Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa melayu tingkatan 1 (golongan kata)

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

_____ , teriknya cahaya matahari sejak kebelakangan ini!

a)

Oh

b)

Cis

c)

Nah

d)

Syabas

2.

______ , cepatnya adik kamu mengira!

a)

Hai

b)

Wah

c)

Aduh

d)

Aduhai

3.

_____, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!

a)

Aduhai

b)

Aduh

c)

Cis

d)

Wah

4.

Ayat manakah yang menggunakan kata seru dengan betul?

a)

Eh, malangnya nasibku!

b)

Celaka, aku cintakan kau sepenuh hati!

c)

Wahai anak muridku, tuntutlah ilmu hingga akhir usiamu!

d)

Cis, cantik sungguh kamu hari ni.

5.

Sudahkah kamu menyapu lantai ini?


Pilih jenis ayat ini.

a)

ayat perintah

b)

ayat seruan

c)

ayat penyata

d)

ayat tanya

6.

Pilih ayat tanya yang betul berdasarkan gambar.

Bayi itu menangis kerana lapar.

a)

Bilakah bayi itu menangis?

b)

Mengapakah bayi itu menangis?

c)

Bayi itu menangis mengapa?

d)

Di manakah bayi itu menangis?

7.

_______________ kamu tidak hadir ke sekolah semalam?

a)

Mengapakah

b)

Bilakah

c)

Siapakah

d)

Bagaimanakah

8.
___________ orangkah yang akan menyertai rombongan lawatan sambil belajar anjuran Kelab Kembara ke Kuala Lumpur?
a)
Siapa
b)
Apa
c)
Berapa
d)
Bagaimana
9.

Pilih satu kata perintah:

a)

Kata permintaan

b)

kata nama

c)

kata kerja

d)

simpulan bahasa

10.

berikan contoh ayat perintah

a)

saya sudah makan

b)

saya minta maaf

c)

Sila beratur sebelum masuk

d)

jom makan

11.

“ _____ pastikan nama kamu ditulikan pada kertas jawapan “ kata pengawas peperiksaan kepada calon-calon.

a)

Jemput

b)

Jangan

c)

Tolong

d)

Usah

12.

“ ___ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi, kata juruacara itu.

a)

Jangan

b)

tolong

c)

Minta

d)

Usah

13.

_____nikmati ketupat dan lemang yang disediakan oleh nenek.

a)

Jemput

b)

Tolong

c)

Jangan

d)

Minta

14.

______kamu membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah ini.

a)

Sila

b)

Tolong

c)

Usah

d)

Harap

15.

"_______________ istana yang besar itu pun siaplah,"kata penglipur lara itu.

a)

Hatta

b)

Alkisah

c)

Shahadan

d)

Sebermula

16.

______________berlakulah pertelingkahan antara mereka selepas dua bulan bermasam muka.

a)

Hatta

b)

Alkisah

c)

Adapun

d)

Kalakian

17.

______________ harta karun dimiliki oleh Tuan Said yang budiman.

a)

Alkisah

b)

Adapun

c)

Hatta

d)

Arkian

18.

_________________ berangkatlah puteri raja itu dengan dayang-dayangnya ke taman bunga.

a)

Arkian

b)

Syahadan

c)

Alkisah

d)

Sebermula

19.

Apakah maksud Kata Pembenar?

a)

perkataan yang hadir di hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat

b)

perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan

c)

perkataan yang menunjukkan perbuatan yang sedang dilakukan oleh seseorang

d)

perkataan yang merujuk sifat sesuatu objek atau manusia

20.

Pilih ayat yang betul untuk kata pembenar.

a)

Benar, pendapat George tidak bernas langsung

b)

Betul, Jawapan yang diberi oleh Nick tepat.

c)

Benar, tindakan kamu salah.

d)

Betul, cara awak tidak betul.

21.
_____________ yang berlaku di sini ?
a)
Siapakah
b)
Apakah
c)
Mengapakah
d)
Adakah
22.

Pilih ayat yang menggunakan Kata Pembenar dengan betul

a)

Benar, dialah yang menolong saya semalam.

b)

Biarkan, dia bukan adik saya.

c)

Wah, Lancang Jita sungguh hebat!

d)

Bagaimanakah alat ini berfungsi?

23.

Nyatakan jawapan yang yang tepat bagi mengeyakan soalan yang diajukan seperti berikut:

Adakah yang berbaju merah itu ibu kamu?

a)

Tidak, ibu saya memakai baju berwarna kelabu.

b)

Yang berbaju kuning itu ibu saya.

c)

Ya, yang berbaju merah itu ibu saya.

d)

Benar, dialah adik saya.

24.

Kata Pembenar ialah salah satu Kata Tugas yang tergolong dalam kata

a)

pascakata

b)

prafrasa

c)

praklausa

d)

kata penyambung ayat

25.

harapan cikgu kepada anda ialah :

a)

sihat selalu

b)

siapkan kerja rumah

c)

semangat belajar

d)

jaga kesihatan