.
Menara pemerhati polis hanya _________pada pelihatan pemandu kerana diselubungi kabus yang tebal pada waktu pagi.
a)
dekat-dekat
b)
balam-balam
c)
datang-datang
d)
bayang-bayang
17.
Pada setiap hari Jumaat, umat Islam _________ ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
a)
berburu-buru
b)
berbolak-balik
c)
berbunyi-bunyi
d)
berbondang-bondang
18.
Wasiat datuk Ali masih ___________ di telinganya.
a)
menderu-deru
b)
berdesir-desir
c)
berderau-derau
d)
mendesing-desing
19.
Roslan mendapat dua ekor __________ ketika mencandat di Pulau Kapas.
a)
deduit
b)
cecumi
c)
bebarat
d)
bebarau
20.
"__________ lagi sudah aku kata, jangan bermain di situ," kata Pak Sali kepada cucunya.
a)
Bila-bila
b)
Rasa-rasa
c)
Esok-esok
d)
Awal-awal