wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PANTUN BUDI

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat Melayu amat mementingkan amalan berbudi dalam kehidupan harian?

a)

Betul

b)

Salah

2.

Apakah perkara yang akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang?

a)

Kemuliaan keturunan

b)

Budi yang baik

c)

Ketinggian pangkat

d)

Kekayaan harta benda

3.

Nilai yang terkandung dalam pantun budi ialah

a)

simpati

b)

kemaafan

c)

baik hati

d)

berbudi bahasa

4.

Gaya bahasa yang terdapat dala baris "Bijak bertemu dengan jauhari" ialah

a)

Simile

b)

Metafora

c)

Inversi

d)

Personifikasi

5.

Apakah pengajaran yang terkandung dalam rangkap keempat Pantun Budi?

a)

Kita perlulah menjaga kata- kata semasa berbicara dengan orang lain.

b)

Kita janganlah terlalu memandang tinggi golongan kaya yang tidak berbudi bahasa.

c)

Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian kita.

d)

Kita hendaklah berbudi bahasa terhadap semua orang.

6.

Berikut merupakan rangkap 1 bagi Pantun Budi.


Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak junjung.


Apakah maksud rangkap ini?

a)

Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.

b)

Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

c)

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

d)

Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.

7.

Berikut merupakan rangkap 4 bagi Pantun Budi.


Bunga cina di atas batu,

Jatuh daunnya ke dalam ruang;

Adat dunia memang begitu,

Sebab emas budi terbuang.


Apakah maksud rangkap ini?

a)

Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannya.

b)

Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

c)

Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.

d)

Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.

8.

Tema bagi Pantun Budi

a)

Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.

b)

Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.

c)

Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.

d)

Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.

9.

Bagai cincin dengan permata.


Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan?

a)

Anafora

b)

Peribahasa

c)

Personifikasi

d)

Repetisi

10.

Apakah pengajaran yang terdapat dalam pantun berikut?

a)

Kita tidak perlu mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.

b)

Kita perlulah menepati masa.

c)

Kita mestilah mempratikkab amalan berbudi bahasa agar sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat.

d)

Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.