Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud dan konsep tradisi?

a)

Tradisi ialah sistem adat yang ketinggalan zaman.

b)

Tradisi ialah cara masyarakat untuk bergaul antara satu sama lain.

c)

Tradisi ialah sesuatu kebiasaan atau amalan yang sebati dan diwariskan secara turun-temurun.

d)

Tradisi ialah satu cara untuk menghormati kaum dan bangsa lain.

2.

Apakah contoh amalan tradisi kekeluargaan kaum Melayu?

a)

Bersalam sambil mencium tangan orang yang lebih tua.

b)

Memakai pakaian merah semasa sambutan penting.

c)

Menganggap orang yang mempunyai nama sama sebagai adik-beradik.

d)

Membalas pantun dengan orang yang lebih tua.

3.

Kenapa pentingnya untuk kita memahami tradisi yang diamalkan oleh kaum lain?

a)

Supaya kita dapat meniru budaya yang diamalkan.

b)

Supaya kita dapat memahami dan mempelajari budaya yang diamalkan oleh kaum lain.

c)

Supaya kita dapat mentertawakan kaum lain kerana masih mengamalkan tradisi mereka.

d)

Supaya kita dapat memaksa kaum lain untuk menerima budaya yang dimiliki oleh kaum sendiri.

4.

Apakah kesan sekiranya amalan tradisi kekeluargaan diabaikan dalam sesuatu kaum? Pilih jawapan yang betul


I. Generasi akan datang hilang identiti kaum.

II. Amalan tradisi kekeluargaan kaum akan pupus.

III. Hubungan antara kaum akan menjadi baik.

IV. Tradisi kekeluargaan kaum akan mula dilupakan

a)

I, III dan IV

b)

I, II dan III

c)

II, III dan IV

d)

I, II dan IV

5.

Apakah kepentingan mengekalkan amalan tradisi kekeluargaan?

a)

Memperkecilkan amalan budaya yang dimiliki kaum lain.

b)

Menunjukkan bahawa tradisi kekeluargaan kaum anda lebih baik dari kaum lain.

c)

Mewarisi tradisi kekeluargaan dari generasi ke generasi secara turun-temurun.

d)

Meneruskan aktiviti budaya yang ketinggalan zaman.

6.

Berikut merupakan upacara perkahwinan yang diamalkan sebagai tradisi kekeluargaan kaum Cina.


I. Memakai baju baharu semasa hari perkahwinan

II. Menghidangkan teh kepada orang tua.

III. Memberikan hantaran kepada pengantin perempuan.

IV. Membongkokkan badan sebagai tanda hormat kepada orang tua.

a)

I, II dan IV

b)

I, II dan III

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III dan IV.

7.

Kenapa penting untuk mematuhi pantang larang dalam tradisi kekeluargaan?

a)

Untuk mengelakkan diri daripada mendapat malu.

b)

Untuk memastikan hidup lebih teratur.

c)

Supaya mengelakkan malapetaka, nasib tidak baik dan wabak penyakit.

d)

Supaya dapat memuaskan hati kaum lain.

8.

Apakah contoh amalan tradisi kekeluargaan? Pilih pernyataan yang betul.


I. Perayaan

II. Politik

III. Adab makan.

IV. Pantang larang.

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

I, III, IV

d)

I, II, III, IV

9.

Apakah nilai murni yang sesuai dengan amalan tradisi kekeluargaan?

a)

Mempunyai sikap kejujuran.

b)

Mengamalkan patriotisme.

c)

Sentiasa sederhana dalam hidup.

d)

Hormat-menghormati antara satu sama lain.

10.

Apakah tradisi kekeluargaan yang diamalkan oleh kaum anda? Nyatakan dengan jelas mengapakah anda mengamalkan tradisi kekeluargaan tersebut.

4 lines