wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENGASAS KESULTANAN MELAYU MELAKA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka menurut Sulalatus Salatin?

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Mansur Shah

c)

Sultan Iskandar Shah

2.

Parameswara merupakan putera raja yang berasal dari_________________________________________________.

a)

Palembang

b)

Senin Ujong

c)

Temasik

3.

Kerajaan manakah yang mahu menyerang Parameswara sehingga baginda sanggup berhijrah dari Palembang?

a)

Acheh

b)

Siam

c)

Majapahit

4.

Bagaimanakah Parameswara berusaha menjadi pemerintah Temasik?

a)

Membunuh Temagi

b)

Berunding dengan Temagi

c)

Mendapatkan bantuan Siam

5.

Pernyataan berikut merupakan peristiwa yang membawa Parameswara berundur ke Muar.


"Cis, berani mereka membunuh Temagi! Beta sebagai pemerintah X harus menuntut bela. Hutang darah dibayar dengan darah."


Siapakah pemerintah X?

a)

Siam

b)

Kedah

c)

Majapahit

d)

Acheh

6.

Apakah pandangan Parameswara terhadap Temasik?

a)

Kawasan mundur

b)

Kawasan strategik

c)

Kawasan banjir

7.

Mengapakah Parameswara meninggalkan Muar dan meneruskan perjalanan ke Sungai Ujong?

a)

Diburu Siam

b)

Banyak biawak

c)

Ditendang pelanduk

8.

Semasa berburu Parameswara telah melihat satu peristiwa yang aneh sehingga baginda berbesar hati untuk membuka negeri.


Apakah perkara tersebut?

a)

Anjing menendang pelanduk

b)

Biawak mati yang banyak

c)

Pelanduk putih menendang anjing

9.

Berdasarkan sumber Arab, Melaka disebut Malakat yang bermaksud_______________________________________________.

a)

pelanduk putih

b)

tempat perlindungan

c)

perhimpunan segala dagang

10.

Maklumat berikut merupakan asal usul nama Melaka menurut Suma Oriental.


MALAQA


Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Negeri yang bergunung ganang

b)

Tempat perlindungan

c)

Tempat pertemuan pedagang

11.

Apakah keistimewaan Melaka?


I-Kedudukan strategik

II-Kaya dengan sumber alam

III-Bebas daripada ancaman musuh

IV- Terlindung daripada angin monsun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Apakah yang dapat disimpulkan daripada kebijaksanaan Parameswara?

a)

Penubuhan kerajaan baru

b)

Palembang diserang

c)

Siam membalas dendam

13.

Siapakah wakil kerajaan Siam yang memerintah Temasik?

a)

Temagi

b)

Parameswara

c)

Sultan Iskandar Shah

14.

Mengapakah Majapahit mahu menyerang Palembang?

a)

Parameswara cuba membebaskan Palembang dari jajahan Majapahit

b)

Parameswara cuba menyerang Temasik

c)

Parameswara membunuh pemimpin Majapahit

15.

Mengapakah Melaka dikatakan terletak di kedudukan yang strategik?

a)

Melaka terhindar dari serangan lanun yang suka merompak

b)

Terdapat banyak pokok Melaka di sekitar kawasan Melaka

c)

Terletak di antara jalan timur dan barat yang menarik pedagang

16.

Sebelum menjadi Sultan di Melaka, Parameswara merupakan...

a)

Ketua kampung

b)

Laksamana

c)

Putera raja

17.

Tandakan tempat-tempat yang pernah Parameswara dan pengikutnya pergi sebelum sampai ke Melaka.

a)

Langkawi

b)

Palembang

c)

Sening Ujong

d)

Temasik

e)

Muar

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan binatang perburuan Parameswara?

a)

Tikus

b)

Kancil

c)

Pelanduk

d)

Anjing

19.

Temasik ialah nama lama bagi...

a)

Langkawi

b)

Melaka

c)

Singapura

20.

Antara berikut, yang manakah bukan sikap yang ada pada Parameswara?

a)

Berani

b)

Bijak

c)

Mudah berputus asa