Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERMODELAN MATEMATIK 2

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Alia Elyana menyimpan RM4 000 di CIMB dengan

kadar faedah mudah 1.5% setahun. Alia Elyana ingin membeli seunit komputer berharga RM4 455 melalui hasil simpanannya.


Berapa lamakah tempoh penyimpanan yang diperlukan oleh Alia Elyana?


Berdasarkan situasi di atas, yang manakah andaian yang boleh dibuat?

a)

Kadar faedah tidak berubah sepanjang tempoh kita melakukan perhitungan faedah.

b)

Harga komputer tidak berubah apabila Alia Elyana berjaya mengumpulkan amaun wang yang diperlukan.

c)

Tempoh simpanan Alia Elyana di bank.

d)

Kadar faedah dan masa dalam tahun.

2.

Graf yang dilukis menunjukkan lengkung penyuaian terbaik dan menyerupai graf ....

a)

fungsi kuadratik.

b)

fungsi linear

c)

fungsi eksponen

3.

Fungsi "linear" ialah

a)

Graf menyerupai satu garis lurus.

b)

Graf lengkung berbentuk parabola.

c)

Graf lengkung yang mengilustrasikan kenaikan atau penurunan

nilai data pada kadar yang mendadak.

4.

Maklumat berikut adalah tentang suatu situasi.


Parvina telah menyimpan RM 1000 dalam satu akaun simpanan dengan kadar faedah 1.3% setahun. Dia akan mengeluarkan wang untuk membeli sebuah basikan apabila simpanannya mencapai RM 1250.


Apakah andaian boleh dibuat daripada situasi di atas?


I Kadar faedah tidak berubah sepanjang tempoh simpanan

II Prinsipal tidak berubah sepanjang tempoh simpanan

III Harga basikal tidak berubah sehingga Parvina mampu membeli basikal tersebut

a)

I, II dan III

b)

II dan III sahaja

c)

I dan III sahaja

d)

I dan II sahaja

5.

Tentukan fungsi yang sesuai untuk mewakili data berikut:

Nilai pasaran harga rumah dari tahun 2010 hingga tahun 2030 di Kuala Lumpur.

a)

Fungsi kuadratik

b)

Fungsi linear

c)

Fungsi eksponen

6.

Tentukan fungsi yang sesuai untuk mewakili data berikut:

Isipadu air didalam sebuah bekas berbentuk kuboid yang mempunyai panjang 20cm, lebar x cm dan tinggi (x + 2) cm.

a)

Fungsi kuadratik

b)

Fungsi linear

c)

Fungsi eksponen

7.

Tentukan fungsi yang sesuai untuk mewakili data berikut:

Jarak yang dilalui oleh sebuah kereta berbanding tempoh masa bagi kelajuan yang seragam.

a)

Fungsi kuadratik

b)

Fungsi linear

c)

Fungsi eksponen

8.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan pemboleh ubah dalam pemodelan matematik?

a)

Masa yang diambil

b)

Pilihan warna

c)

Bilangan kereta

d)

Isi padu minyak

9.

Antara berikut, yang manakah kepentingan penilaian model?

a)

Membantu menganalisis ketepatan hasil yang diramalkan oleh model

b)

Membantu membuat andaian yang sah untuk model agar tidak berat sebelah terhadap sampel yang dikumpulkan

c)

Membantu untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan model yang dibina dan memahami tahap tingkah laku model dengan lebih mendalam

10.

Antara berikut yang manakah bukan soalan yang wajar semasa melakukan refleksi?

a)

Adakah model ini masih sah apabila kita menambah atau mengurangkan nilai pemboleh ubah?

b)

Adakah andaian kita relevan dan boleh dipertahankan?

c)

Bagaimana jika andaian kita tidak betul?

d)

Adakah orang lain boleh menghasilkan model yang lebih baik?

11.

ALI MEMBELI 5 BUNGKUS NASI LEMAK YANG BERHARGA RM12.50 DISEBUAH GERAI MAKANAN. BERAPAKAH HARGA YANG PERLU DI BAYAR OLEH ALI JIKA DIA MEMBELI 9 BUNGKUS NASI LEMAK? NYATAKAN PEMBOLEHUBAH YANG TERLIBAT.

a)

BILANGAN NASI LEMAK YANG DIBELI

b)

NAMA GERAI MAKANAN

c)

HARGA YANG PERLU DIBAYAR

d)

BILANGAN NASI LEMAK YANG ALI DAH MAKAN

12.

JUMLAH TOL YANG DITERIMA DARIPADA 8 BUAH KENDERAAN IALAH RM10.40. BERAPAKAH JUMLAH TOL YANG DITERIMA DARIPADA 20 BUAH KENDERAAN YANG MELALAUI SEBATANG LEBUH RAYA? NYATAKAN PEMBOLEUBAH YANG TERLIBAT

a)

BILANGAN KENDERAAN

b)

JUMLAH TOL YANG DITERIMA

c)

JENIS KENDERAAN

d)

BILANGAN LEBUHRAYA