wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA EP1

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Jalan raya yang dibina itu ____________ kerana melalui kawasan yang berbukit.

a)

compang-camping

b)

bengkang-bengkok

c)

tanah-tanih

d)

lekak-lekuk

2.

Jalan raya di kota besar selalunya ber_____________. Pemandu kereta mestilah berhati-hati supaya tidak tersesat.

a)

dolak-dalik

b)

mundar-mandir

c)

simpang-siur

d)

lalu-lalang

3.

Para pelancong sanggup meredah kegelapan malam di Kampung Kuantan kerana hendak melihat keindahan __________ yang berterbangan.

a)

ubur-ubur

b)

kunang-kunang

c)

pijat-pijat

d)

labi-labi

4.

Sorakan daripada penonton yang menyaksikan perlawanan akhir bola sepak itu menjadikan suasana di dalam stadium ________________.

a)

huru-hara

b)

haru-biru

c)

porak-peranda

d)

gegak-gempita

5.

Pak Cik Soh meletakkan _____________ di tengah-tengah bendang untuk menghalau unggas yang selalu hendak merosakkan tanamannya.

a)

orang-orang

b)

paku-pakis

c)

kelip-kelip

d)

patung-patung

6.

Semenjak mengalami kemalangan jalan raya, bapa Ali tidak dapat mendengar dengan jelas kerana _____________ telinganya tercedera.

a)

kekisi

b)

gegendang

c)

tetupai

d)

jeriji

7.

____________ adik berdarah kerana tercucuk duri ikan yang tajam.

a)

Lelangit

b)

Pepohon

c)

Pepatung

d)

Jemari

8.

Harry berjalan _____________________ kerana kakinya tercedera akibat terpijak sebatang paku.

a)

terbahak-bahak

b)

terincut-incut

c)

teresak-esak

d)

tersedu-sedan

9.

Ekor lembu itu _____________ lalat yang mencuba menghurung belakangnya.

a)

mengacu-acu

b)

melaga-laga

c)

melibas-libas

d)

terhuyung-hayang

10.

Mulut Yvonne ________________ mengatakan sesuatu ketika sedang dimarahi Cikgu Soh semalam.

a)

tersipu-sipu

b)

terkumat-kamit

c)

terpinga-pinga

d)

terkial-kial

11.

Seluruh badan pemuda itu _______________ setelah keluar dari hutan itu kerana memakai baju yang berlengan pendek.

a)

serbah-serbih

b)

koyak-rabak

c)

bolak-balik

d)

calar-balar

12.

Peminta sedekah itu berpakaian _________________ dan wajahnya kelihatan kusut-masai.

a)

compang-camping

b)

calar-balar

c)

terang-benderang

d)

pontang-panting

13.

Pak Cik Amin sanggup _______________ bagi memastikan anak-anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.

a)

merayu-rayu

b)

bergolok-gadai

c)

berdolak-dalik

d)

mengejek-ejek

14.

Beberapa ekor anak ayam sedang _________ mematuk padi yang ditabur oleh Yong Zhe.

a)

bersesat barat

b)

berlumba-lumba

c)

bercakar-cakar

d)

bergolek-golek

15.

Zhe Sheng menuntun basikalnya sehingga ke rumah kerana ___________ roda basikalnya telah patah.

a)

jejari

b)

jeriji

c)

kekisi

d)

bebuli