WorksheetsLATIHAN ULANGKAJI
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah definisi umum ilustrasi?
A Ekspresi diri oleh pelukis.
B Sebarang lukisan yang dihasilkan menggunakan perisian komputer.
C Penghasilan sesuatu imej bagi tujuan dekorasi, interpretasi dan komunikasi secara visual kepada teks, proses idea ataupun konsep.
D Imej yang dihasilkan dalam pelbagai media atau medium dan teknik serta merupakan lukisan secara manual sesuatu yang ingin digambarkan.
Umumnya dikaitkan dengan penceritaan yang disampaikan berbentuk ilustrasi dalam satu atau lebih panel yang dihasilkan secara berturutan (juga dikenali sebagai sequential art).
Pernyataan di atas merujuk kepada jenis ilustrasi...
A Fesyen
B Dekoratif
C Buku Cerita Kanak-kanak
D Komik dan Animasi
Karya ilustrasi di atas ialah jenis...
A Ilustrasi Pengiklanan
B Ilustrasi Industri dan Teknikal
C Ilustrasi Sains dan Perubatan
D Ilustrasi Buku Cerita Kanak-kanak
Manakah antara berikut, susunan yang tepat bagi menunjukkan proses penjanaan idea bergambar?
A Thumbprint, Rough dan Comprehensive
B Thumbnail, Rough dan Comprehensive
C Thumbnail dan Comprehensive
D Thumbnail dan Rough
"Berfungsi menghiasi objek dengan suatu reka bentuk yang disederhanakan atau dilebih-lebihkan dengan gaya tertentu"
Ayat di atas merujuk kepada ilustrasi yang mana?
A Ilustrasi Dekoratif
B Ilustrasi Fesyen
C Ilustrasi Sains dan Perubatan
D Ilustrasi Flora dan Fauna (Alam)
Contoh medium yang bukan bahan dan alatan yang digunakan dalam penghasilan karya ilustrasi ialah...
A Gouache dan akrilik
B Cat minyak
C Pensel dan pensel warna
D Peranti digital dan perisian CGI (Computer-generated imagery)
Siapakah ikon komik tanah air yang terkenal dengan karya bertajuk ‘Kampung Boy’?
A Rejabhab
B Jaafar Taib
C Rasyid Asmawi
Mohammad Nor Khalid "Lat"
Apakah bahan yang digunakan untuk membuat hulu dan sarung alat perhiasan Diraja di bawah?
A Emas
B Perak
C Gading
D Tembaga putih
Manakah antara alat kebesaran dan perhiasan Diraja berikut mempunyai motif awan larat?
A Muskat
B Keris Pendek
C Kalung Diraja
D Pending Diraja
Aliran Renaissance bermula di.................... Itali
A Venice
B Florence
C Urbino
D Paris
Siapakah antara berikut dikenali sebagai ‘Sejarawan Seni yang Pertama’?
A Rembrandt van Rijn
B Joseph Wright
C Giorgio Vasari
D Francisco Goya
Siapakah pelukis lukisan di atas pada Karya lukisan aliran Baroque?
A Rembrandt van Rijn
B Peter Paul Rubens
C Diego Velázquez
D Tiada jawapan di atas
Siapakah pelukis lukisan di dalam aliran Rococo di atas ini?
A Louis-JeanFrançois Lagrenée
B Jean Honoré Fragonard
C Thomas Gainsborough
D François Boucher
Tajuk lukisan di atas ialah Job's Complaint tahun 1786 di dalam aliran Romantisisme.
Siapakah pelukis lukisan di atas?
A Francisco Goya
B B William Blake
C Joseph Wright
D aspar David Friedrich
Manakah antara berikut merupakan kayu yang sesuai untuk menghasilkan ukiran kayu di sekolah?
A Kayu Getah
B Kayu Berlian
C Kayu Meranti
D Kayu Jelutung
Membuat dan melicinkan silat.
Alatan yang manakah sesuai untuk aktiviti di atas?
A Pahat
B Kikir Pari
C Tukul Kayu
D Pisau Wali
Namakan alat di atas.
A Kikir Pari
B Pisau Wali
C Pahat
D Ganding Kayu
Manakah antara berikut pernyataan yang berkaitan dengan pola bujang?
A Bentuk ukiran yang lengkap
B Disebut sebagai pola putu
C Corak tersusun dalam bingkai
D Digunakan pada peralatan rumah
Namakan daun di atas yang digunakan dalam aktiviti menghaluskan ukiran kayu?
A Daun nipah
B Daun Semambu
C Daun Mempelas
D Daun Mengkuang
Manakah antara berikut pernyataan yang berkaitan dengan pola pemidang?
A Dikenali sebagai pola induk
B Disebut sebagai pola bingkai
C Dikenali sebagai pola putu
D Bermotif tumbuhan, kosmos atau objek lain
Ukiran di atas merupakan motif....
A Geometri
B Kosmos
C Kaligrafi
D Flora
Bahan kemasan yang sesuai digunakan dalam aktiviti ukiran ialah
A Syelek dan Lilin
B Varnis dan Kapur
C Syelek dan Varnis
D Varnis dan Lilin
Bentuk silat di atas ialah
A Silat Minangkabau
B Silat Dada Tuma
C Silat Serong
D Silat Leper
Bagi Orang Asli, kebanyakan ukiran yang dihasilkan menggunakan motif?
A Fauna
B Flora
C Muka taip
D Hantu Jembalang
Pengukir menerapkan nilai..................dan ...................... dalam karya ukiran mereka.
A keagamaan dan kerohanian
B kebudayaan dan keagamaan
C falsafah dan kebudayaan
D falsafah dan kerohanian
Kaum Cina menggunakan motif haiwan .................. yang bererti keuntungan
A ikan emas
B naga
C burung merak
D Khinzir
Motif bunga besar yang berada di bahagian tengah ukiran di atas mewujudkan kesan
A kontra
B harmoni
C pergerakan
D penegasan
Dilahirkan pada tahun 1753 di England.
• Pelukis cetakan gurisan kayu dan penulis buku sejarah berkaitan alam semula jadi, misalnya buku A History of British Birds.
Siapakah tokoh cetakan di atas yang dimaksudkan?
Thomas Bewick
Edouard Manet
William Hogarth
James Abbott McNeill Whistler
Bagaimanakah seni cetakan mula dijual di bandar Antwerp pada abad ke-16?
A Dibawa oleh pedagang dan pengembara
B Dibawa oleh pengembara dan mubaligh
C Dibawa oleh pedagang dan mubaligh
D Dibawa oleh mubaligh dan peniaga
Apakah kegunaan alat di atas di dalam kerja-kerja seni cetakan?
A Menyapu dakwat pada blok cetakan
B Meratakan dakwat pada blok cetakan
C Membancuh dakwat cetakan pada blok cetakan
D Menyapu dakwat pada cermin
