Font size
WorksheetsPOP QUIZ
Total questions: 78
Worksheet time: 26mins
Apakah maksud Pengurusan perbelanjaan secara beretika?
Jumlah wang dibelanjakan untuk memperoleh suatu barang dan perkhidmatan.
cara wang dibelanjakan untuk memperoleh suatu barang dan perkhidmatan.
cara wang dibelanjakan dan diuruskan secara berhemah untuk memperoleh suatu barang dan perkhidmatan.
Nilai yang sesuai bagi Unit 10 ini ialah....
Kesederhanaan
Berjimat cermat
Berdikari
Kejujuran
Berikut merupakan cara menguruskan perbelanjaan KECUALI
Berbelanja mengikut kehendak semata-mata
Mengenal pasti dan membuat anggaran perbelanjaan
Tidak mudah dipengaruhi oleh jualan murah atau secara atas talian
Mendokumentasikan perbelanjaan
Senaraikan hak-hak anda sebagai pengguna
Mendapatkan keperluan asas
Mendapatkan keselamatan
Menbuat pilihan
Mendapatkan ganti rugi
Mendapatkan pendidikan kepenggunaan
Yang manakah BUKAN kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika?
menjamin masa depan
mengelakkan pembaziran/boros
meningkatkan bebanan hutang
mengelakkan diri daripada ditipu
Kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada diri ialah...
Bebanan hutang meningkat
menjejaskan perbelanjaan keluarga
meningkatkan kadar inflasi
melahirkan masyarakat yang boros
Apakah kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada masyarakat?
Tidak boleh ke luar negara
Menjejaskan hubungan kekeluargaan
Meningkatkan kadar barangan import
Peningkatan penghutang
Tandakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada negara
Meningkatkan kadar inflasi
Meningkatkan bilangan penghutang
Meningkatkan kos pelupusan barangan yang dibuang
Menjejaskan perbelanjaan pendidikan
Apakah perasaan anda apabila dapat menguruskan perbelanjaan secara beretika
marah
terkilan
gembira
bersyukur
Bersetujukah anda dengan penggunaan kad kredit semasa berbelanja?
Setuju
Tidak setuju
Tidak pasti
Bersetujukah anda dengan pernyataan berikut
Ah Meng akan membuat senarai barangan dan anggaran perbelanjaan sebelum berbelanja.
Setuju
Tidak setuju
Setuju atau tidak dengan pernyataan di bawah
Amalan pengurusan perbelanjaan secara beretika akan melahirkan masyarakat yang suka membazir/ boros
Setuju
Tidak bersetuju
Semua pihak perlu merancang perbelanjaan dengan bijak supaya dapat mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan.
Setuju
Tidak setuju
Sebagai pengguna, kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan secara beretika. Kita juga mempunyai hak seperti berikut kecuali
Hak untuk mendapat keperluan asas
Hak untuk mendapat ganti rugi
Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Hak untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan selamat
Pengurusan perbelanjaan secara beretika bermaksud cara wang dibelanjakan dan diuruskan dengan ________________ untuk mendapat sesuatu barangan dan perkhidmatan.
berhemah
bersistematik
berdisiplin
berwaspada
Apabila membuat pembayaran sebaik-baiknya membayar menggunakan ________________________
kad kredit
tunai atau kad debit
kad sewa beli
buku hutang
Dalam menguruskan perbelanjaan secara beretika, ilmu dan kemahiran perlu bergerak seiring. Kepentingan mengurus perbelanjaan termasuklah
Menyebabkan kadar keberhutangan yang tinggi
Menjadikan seseorang itu semakin kedekut
Memilih jenama barangan yang terbaik
Menjadikan rujukan perbelanjaan akan datang
Salah satu kesan pengurusan perbelanjaan yang tidak beretika terhadap negara ialah kenaikan kadar inflasi. Inflasi bermaksud
kenaikan nilai mata wang negara
tahap perbelanjaan pengguna dalam negara
kenaikan harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi
kemerosotan ekonomi akibat pengaliran keluar mata wang negara
Penderaan kanak-kanak merupakan salah satu isu yang sering terjadi pada masa kini. Ramalkan kesan sekiranya perlakuan berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak terhakis dalam masyarakat.
Menimbulkan tekanan jiwa dan emosi kepada kanak-kanak yang didera.
Menyebabkan pendera akan semakin seronok melakukan penderaan.
Menjejaskan sumber pendapatan sesebuah keluarga.
Mengurangkan beban kos kepada kerajaan.
Apabila nilai kemanusiaan diabaikan, manusia terdorong untuk mengambil tindakan negatif. Antaranya ialah pegangan agama dan nilai moral dalam kehidupan menjadi ___________________.
erat
berkecai
sistematik
goyah
Sikap berperikemanusiaan bukan sahaja diamalkan terhadap manusia tetapi juga terhadap hidupan lain termasuklah haiwan. Apakah nilai yang boleh membentuk sikap berperikemanusiaan ini ?
Kepercayaan kepada Tuhan, baik hati dan kasih sayang
Kepercayaan kepada Tuhan, amanah dan harga diri
Bertanggungjawab, hormat dan kerajinan
Hemah tinggi, kesederhaan dan patriotisme
Setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing. Hak ialah
batasan yang diperoleh oleh individu dalam menguruskan harta.
kesanggupan warganegara untuk melakukan tugas serta kewajipan dalam menjaga kedaulatan negara.
bersikap bertolak ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.
kuasa atas sesuatu atau kuasa melakukan sesuatu yang ditentukan mengikut peraturan dan undang-undang negara.
Berikut merupakan kepentingan tanggungjawab sebagai warganegara kecuali
Melestarikan alam sekitar
Membangunkan dan memartabatkan negara
Merapatkan jurang antara kaum
Mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada negara
Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. Ini merujuk kepada
Perkara 8 Kesamarataan
Perkara 5 Kebebasan diri
Perkara 10 Kebebasan berucap
Perkara 13 Hak terhadap harta
Apakah kesan pengabaian hak terhadap masyarakat ?
Hak asasi akan hilang
Dipandang tinggi oleh dunia
Kestabilan akan tergugat
Mengancam keselamatan
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, batasan hak sebagai warganegara harus dipatuhi agar kesejahteraan rakyat kekal terjamin. Antara batasan hak tersebut termasuklah
Boleh memasuki mana-mana kawasan yang dikenakan sekatan.
Tidak bersikap diskriminasi terhadap sesiapa sahaja dalam mendapatkan pendidikan.
Bertanggungjawab membuat pengisytiharan harta dan membayar cukai.
Mengadakan perhimpunan tanpa mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.
Perpaduan ialah penyatuan masyarakat yang membentuk satu ________________________ dan nilai bersama
identiti nasional
identiti istimewa
identiti peribadi
identiti eksklusif
Berikut merupakan agensi kerajaan yang berperanan untuk memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia termasuklah
Jabatan Tenaga Kerja
Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Jabatan Pengangkutan Jalan
Terdapat pelbagai cabaran dalam memupuk perpaduan. Cabaran tersebut tidak melibatkan perkara yang berikut.
Penyebaran maklumat palsu dan negatif
Pemahaman budaya dan agama yang tinggi
Kurang menerima, menghormati dan mengurus
Penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional merupakan salah satu agensi kerajaan yang terlibat dalam pemumpukan semangat bersatu padu di Malaysia. Antara peranan utama jabatan ini
Mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan
Menerima maklumat dan menyiasat konflik masyarakat
Menyokong pertumbuhan pelancongan negara
Meningkatkan kefahaman dan keyakinan masyarakat terhadap pembinaan negara bangsa
Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua. Maksud nilai ini merujuk kepada nilai
hormat
baik hati
kebebasan
kerjasama
Gambar di atas menunjukkan salah satu gejala yang tidak bermoral. Berikut merupakan faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam gejala tersebut, KECUALI
Pengaruh rakan sebaya
Tidak tahu menghargai kemudahan awam
Kurang didikan agama
Tidak mempunyai ramai kenalan
Berikut merupakan kepentingan menjaga maruah diri, KECUALI *
Agar tidak dicemuh dan difitnah oleh orang lain sesuka hati
Agar kita dapat bermegah-megah dengan kebolehan yang dimiliki
Agar tidak mudah dipengaruhi oleh pandangan dan unsur-unsur negatif
Agar orang lain sentiasa beranggapan baik terhadap diri kita
Bagaimanakah pakaian yang sesuai dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan?
Berpakaian compang-camping
Berpakaian mendedahkan anggota tubuh
Berpakaian sopan
Berpakaian mencolok mata
Antara berikut, yang manakah menunjukkan amalan gaya hidup sihat?
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Cara untuk kita membina harga diri ialah
Memilih rakan yang positif
Menonjolkan kelebihan diri
Bercakap bohong
Bersikap individualistik
Ciri individu berkeperibadian mulia adalah seperti berikut, KECUALI *
Ikhlas dan jujur dalam tindakan
Melakukan sesuatu kebaikan dengan mengharapkan balasan
Berpegang teguh pada nilai moral
Bersikap sederhana dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan
Antara berikut, yang manakah menunjukkan seseorang yang berkeperibadian mulia?
Yang manakah TIDAK benar mengenai cara mempraktikkan keperibadian mulia?
01
02
03
04
Kita boleh mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan ajakan negatif rakan sebaya dengan cara
Menolak ajakan secara kasar
Memberikan alasan yang munasabah
Menyuruhnya mengajak orang lain
Tidak bergaul dengan rakan-rakan
Apakah perbuatan yang perlu dijauhi oleh seseorang pelajar?
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Gambar menunjukkan pergaduhan suami isteri dalam sesebuah keluarga sehingga menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.
Nyatakan dua nilai universal yang harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga untuk mengelakkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.
KASIH SAYANG
HORMAT
RASIONAL
TOLERANSI
Terangkan dua punca yang menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan
Anggota keluarga yang sering sibuk bekerja
Pengaruh dadah
Vandalisme
Tiada ketua keluarga
Ramalkan dua kesan terhadap anak-anak jika hubungan keluarga semakin renggang.
Anak-anak terlibat dalam kegiatan gejala sosial
Anak-anak tidak menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lain
Anak -anak akan berjaya dalam pelajaran
Keluarga akan lebih bahagia
Berikan ciri integriti keluarga.
Saling Menghormati
Integriti
individualistik
Angkuh
Nyatakan dua cara Andy menunjukkan integriti keluarga apabila berlaku percanggahan pendapat tentang pemilihan kerjaya dengan ayahnya.
Menjelaskan sebab tidak bersetuju dengan pendapat ayahnya
Bertutur dengan sopan dan tidak meninggikan suara terhadap ayahnya
Tetap dengan pilihan diri
Meninggikan suara sekiranya ayah meninggikan suara
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan pergaduhan dalam kalangan ahli keluarga ketika berbincang sesuatu perkara.
Memberi pendapat sebab pendapat diri sendiri lebih baik
Tidak memandang rendah terhadap pendapat ahli keluarga yang lain
Mengejek pandangan ahli keluarga yang lain
Menerima sahaja apa keputusan ahli keluarga tanpa memberikan pandangan
Nyatakan kesan yang mungkin berlaku jika anggota keluarga melakukan perbuatan yang tidak berintegriti
meruntuhkan institusi kekeluargaan
kerosakkan akhlak dalam kalangan anggota keluarga
Imej keluarga akan terjejas
Keluarga akan bahagia
Apakah kesan perbuatan tidak berintegriti terhadap negara
Keamanan negara terjejas
Maruah diri tercemar
Hubungan kekeluargaan renggang
Gelap masa depan
Bagaimana cara untuk menangani masalah plagiarisme semasa melakukan kerja kursus seni di sekolah
Kerja kursus seni ditolak dan tidak diberi markah.
Kerja kursus seni dipotong markah
Kerja kursus seni diterima dan diberi markah penuh
Kerja kursus seni ditolak dan buat semula Kerja kursus seni yang baru
Apakah yang akan anda lakukan jika ternampak rakan anda meniru semasa peperiksaan
Melaporkan perbuatan tersebut kepada guru yang mengawas peperiksaan
Melaporkan perbuatan tersebut kepada guru matapelajaran
Meminta jawapan dari rakan
Tidak menghiraukan mereka
Gambar berikut menunjukkan beberapa contoh kemudahan awam kecuali
Cara menjaga kemudahan awam ialah...
merosakkan telefon awam
mengepam air setelah menggunakan tandas awam.
memotong wayar elektrik
menconteng dinding bangunan
Antara berikut merupakan kemudahan awam kecuali
Perhentian bas
Perpustakaan awam
Basikal saya
Taman rekreasi
Gambar menunjukkan pergaduhan suami isteri dalam sesebuah keluarga sehingga menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Nyatakan dua nilai universal yang harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga untuk mengelakkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.
Kasih sayang
Hormat
Rasional
Toleransi
Nyatakan dua cara Adam menunjukkan integriti keluarga apabila berlaku percanggahan pendapat tentang pemilihan kerjaya dengan ayahnya.
Menjelaskan sebab tidak bersetuju dengan pendapat ayahnya
Bertutur dengan sopan dan tidak meninggikan suara terhadap ayahnya
Tetap dengan pilihan diri
Meninggikan suara sekiranya ayahnya meninggikan suara
Bagaimana cara untuk menangani masalah plagiarisme semasa melakukan kerja kursus di sekolah?
Kerja kursus ditolak dan tidak diberi markah
Kerja kursus dipotong markah
Kerja kursus diterima dan diberi markah penuh
Kerja kursus ditolak dan buat semula kerja kursus yang baharu
Apakah yang akan anda lakukan jika ternampak rakan anda meniru semasa peperiksaan?
Melaporkan perbuatan tersebut kepada guru yang mengawas peperiksaan
Melaporkan perbuatan tersebut kepada guru subjek
Meminta jawapan dari rakan
Tidak menghiraukan mereka
Apakah perubahan yang menjejaskan norma masyarakat?
Terdedah kepada budaya hedonisme
Pengabaian tanggungjawab masing-masing
Perubahan permainan tradisional kepada permainan gajet elektronik.
Pengabaian amalan tradisi masing-masing.
Apakah kesan jika kita tidak membuat pengurusan kewangan dengan beretika ?
kadar inflasi menurun
boleh membuat pinjaman kewangan peribadi
dapat membentuk sikap berjimat cermat
menghadapi masalah kewangan atau muflis
Antara berikut ialah kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika KECUALI ?
Dapat meningkatkan kuasa beli
membebabskan diri daripada bebanan hutang yang banyak
menabung
dapat elakkan diri daripada tertipu
Kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan secara beretika. Apakah hak kita sebagai pengguna ?
Hak untuk memprotes
Hak untuk menipu dalam pembelian talian
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
"Penularan berita yang menggugat kedaulatan negara."
Pernyataan manakah yang menyokong cabaran mengekalkan kedaulatan negara tersebut?
Kemajuan teknologi makumat dan komu
nikasi memberikan kesan terhadap penyebaran berita atau maklumat yang tidak sahih.
kebanyak rakyat menyebarkan maklumat tanpa mengetahui sumbernya sahih ataupun tidak.
Hal ini, menggugat kedaulatan negara apabila maklumat yang disebarkan boleh menyebabkan kebimbangan rakyat.
Berikut merupakan cabaran-cabaran mengekalkan kedaulatan negara kecuali...
Penularan berita yang menggugat kedaulatan negara
Tindakan kuasa besar yang mencabar kedaulatan negara.
Generasi muda yang kurang semangat patriotik terhadap negara
Rakyat kurang jati diri dan mudah terpedaya dengan hasutan dalam dan luar negara.
Semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan rakyat.
Lengkapkan ayat berikut menggunakan pilihan jawapan yang tepat dibawah;
Taraf ekonomi yang tidak ___________ menjadikan rakyat sibuk menambah pendapatan dan mencari ___________ semata-mata.
seimbang, kekayaan
bagus, pendapatan
mantap, duit
maju, harta
Taraf ekonomi yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat akan menyebabkan rakyat kurang menitikberatkan hal berkenaaan patriotisme dan menjaga kedaulatan negara.
Setuju
Tidak setuju
Rakyat Malaysia tidak kira latar belakang ekonomi dan sosial perlu berganding bahu untuk mengekalkan kedaulatan yang dimiliki.
Setuju
Tidak setuju
Generasi muda merupakan modal insan yang akan menentukan hala tuju dan memacu perkembangan negara pada masa hadapan.
Tidak setuju
Setuju
Apakah tindakan anda sekiranya menerima khabar angin di media sosial?
Mengesahkan ketepatan berita tersebut
Membiarkan status kesahihan berita dan turut menyebarkan di media sosial
Menunggu sehingga berita tersebut disahkan oleh pihak bertanggungjawab
Tidak berkongsi maklumat tersebut
Mengapakah generasi muda penting terhadap sesebuah negara?
Modal insan yang menentukan jatuh atau bangun sesebuah kerajaan
Masih kuat dan bertenaga
Banyak idea dan ringan tulang
Bakal menjadi peneraju dan pelapis negara
Apakah tindakan sebagai seorang rakyat Malaysia yang mendengar hasutan untuk menjatuhkan negara?
Perlu memantapkan semangat cintakan negara
Melaporkan kepada pihak bertanggungjawab supaya tindakan segera dapat diambil
Menerima hasutan dan menjatuhkan kedaulatan negara
Tidak mahu ambil kisah hal negara dan lebih percayakan orang luar
Berikut adalah kesan-kesan pengabaian tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara...
Campur tangan kusas asing
Perpaduan dan keharmonian terjejas
Tradisi dan norma masyarakat semakin dilupakan
Aktiviti ekonomi negara terbantut
Ketidakstabilan politik negara
Nyatakan 3 kesan pengabaian tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.
Rakyat saling bermusuhan
Pembangunan negara maju
Pembangunan negara terjejas
Negara menjadi tidak aman
Apakah kesan perkembangan ekonomi yang perlahan terhadap negara?
Negara tidak dapat membangunkan kemudahan sosial kepada rakyat
Kurang peluang pekerjaan
Ramai rakyat hidup merempat
Taraf hidup rakyat rendah
Wajarkah tindakan seseorang pelajar tidak menghormati nyanyian lagu 'Negaraku'?
Wajar. Keselesaan dan kemegahan diri lebih penting.
Tidak wajar. Lagu 'Negaraku' merupakan identiti negara yang perlu dihormati
Apakah yang anda faham dengan lirik lagu " Biar putih tulang jangan putih mata"?
Tidak sanggup berkorban untuk kepentingan dan keharmonian negara.
Sanggup berkorban apa sahaja untuk mempertahankan negara walaupun dengan bergadai nyawa dan darah.
Mengapa kita perlu mempertahankan kedaulatan negara?
Kedaulatan negara adalah maruah sesebuah negara
Negara yang berdaulat akan kaya dan rakyatnya mementingkan diri.
Negara yang berdaulat mempunyai sistem pentadbiran yang kukuh atas kerjasama rakyat dan pemimpin.
Berikan cara melibatkan diri dalam akiviti yang mengukuhkan kedaulatan negara.
Mendaftarkan diri dalam anggota RELA untuk membantu menjaga keselamatan negara.
Mendaftarkan diri dalam askar wataniah untuk menjaga keamanan negara.
Menjaga nama baik negara semasa berada di luar negara.
Menyokong segala usaha kerajaan dalam mengekalkan kedaulatan negara
Memburukkan kepimpinan pemimpin negara di medai sosial
