Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KATA GANDA 2

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

"Jangan bergaduh disebabkan perkara yang _____________, nanti hubungan kamu berdua pasti akan terjejas," nasihat bapa kepada Ali dan Abu.

a)

punah-ranah

b)

remeh-temeh

c)

tunggang-langgang

d)

cobak-cabik

2.

Encik Soh _____________ ke pejabat pagi tadi selepas menerima panggilan kecemasan daripada rakan sejawatnya.

a)

bersimpang-siur

b)

berlekak-lekuk

c)

terpontang-panting

d)

tergopoh-gapah

3.

Keadaan di gerai agak __________ kerana penjual pakaian itu baru mula berniaga pada hari ini. Dia masih tidak begitu cekap menguruskan pelanggannya.

a)

kelam-kabut

b)

huru-hara

c)

herot-berot

d)

serbah-serbih

4.

Pencuri itu berlari __________________ kerana dikejar oleh seekor anjing yang ganas di rumah yang dipecah masuknya itu.

a)

lemah-longlai

b)

lemah-gemalai

c)

tunggang-langgang

d)

dentam-dentum

5.

Sebaik sahaja melihat cacing yang dimasukkan di dalam balang itu, Shao Zhe menjadi ___________ dan tidak jadi pergi memancing bersama.

a)

degap-degup

b)

denyut-denyut

c)

geli-geliman

d)

hina-dina

6.

Semua murid menyanjungi Cikgu Soh kerana beliau ___________ tahu dalam pelbagai perkara.

a)

serba-serbi

b)

serbah-serbih

c)

kering-kontang

d)

karut-marut

7.

Pengganas yang diburu oleh pihak polis itu lari __________ ke dalam hutan ketika ternampak beberapa orang anggota polis yang berjalan ke arahnya.

a)

haru-biru

b)

cobak-cabik

c)

samar-samar

d)

susup-sasap

8.

Mulut bomoh itu ter_______________ ketika membaca jampi di dalam bilik yang gelap itu.

a)

selok-belok

b)

kumat-kamit

c)

calar-balar

d)

remuk-redam

9.

Bahagian hadapan kereta itu menjadi __________ akibat terlanggar sebatang tiang lampu di tepi jalan.

a)

mundar-mandir

b)

herot-berot

c)

calar-balar

d)

remuk-redam

10.

Encik Soh mahu anak sulungnya untuk mempelajari ___________ pengurusan di syarikat milik mereka terlebih dahulu sebelum persaraannya.

a)

dolak-dalik

b)

selok-belok

c)

hukum-hakam

d)

keluh-kesah

11.

Nenek memasukkan ____________ ke dalam sarung bantal sambil menonton televisyen.

a)

kekabu

b)

pepatung

c)

jejari

d)

jeriji

12.

Pencuri itu menggergaji _______________ yang dipasang pada pintu rumah itu supaya dapat memasuki rumah tersebut.

a)

kekuda

b)

tetikus

c)

jejari

d)

jeriji

13.

Kunang-kunang juga dinamakan sebagai ______________.

a)

labah-labah

b)

kelip-kelip

c)

ubur-ubur

d)

pijat-pijat

14.

Seluruh badan adik _____________ kerana terjatuh ke dalam parit yang kotor dan busuk itu.

a)

comot-momot

b)

kusut-masai

c)

compang-camping

d)

cobak-cabik

15.

Budak lelaki itu menangis _______________ kerana kehilangan telefon pintar baharunya di pusat beli-belah itu.

a)

terhuyung-hayang

b)

tersedu-sedan

c)

terdekah-dekah

d)

terbahak-bahak