wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN IKATAN HIDROGEN, DATIF DAN LOGAM

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan rajah. Apakah nama ikatan yang terbentuk?

a)

ikatan ion

b)

ikatan kovalen tunggal

c)

ikatan hidrogen

d)

ikatan datif

2.

Atom hidrogen boleh membentuk ikatan hidrogen dengan atom unsur ....

a)

flourin, klorin, bromin

b)

flourin, oksigen, nitrogen

c)

oksigen, nitrogen, helium

d)

helium, neon, argon

3.

ikatan datif wujud kerana ...

a)

perkongsian elektron dari 2 atom

b)

perkongsian elektron hanya dari dari satu atom

c)

perkongsian elektron yang sama banyak.

d)

atom yang telah oktet berkongsi elektron dengan atom yang juga telah oktet

4.

ikatan logam wujud ....

a)

elektron bebas

b)

derma dan terima elektron

c)

kongsi elektron

d)

ikatan ganda dua

5.

Apakah perbezaan antara ikatan hidrogen dengan ikatan kovalen?

a)

ikatan hidrogen wujud antara molekul manakala ikatan kovalen wujud di dalam molekul

b)

ikatan hidrogen wujud di dalam molekul manakala ikatan kovalen wujud antara molekul

6.

Ikatan hidrogen ialah daya tarikan antara atom _____________ yang mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi _____________ iaitu atom nitrogen, oksigen dan fluorin dengan atom nitrogen, oksigen dan fluorin di dalam molekul lain.

a)

karbon, keelektronegatifan

b)

karbon, keelektropositifan

c)

hidrogen, keelektronegatifan

d)

hidrogen, keelektropositifan

7.

Bolehkah ikatan hidrogen terbentuk antara molekul-molekul hidrogen klorida, HCl? Berikan sebab.

a)

Boleh. Atom klorin terletak dalam kumpulan 17 dan mempunyai keelektronegatifan yang tinggi.

b)

Tidak. Walaupun atom klorin mempunyai keelektronegatifan yang tinggi, saiz atom klorin adalah besar.

8.

Mengapa kertas yang basah melekat sesama sendiri?

a)

Selulosa dalam kertas mempunyai atom oksigen yang terikat dengan atom hidrogen. Kemudian molekul air membentuk ikatan hidrogen dengan selulosa tersebut.

b)

Selulosa dalam kertas mempunyai atom oksigen yang terikat dengan atom nitrogen. Kemudian molekul air membentuk ikatan van der Waals dengan selulosa tersebut.

9.

Nama lain bagi ikatan datif

a)

ikatan hidrogen

b)

ikatan koordinat

c)

ikatan logam

10.

Apakah jenis ikatan yang membentuk ion ammonium dalam rajah berikut?

a)

ikatan datif

b)

ikatan hidrogen

c)

ikatan logam

11.

Mengapakah logam boleh mengkonduksi elektrik?

a)

Logam mempunyai atom-atom yang mengion membentuk ion-ion bercas negatif yang bebas bergerak

b)

Logam mempunyai ikatan logam yang terdiri daripada satu lautan elektron yang mudah mengalir

12.

Elektron dinyahsetempat bermaksud.....

a)

elektron yang bergerak bebas dan tidak dimiliki oleh mana-mana atom atau ion

b)

elektron yang tidak bergerak bebas dan boleh didermakan

c)

elektron yang diterima oleh mana-mana atom

d)

elektron yang dikongsi oleh mana-mana atom

13.

Apakah maksud ikatan hidrogen?

a)

daya tarikan antara atom hidrogen, H yang mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi keelektronegatifan dari molekul lain.

b)

daya tarikan antara atom hidrogen, H yang mempunyai ikatan dengan atom yang rendah keelektronegatifan, dari molekul lain.

14.

Antara berikut, yang manakah adalah peranan ikatan hidrogen dalam kehidupan harian?

a)

Ais terapung apabila dimasukkan ke dalam air

b)

Rambut yang basah melekat sesama sendiri

c)

Logam boleh mengkonduksikan arus elektrik.

15.

Ikatan hidrogen pada struktur tersebut terdapat pada nombor ______

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

e)

5

16.

Antara yang berikut, yang manakah sifat tetraklorometana, CCl4?

a)

Tidak meruap

b)

Tidak larut dalam pelarut organik

c)

Mengkonduksi elektrik dalam semua keadaan

d)

Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah

17.

Pernyataan berikut adalah sifat-sifat sebatian M.

· mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi

· mengkonduksi elektrik dalam larutan akueus atau dalam keadaan leburan

· larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik

Bahan manakah sebatian M?

a)

Sikloheksana

b)

Naftalena

c)

Dietil eter

d)

Natrium sulfat

18.

Sebatian X mengkonduksi elektrik dalam larutan akueus atau keadaan lebur. Ia juga mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi. Apakah X?

a)

CCl4

b)

MgCl2

c)

CO2

d)

NH3

19.

Antara yang berikut, yang manakah sifat bagi kalium fluorida?

a)

Mudah meruap

b)

Tidak larut dalam air

c)

Mempunyai takat lebur rendah

d)

Mengalirkan arus elektrik dalam keadaan leburan

20.

Gambar rajah menunjukkan susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk antara atom P dan atom Q.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang sebatian itu?

a)

Sebatian itu adalah sebatian ion

b)

Sebatian itu terbentuk melalui ikatan kovalen

c)

Sebatian itu mempunyai takat didih yang tinggi

d)

Sebatian itu terbentuk melalui pemindahan elektron