WorksheetsLatihan imbuhan
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
1. Pengunjung yang bercuti di Pulau Tioman tidak melepaskan peluang untuk ______ di lautnya yang biru.
berenang
merenangi
merenangkan
perenang
2.Aiman _______ dalam jurusan kedoktoran di Universiti Sains Malaysia
ajar
mengajar
belajar
pelajaran
4.Pekerja itu sedang (a) kawasan pantai yang diancam hakisan.
5.Kilang yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden untuk ______ daging.
diproses
terproses
pemproses
memproses
15.Lagu yang memenangi kategori irama Malaysia dalam pertandingan itu digubah oleh ______ yang terkenal.
gubahan
penggubah
diubah
mengubah
Din dan ayahnya ______ di pondok itu untuk menunggu buah durian gugur.
semalam
bermalam
termalam
memalamkan
Pihak berkuasa sedang ______ usaha untuk membanteras kegiatan cetak rompak.
memperhebat
memperhebatkan
memperkecil
memperkecilkan
Sawah padi yang terdapat di kawasan Sungai Manik itu ______ luas saujana, mata memandang.
dibentang
terbentang
membentang
pembentangan
Raja dan Leong ditugaskan untuk ________________ Jalur Gemilang pada setiap pagi Isnin.
menaiki
dinaiki
dinaikkan
menaikkan
_______________ yang diberikan oleh petinju itu tepat mengenai muka lawannya.
Penumbuk
Tumbukan
Bertumbuk
Tertumbuk
Petani itu _______ air untuk mencari ikan haruan dan ikan puyu.
ditimba
menimba
penimba
menimbakan
Novel “Kasih Ibu” yang ...................oleh penulis terkenal itu mendapat sambutan hangat di pasaran.
dibuat
dicetak
digubah
dikarang
Sementara menunggu loceng berbunyi, Yu Zhen ..................... di kantin.
membual
berbual
Syahmi terpilih menjadi ____________ sekolah kerana dia aktif bersukan.
wartawan
olahragawan
dermawan
sukarelawan
Ibu sedang ___________ baju baru untuk adik.
terjahit
berjahit
menjahit
memjahit
Kakinya berdarah kerana ________ tunggul kayu.
tersepak
menyepak
disepak
bersepak
Syahmi terpilih menjadi ____________ sekolah kerana dia aktif bersukan.
wartawan
olahragawan
dermawan
sukarelawan
Hasil __________________ songket Pahang yang halus sering menarik minat pelancong asing untuk membelinya.
menenun
penenun
ditenun
tenunan
Pihak polis _______________ beberapa laras senapang di kawasan petempatan itu.
menemui
menemukan
Semua pihak wajarlah berkolaboratif untuk __________bahasa Melayu.
memperkasa
memperkasakan
Adik ___________ kerana terjatuh dari pokok.
ternangis
menangis
mengenangis
dinangis
Ayah _____ kereta supaya bersih.
bercuci
tercuci
mencuci
dicuci
Bola itu _______ dengan kuat oleh Khairul.
menyepak
disepak
bersepak
sepakan
Puan Dalia membubuh beberapa _______________ tomato di atas bihun goreng yang dihidangkannya.
menghiris
hiriskan
hirisan
dihiris
Puan Jayanti tertarik akan______________ yang halus dan cantik ini.
sulaman
bersulam
menyulam
disulam
Bapa Haikal dapat ______ keadaan persekitaran rumah dengan menggunakan alat keselamatan yang canggih..
memantau
dipantau
terpantau
pemantauan
Pihak tentera bersekutu telah _______ kubu pihak pengganas di kawasan itu.
bom
dibom
mengebom
pengebom
Pemandu bas itu __________ murid-murid di tepi jalan dengan berhati-hati.
keturunan
penurunan
menuruni
menurunkan
Majlis itu diadakan untuk _______________ jasa guru-guru yang banyak berjasa kepada sekolah.
mengingatkan
memperingatkan
diingatkan
memperingati
Cikgu Noraini ______________ tayangan slaid ketika mengajar supaya murid-muridnya lebih faham.
menonton
ditonton
mempertontonkan
mempertonton
