wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Jenis Sistem Peredaran

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Amoeba sp. tidak memerlukan sistem peredaran kerana

a)

nisbah jumlah luas permukaan kepada isipadu (JLP/I) organisma adalah besar

b)

nisbah jumlah luas permukaan kepada isipadu (JLP/I) organisma adalah kecil

c)

saiznya besar

d)

bentuknya berubah-ubah

2.

Berikut adalah sebab-sebab mengapa haiwan multisel memerlukan sistem peredaran

a)

Jarak persekitaran luar dari sel adalah jauh

b)

JLP/I organisma tersebut adalah kecil

c)

JLP/I organisma tersebut adalah besar

d)

Bahan yang diperlukan adalah banyak

3.

Dalam sistem peredaran apakah, hemolimfa mengalir masuk terus ke dalam rongga badan (hemoselom) dan membasahi sel?

a)

Sistem peredaran tunggal

b)

Sistem peredaran ganda dua

c)

Sistem peredaran ganda dua yang lengkap

d)

Sistem peredaran terbuka

4.

Apakah contoh haiwan dengan sistem peredaran seperti di atas?

a)

Lipas

b)

Kerang

c)

Ikan

d)

Katak

5.

Apakah nama sistem peredaran di atas?

a)

Sistem peredaran terbuka

b)

Sistem peredaran tertutup tunggal

c)

Sistem peredaran ganda dua

d)

Sistem peredaran ganda dua lengkap

6.

Organisma manakah yang mempunyai nisbah jumlah luas permukaan kepada isipadu yang paling besar?

a)

Ikan

b)

Katak

c)

Burung

d)

Amoeba sp.

7.

Pertukaran bahan antara hemolimfa dan sel-sel badan berlaku secara ...

a)

osmosis

b)

resapan berbantu

c)

resapan ringkas

d)

pengangkutan aktif

8.

Apabila jantung mengendur, hemolimfa akan kembali semula ke dalam jantung melalui liang seni yang dipanggil ...

a)

spirakel

b)

lentisel

c)

stoma

d)

ostium

9.

Jantung ikan mempunyai berapa ruang?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

d)

Empat

10.

Apa yang berlaku semasa di kapilari sistemik?

a)

Oksigen meresap ke dalam tisu

b)

Kabon dioksida meresap dari tisu ke dalam kapilari

c)

Oksigen meresap ke dalam kapilari

d)

Karbon dioksida meresap dari kapilari

11.

Berapa ruang terdapat dalam jantung katak?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

d)

Empat

12.

Mengapa sistem peredaran pada katak dipanggil sistem peredaran ganda dua tidak lengkap?

a)

Katak mempunyai dua tempat pertukaran gas

b)

Darah bergerak memasuki jantung sebanyak dua kali

c)

Bahagian ventrikel jantung bercampur diantara darah beroksigen dengan darah terdeoksigen

d)

Jantung katak mempunyai lubang

13.

Sistem peredaran manusia juga merupakan ...

a)

Sistem peredaran tertutup ganda dua lengkap

b)

Sistem peredaran tertutp ganda dua tidak lengkap

c)

Sistem peredaran tertutup tunggal

d)

Sistem peredaran terbuka

14.

Dua jenis peredaran pada manusia:

a)

Peredaran pulmonari

b)

Peredaran pulmokutaneus

c)

Peredaran sistemik

d)

Peredaran insang

15.

Yang manakah persamaan bagi sistem peredaran dalam organisma multisel?

a)

Terdapat dalam semua organisma multisel

b)

Terdapat dalam semua organisma unisel dan multisel

c)

Berfungsi untuk mengangkut nutrien dan bahan buangan

d)

Berfungsi untuk menghantar perutusan dengan segera