Font size
WorksheetsPAI T4 PEL. 6: LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah maksud mempersendakan agama?
semua tindakan sama ada melalui lisan atau perbuatan yang merendah-rendahkan martabat agama.
semua tindakan sama ada melalui lisan atau perbuatan yang merendah-rendahkan orang Islam.
Semua tindakan yang merendah-rendahkan para alim ulama.
semua tindakan yang menjatuhkan maruah keluarga Islam
وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا
Surah al An'am:70
Apakah maksud terjemahan ayat di atas?
Serta mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia
Dan tinggalkanlah orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan gurauan
Ingatkanlah (mereka) dengan al Quran itu agar diri masing2 tidak terjerumus (ke dalam neraka) disebabkan apa2 yang diusahakan
Pernyataan manakah bukan perbuatan mempersendakan agama
Menyanjung perbuatan maksiat
Menghina golongan ulama dan orang soleh
Berasa bangga apabila melakukan kebaikan
Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah
Apakah balasan Allah kepada orang yang mempersendakan agama di dalam ayat 70 surah Al-An'am
Diberi minuman yang panas menggelegak
Segala amalan mereka lakukan tidak diterima Allah SWT
Mereka akan dibiarkan berada di dalam kesesatan
Beikut adalah amalan mempersendakan agama kecuali
Berasa bangga mempersendakan agama Allah SWT
Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah SAW
Menghina golongan ulama dan orag soleh
Membenci perbuatan maksiat
Berikut adalah cara menjaga kesucian Islam kecuali
Memperkasakan program keilmuan berbentuk bimbingan di semua lapisan masyarakat
Tidak mencontohi keperibadian Rasulullah SAW
Meningkatkan kualiti ibadah fardhu dan Sunat demi menjamin keutuhan akidah
Meninggalkan segala perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam
Kesan mempersendakan agama kepada seseorang ialah
Iman bertambah teguh
Tidak dipandang oleh Allah SWT di akhirat kelak
Mendapat Kejayaan di dunia dan di akhirat
Tidak mendapat balasan apa-apa di dunia
Huraikan tindakan anda dalam situasi berikut
Makan pada siang hari di tempat terbuka pada bulan Ramadhan.
Membiarkan sahaja
Melapor pada pihak yang berkuasa
Ambil gambar dan viralkan
Memberitahu kepada lain
Berdasarkan bacaan ayat bab ini, apakah balasan terhadap mereka yang mempersendakan agama? Tandakan
Dilaknat oleh Allah
Dimasukkan ke neraka
Mendapat syafaat di akhirat kelak
Berdosa besar
Mengapakah Islam melarang perbuatan mempersendakan agama?
Bagi melindungi perbuatan pesalah
Kerana perbuatan mempersendakan agama boleh membatalkan iman
Kerana perbuatan tersebut mengangkat martabat agama
Akan semakin ramai memasuki agama Islam
Di antara cara cara mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan mempermainkan/mempersendakan agama digambarkan di bawah kecuali ...
Melaksanakan semua perintah allah swt dan meninggalkan larangannya
Sentiasa melakukan amal soleh
Sentiasa melakukan kelakuan asi
Mendalami ilmu agama
Usaha berikut boleh dilakukan jika rakan anda suka melakukan perbuatan mempersendakan/mempermainkan agama kecuali ..
Mendoakan mereka agar diberi petunjuk oleh allah swt
Mengajak mereka menghadiri majlis pesta makanan
Menasihati beliau agar tidak mengulangi perbuatan tersebut
Memaklumkan kepada guru untuk mendapat bimbingan
Pilih pengajaran ayat yang sesuai dan memenuhi kriteria peraturan pemarkahan KBAT
Kita hendaklah menjauhi amalan yang menjatuhkan maruah islam agar umat islam dipandang mulia
Menjauhi amalan yang menjatuhkan maruah islam agar umat islam dipandang mulia
Menjauhi amalan yang menjatuhkan maruah islam
Kita wajib menjauhi amalan yang menjatuhkan maruah islam
Berikut adalah cara menjaga kesucian Islam kecuali....
Penguatkuasaan undang-undang dengan mengenakan hukuman dan denda yang berat kepada pesalah.
Meningkatkan kualiti ibadah Fardu dan sunat demi menjamin keutuhan akidah.
Meninggalkan segala perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam.
Menyokong dan mengamalkan amalan-amalan yang merosakkan akidah.
Terangkan dua pengajaran ayat tajuk larangan mempersendakan agama.
Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan yang mempersendakan agama demi menjaga kesucian Islam.
Kita hendaklah menyedari perbuatan mempersendakan agama akan di azab oleh Allah dengan seksaan api neraka.
Kita hendaklah meyakini bahawa Allah berkuasa menjadikan alam ini dengan sempurna.
Kita haruslah memupuk kesedaran agar sentiasa menghubungkan silaturahim dalam masyarakat.
