Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Majmuk (Cikgu Mazurah)

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Nenek menggunakan ........................ sewaktu menjahit baju.

a)

cermin mata

b)

cermin tingkap

c)

anak mata

2.

Lili dan kumpulannya sedang bertungkus-lumus menyiapkan __________ untuk dibentangkan pada hari esok.

a)

alat tulis

b)

atur cara

c)

kertas kerja

d)

hak cipta

3.

Ravin dan keluarganya menaiki __________ ketika bercuti ke Kanada.

a)

kapal kontena

b)

kapal selam

c)

kapal terbang

d)

kapal korek

4.

_____________Ah Kang berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.

a)

Ibu negara

b)

Ibu jari

c)

Ibu pejabat

5.

Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.

a)

pakaian sukan

b)

pakaian seragam

c)

pakaian angkatan

6.

Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah tumpangan

7.

________________yang dijaga oleh Aliff tidak dibolosi sepanjang perlawanan bola sepak itu berlangsung.

a)

Pintu jendela

b)

Pintu gol

c)

Pintu keluar

d)

Pintu pagar

8.

Atoi mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.

a)

buku kedatangan

b)

buku lima

c)

buku rujukan

9.

Carol telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam ____________________ Bahasa Melayu.

a)

mata air

b)

mata kucing

c)

mata pelajaran

d)

mata hati

10.

Ayah Yi Ying membaca __________ untuk mengetahui isu dan berita semasa.

a)

buku teks

b)

surat khabar

c)

surat layang

d)

buku cerita