wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa BM

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
a)
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
b)
Perkerjaan yang dilakukan secara bersama-sama
c)
Arahan yang diberikan sebelum sesuatu tindakan diambil
d)
Pekerjaan yang sia-sia
2.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
a)
Melalukan  sesuatu pekerjaan mestilah diiringi dengan doa
b)
Pekerjaan yang dilakukan tanpa banyak alasan
c)
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
d)
Hendaklah sabar dalam melakukan pekerjaan.
3.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
a)
Sentiasa menghargai pendapat orang lain
b)
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan
c)
Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
d)
Semangat bekerjasama antara satu sama lain
4.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
a)
Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
b)
Sesuatu pekerjaan yang berkekalan
c)
sentiasa menjadi sebutan dan ingatan orang lain
d)
adat warisan nenek moyang
5.
Seperti lembu dicucuk hidung
a)
orang yang tidak banyak bercakap
b)
melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh
c)
orang yang terlalu taksub dengan sesuatu pekara
d)
Orang yang selalu menurut kemahuan orang.
6.
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
a)
Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
b)
bersama-sama mengankat barang yang berat
c)
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat
d)
Sentiasa menghargai pendapat orang lain
7.
Penduduk Kampung Siantan telah mendapat  _____________ sebagai sebahagian daripada pampasan selepas tanah mereka diambil untuk pembinaan jalan raya.
a)
wang muka
b)
wang kopi
c)
wang hangus
d)
wang saku
8.
Anggota - anggota ekspidisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.
a)
alas perut
b)
ikat perut
c)
makan hati
d)
makan garam
9.

Jurang perbezaan yang terlalu besar

a)

Bagai tikus jatuh ke beras

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Bagai dihiris dengan sembilu

d)

Bagai langit dengan bumi

10.

Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan

a)

Seperti rumput di tepi jalan

b)

Bagai tikus jatuh ke beras

c)

Berpantang maut sebelum ajal

d)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

11.

Seperti halilintar membelah bumi

a)

bunyi yang sangat kuat

b)

hari penghabisan

c)

seseorang yang terlalu marah

d)

suasana cerah tiba-tiba

12.
Pemuda yang menjadi _____ Inggeris amat dibenci oleh orang kampung.
a)
kaki wayang
b)
bidan terjun
c)
tali barut
d)
orang gaji
13.
Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan menjadi _____.
a)
teman hidup
b)
tulang belakang
c)
mata keranjang
d)
orang dalam
14.
Maisarah sentiasa memastikan setiap tulisannya diselitkan _____ untuk menambahkan pengetahuan pembacanya.
a)
lidah biawak
b)
lidah bercabang
c)
lidah pendeta
d)
lintah darat
15.

Dina anak yang pintar. Dia selalu mendapatkan nilai yang tinggi di semua mata pelajaran. Namun, hal itu tidak membuatnya menjadi anak yang sombong. Dia mau membantu teman-temannya yang mengalami kesulitan dalam belajar. Oleh karena itu, dia disukai teman-temannya.


Peribahasa yang sesuai untuk ilustrasi tersebut adalah ....

a)

Tong kosong nyaring bunyinya.

b)

Bagai ilmu padi, makin berisi makin merunduk.

c)

Air beriak tanda tak dalam.

d)

Air tenang menghanyutkan.

16.

Ibuku adalah ibu rumah tangga. Kadang, dia harus mengerjakan banyak pekerjaan dalam waktu yang bersamaan. Pagi tadi, ibu menggoreng ikan untuk sarapan kami. Sambil menunggu ikannya matang, ibu menyiapkan baju yang akan di pakai ayah juga merapikan kamar.


Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ...

a)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

b)

Bagai anak kehilangan induknya.

c)

Berat sama dilikul, ringan sama dijinjing.

d)

Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampaui.

17.

Pak Tono adalah seorang yang boros. Dia terbiasa membeli apa saja yang dia inginkan tanpa memikirkan pendapatan yang dia miliki. Tak heran jika setiap bulan dia harus berhutang kepada teman-temannya. Pengeluarannya tiap bulan lebih besar daripada penghasilannya.


Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ...

a)

Bagai menegakkan benang basah.

b)

Bagai burung di dalam sangkar.

c)

Besar pasak daripada tiang.

d)

Bagai mendapat durian runtuh.

18.

Diana adalah anak satu-satunya di keluarga Pak Dulah. Orang tuanya sangat menyayangi Diana. Karena terlalu sayang, Diana tidak bisa pergi bermain atau pun belajar ke luar rumah. Orang tuanya terlalu khawatir kepada Diana. Diana hanya bisa berdiam di kamarnya sambil melihat teman-temannya bermain dari jendela. Diana bagaikan ....


Peribahasa yang tepat untuk melengkapi keadaan Diana adalah ...

a)

Bagai burung dalam sangkar.

b)

Bagai punguk merindukan bulan.

c)

Bermain api basah, bermain api hangus.

d)

Bagaikan kerbau dicocok hidungnya.

19.

Anjas, anak yang suka mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Bahkan hal yang sepele pun sering dibesar-besarkan. Kelemahan dan kesalahan orang seolah-olah menjadi objek yang menarik baginya, sedangkan kelemahan dan kesalahan dirinya ditutup-tutupi.


Peribahasa yang tepat untuk melukiskan sifat Anjas adalah …

a)

Lempar batu sembunyi tangan.

b)

Kalah jadi abu menang jadi arang.

c)

Memercik air didulang terpecik muka sendiri.

d)

Kuman di seberang lautan tampak gajah di pelupuk mata tak tampak.

20.

berikan maksud peribahasa "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"

a)

sesuatu yang terdedah kepada panas dan hujan

b)

sesuatu yang tidak akan rosak walaupun ditimpa hujan.

c)

Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

21.

Sebaik-baik sahaja kerajaan melonggarkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri, sebahagian besar masyarakat mula mengambil kesempatan untuk balik ke kampung halaman seperti menahan lukah di pergentingan.


Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa bergaris.

a)

Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk

b)

Menangguk di air keruh

c)

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

d)

Lupa daratan

22.

Gejala mat rempit dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi. Walaupun ibu bapa telah menasihati anak-anak mereka tetapi nasihat mereka ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, sia-sia sahaja.


Pilih peribahasa yang sinonim dengan perkataan bergaris.

a)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

b)

Membuang garam ke laut

c)

Mencurah air ke daun keladi.

d)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

23.

Nazri: Oh, Seng Hock memang baik dengan saya sejak kami masih kecil! Dia selalu menyedarkan saya supaya belajar dengan rajinnya. Menurut kata Seng Hock, tanpa usaha, kita tidak akan berjaya bak kata orang tua-tua, malas berdayung perahu hanyut.


Pilih peribahasa yang sinonim dengan peribahasa bergaris.

a)

Bagai dakwat dengan kertas

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain

d)

Menyelam sambil minum air