Font size
WorksheetsUlangkaji Tingkatan 4 Unit 10-12
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Sebagai pengguna, kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan secara beretika. Kita juga mempunyai hak seperti berikut kecuali
Hak untuk mendapat keperluan asas
Hak untuk mendapat ganti rugi
Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Hak untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan selamat
Pengurusan perbelanjaan secara beretika bermaksud cara wang dibelanjakan dan diuruskan dengan ________________ untuk mendapat sesuatu barangan dan perkhidmatan.
berhemah
bersistematik
berdisiplin
berwaspada
Apabila membuat pembayaran sebaik-baiknya membayar menggunakan ________________________
kad kredit
tunai atau kad debit
kad sewa beli
buku hutang
Dalam menguruskan perbelanjaan secara beretika, ilmu dan kemahiran perlu bergerak seiring. Kepentingan mengurus perbelanjaan termasuklah
Menyebabkan kadar keberhutangan yang tinggi
Menjadikan seseorang itu semakin kedekut
Memilih jenama barangan yang terbaik
Menjadikan rujukan perbelanjaan akan datang
Salah satu kesan pengurusan perbelanjaan yang tidak beretika terhadap negara ialah kenaikan kadar inflasi. Inflasi bermaksud
kenaikan nilai mata wang negara
tahap perbelanjaan pengguna dalam negara
kenaikan harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi
kemerosotan ekonomi akibat pengaliran keluar mata wang negara
Setiap kaum mempunyai keunikannya tersendiri. Pilih padanan yang salah bagi kaum dan pakaian tradisinya.
Kaum Iban - Sirat, kelambi dan kain tenun
Kaum Melayu - baju kurung dan baju Melayu
Kaum Punjabi - Serban, kurta pejama dan dupatta
Kaum Cina - sari dan dhoti
Setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda patut mempertahankan dan mengekalkan keunikan ini. Salah satu kepentingan keunikan rakyat Malaysia ialah
Kebudayaan akan hilang
Menarik pelancong asing
Persefahaman kaum terjejas
Identiti negara semakin bercelaru
Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam mempertahankan keunikan rakyat. Antaranya ialah wujudnya sikap perkauman. Ini ada kaitannya dengan cabaran
polarisasi kaum
cabaran bahasa
cabaran sosial
cabaran budaya luar
Bagi mengatasi cabaran tersebut, semua pihak patut bertanggungjawab dan memainkan peranan untuk mengekalkan keunikan ini. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa
mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
menjauhkan diri daripada aktiviti kebudayaan pelbagai kaum
mengamalkan adat dan budaya dalam keluarga
memandang rendah adat dan budaya kaum lain
Prinsip Rukun Negara yang kelima ialah
Kesopanan dan kesusilaan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Langkah mempertahankan kedaulatan negara menjadi tanggungjawab semua warganegara. Perbuatan yang bertujuan untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik atau kerajaan merujuk kepada
anasir luar
anasir jahat
anasir subversif
anasir negattif
Para era globalisasi kini, terdapat pelbagai cabaran yang boleh menggugat kedaulatan negara yang perlu dihadapi. Cabaran ini termasuklah
Penularan berita yang menggugat kedaulatan negara
Tindakan kuasa kecil yang mencabar kedaulatan negara
Generasi muda yang bersemangat patriotik terhadap negara
Taraf ekonomi dan sosial yang seimbang dalam kalangan rakyat
Kealpaan dan kegagalan mempertahankan kedaulatan negara boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk yang menjejaskan kedudukan negara. Semua ini merupakan kesan pengabaian tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara kecuali
Ketidakstabilan politik negara
Tradisi dan norma masyarakat sentiasa diingati
Perpaduan dan keharmonian terjejas
Aktiviti ekonomi negara terbantut
Senaraikan hak-hak anda sebagai pengguna
Mendapatkan keperluan asas
Mendapatkan keselamatan
Menbuat pilihan
Mendapatkan ganti rugi
Mendapatkan pendidikan kepenggunaan
Apakah kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada masyarakat?
Tidak boleh ke luar negara
Menjejaskan hubungan kekeluargaan
Meningkatkan kadar barangan import
Peningkatan penghutang
Kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada diri ialah...
Bebanan hutang meningkat
menjejaskan perbelanjaan keluarga
meningkatkan kadar inflasi
melahirkan masyarakat yang boros
Tandakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada negara
Meningkatkan kadar inflasi
Meningkatkan bilangan penghutang
Meningkatkan kos pelupusan barangan yang dibuang
Menjejaskan perbelanjaan pendidikan
Antara berikut ialah kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika KECUALI ?
Dapat meningkatkan kuasa beli
membebabskan diri daripada bebanan hutang yang banyak
menabung
dapat elakkan diri daripada tertipu
Kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan secara beretika. Apakah hak kita sebagai pengguna ?
Hak untuk memprotes
Hak untuk menipu dalam pembelian talian
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Nyatakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada keluarga ?
melahirkan persaingan yang tidak sihat
menjejaskan hubungan kekeluargaan
meningkatkan kadar barangan import
dapat membebaskan diri daripada bebanan hutang
Berikut ialah cara pengurusan perbelanjaan secara beretika KECUALI
membuat peruntukan bagi setiap perbelanjaan
membeli barang atau perkhidmatan yang telah dirancang sahaja
membeli barangan berasaskan jenama semata-mata
merancang perbelanjaan berasaskan wang yang dimiliki
Hidup berbaik-baik serta bertolak ansur demi kesejahteraan diri dan orang lain.
Pilih nilai yang sesuai berdasarkan penerangan di atas.
Hemah tinggi
Hormat
Kerjasama
Toleransi
Apakah makanan di dalam gambar? Dimakan semasa sambutan Pesta Dongzhi.
Tang Yuan
Kuih bulan
Tofu
Yee Sang
Apakah makanan utama semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri?
Ketupat
Nasi kerabu
Mee goreng
Kuih muih
Manisan ketika hari Deepavali dikenali sebagai..
Laddu
Vadai
Ladda
Murukku
Mengapakah kita perlu menghormati amalan-amalan perayaan kaum lain?
Meningkatkan kefahaman terhadap kaum lain
Memupuk sikap toleransi antara kaum
Memaparkan kepada dunia luar bahawa Malaysia negara yang aman
Tindakan yang melanggar amalan tersebut menyinggung perasaan kaum lain
Mengapakah kita perlu menghormati ajaran agama lain?
Dapat membandingkan ajaran agama kita dengan orang lain
Dapat membantu kita memahami cara hidup orang lain
Dapat memperbaiki kelemahan agama yang kita anuti
Dapat mengelakkan penindasan terhadap peganut agama lain
Mengapakah keunikan rakyat Malaysia sangat penting?
Menjamin kemajuan negara
Melahirkan generasi baharu yang kuno
Menjadi kebanggaan negara
Menjejaskan kestabilan politik
"Kadangkala konflik itu tercetus kerana sikap sombong dan terlalu bangga dengan kebudayaan sendiri."
Apakah cabaran yang digambarkan dalam pernyataan di atas?
Cabaran sosial
Cabaran bahasa
Cabaran budaya luar
Polarisasi kaum
Apakah strategi kerajaan bagi memastikan keunikan rakyat Malaysia dikekalkan?
Pesta Keaamatan disambut oleh kaum ..................
Iban
Punjabi
Orang Asli
Kadazandusun
Hidangan diatas terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain.
Apakah nama hidangan tersebut?
Maggie
Sushi
Yee Sang
Tofu
Persembahan tarian tradisional seperti Sumazau, Sumirid, dan Magunatip.
Sumazau adalah tarian rakyat tradisional Kadazan Dusun. Tarian ini diilhamkan oleh corak terbang burung helang yang disaksikan oleh petani di padang semasa musim menuai.Magunatip, yang juga dikenali sebagai Tarian Bambu, dilakukan dengan cepat apabila tarian berlangsung.
Pernyataan diatas berkaitan dengan .....................
Gawai Dayak
Gawai Antu
Pesta Keamatan
Thaipusam
Pakaian tersebut merupakan pakaia tradisional bagi wanita kaum Iban. Apakah nama pakaian tersebut?
Sirat
Kelambi
Baju burung
Kain tenun
Perayaan Vaisakhi disambut oleh masyarakat .........
Melayu
Sikh
India
Cina
Bagaimanakah cara untuk mengekalkan keunikan rakyat Malaysia?
Mengadakan pameran kebudayaan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Menimbulkan pergaduhan antara rakan sebaya
Memakai pakaian tradisional semasa menghadiri sesuatu majlis
Mengadakan acara perkahwinan berkonsepkan Barat
Berikut merupakan kepentingan kepelbagaian dan keunikan rakyat Malaysia KECUALI
Menjadi kebanggaan negara
Menggalakkan pergaduhan
Mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia
Kemasukan pelancong asing meningkat
Pada pandangan anda, apakah amalan yang perlu anda amalkan untuk mengekalkan keunikan rakyat Malaysia ? (jawapan lebih dari satu)
Memandang rendah adat dan kepercayaan kaum lain.
Menghormati amalan dan tradisi kaum lain
Mengamalkan adat dan budaya dalam kehidupan seharian.
Menghina amalan keagamaan kaum lain
Keunikan rakyat Malaysia dapat menarik pelancong luar. Apakah keunikan rakyat yang dapat menarik perhatian pelancong asing? (lebih daripada satu jawapan)
Kepelbagaian makanan tradisional
Pakaian tradisional
Sambutan perayaan oleh pelbagai kaum
Budaya K-pop
Jelaskan perasaan anda apabila dapat hidup secara aman dan damai dalam sebuah masyarakat majmuk.
Perasaan sedih kerana rakyat Malaysia sentiasa hidup benci-membenci antara satu sama lain.
Perasaan kecewa kerana rakyat Malaysia bergaduh antara satu sama lain
Perasaan gembira kerana rakyat Malaysia hidup aman damai dan saling menghormati perbezaan masing-masing
Perasaan gembira kerana rakyat hidup saling membenci antara satu sama lain.
Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan keunikan rakyat malaysia?
Melaksanakan amalan rumah terbuka sewaktu perayaan setiap kaum
Tidak perlu menghormati budaya dan adat kaum lain
Melarang anak menyertai aktiviti kesenian
Melakukan aktiviti bergotong royong dalam kawasan komuniti
Berikut merupakan cabaran mengekalkan keunikan rakyat Malaysia kecuali..
Mudah terpengaruh dengan budaya Barat
Perasaan taasub terhadap kebudayaan sendiri
Mempunyai sikap hormat-menghormati adat dan budaya kaum lain
Sikap mementingkan kebudayaan kaum sendiri
Apakah ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?
Merdeka
Berstruktur Pemerintahan Sendiri
Warganegara yang berstatus tinggi
Beridentiti Nasional
Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Raja Berperlembagaan. Siapakah ketua negara di bawah sistemm pentadbiran tersebut?
Perdana Menteri
Ketua Polis Negara
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Ketua Hakim Negara
Mengikut sistem Demokrasi Berparlimen, pemisahan kuasa dilakukan kepada tiga cabang utama, iaitu
Perundangan, Perdagangan dan Kehakiman
Perdagangan, Kehakiman dan Eksekutif
Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan
Perundangan, Perdagangan dan Eksekutif
Namakan tempat bersejarah berikut.
Dataran Merdeka
Jata Negara
Tugu Merdeka
Tugu Negara
Yang manakah berikut merupakan kesan yang mungkin akan berlaku jika rakyat negara mengabaikan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara?
Negara kita dicampur tangan oleh kuasa luar
Ekonomi negara terjejas
Budaya masyarakat dapat dikekalkan
Perpaduan rakyat terjejas
Bersubahat dengan musuh negara
Membocorkan rahsia kerajaan
Menfitnah pemimpin negara
Perbuatan di atas merupakan unsur-unsur
Semangat patriotik
Anasir komunis
Anasir subversif
Pilih tindakan yang betul apabila menerima khabar angin yang menfitnah pemimpin negara di media sosial?
Berkongsi maklumat itu dengan ahli keluarga sahaja
Berkongsi maklumat itu dengan kawan-kawan rapat sahaja
Berkongsi maklumat itu di media sosial dengan menggunakan akaun palsu
Tidak berkongsi maklumat itu
Apakah nilai universal yang patut diamalkan oleh rakyat Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan negara?
Kesederhanaan
Bertanggungjawab
Patriotisme
Kebebasan
Keberanian
Kebanjiran pendatang asing tanpa izin telah membawa impak negatif kepada negara kita. Pilih agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin.
Kementerian Dalam Negeri
Polis Diraja Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia
Yang manakah berikut merupakan usaha kerajaan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia?
Mengadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang
Mengadakan ceramah kesihatan
Mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan
Mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Pilih 4 Identiti Nasional yang BETUL.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Prinsip Rukun Negara
Jata Negara
Lagu Kebangsaan Jepun
Bendera rasmi / Jalur Gemilang
PIlih 3 kepentingan mempertahankan kedaulatan negara yang BETUL.
Tiada semangat patriotik
Mengekalkan kemerdekaan negara
Maruah negara terpelihara
Mengurangkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
Mengukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat
Pilih 3 cabaran mengekalkan kedaulatan negara yang BETUL.
Penyebaran berita palsu
Generasi mudia tiada semangat patriotik
Ekonomi negara meningkat
Taraf ekonomi yang tidak seimbang
Apakah yang perlu anda lakukan untuk mengekalkan kedaulatan negara?. Pilih 3 jawapan yang BETUL.
Memburukkan nama baik negara
Menghormati semua kaum
Menggunakan bahasa kebangsaan
Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara
Menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat
'Media massa kini lebih menumpukan berita berkaitan dengan hiburan. penularan berita hiburan telah membawa pengaruh budaya negatif terhadap perlakuan generasi muda yang boleh menjejaskan kedaulatan negara"
Bincangkan nilai universal yang harus diamalkan oleh generasi muda untuk mengekalkan kedaulatan negara
nilai patriotisme
nilai bertanggungjawab
nilai murni
nilai kebersamaan
nilai keberanian
Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya rakyat mengabaikan tanggungjawab dalam mempertahankan kedaulatan negara?
Ekonomi negara semakin membangun
Campur tangan kuasa luar
Sistem pemerintahan yang stabil
Senaraikan cabaran dalaman yang boleh menggugat kedaulatan negara.
Sikap memburukkan imej negara
Kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang
Aktiviti gotong royong
Gejala vandalisme
