wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam Tingkatan 2

Total questions: 65

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

1. Antara yang berikut yang manakah huruf izhar halqi

a)

ق,ط,ب,ج,د

b)

ء,ه,ع,ح,غ,خ

c)

ي,و,م,ن

d)

م,ب

2.

قَالُواْ طَٰٓئِرُكُم مَّعَكُمۡ أَئِن ذُكِّرۡتُمۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٞ مُّسۡرِفُونَ [ يس:19-19]


1. Berdasarkan ayat di atas, berapakah hukum mim sakinah yang terdapat dalam ayat tersebut?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

3.

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ [ آل عمران:8-8]


Apakah faedah yang diperolehi daripada ayat 8 surah Ali Imran?

a)

Kasih sayang Allah meliputi seluruh alam.

b)

Hanya Allah tempat manusia bergantung.

c)

Umat Islam perlu berdoa agar diberikan hidayah.

d)

Setiap manusia perlu memelihara keamanan negara

4.

1. Bagaimanakah solat Jemaah boleh mengukuhkan institusi kekeluargaan?

a)

Dapat menghayati keindahan masjid bersama-sama

b)

Dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak

c)

Diganjarkan dengan 27 kali ganda.

d)

Dapat mengeratkan hubungan dengan imam

5.

Bezakan makmum muwafik dan makmum masbuk.

a)

Makmum muwafik tidak sempat membaca alfatihah bersama imam.

b)

Makmum masbuk sempat membaca alfatihah dengan imam pada rakaat pertama.

c)

Makmum masbuk wajib menambah bilangan rakaat.

d)

Jika sempat rukuk dan tomakninah makmum masbuk dikira mendapat satu rakaat.

6.

Berikut ialah syarat wajib solat jumaat, kecuali

a)

Musafir

b)

Sihat tubuh badan

c)

Baligh

d)

Berakal

7.

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Solat berjamaah lebih afdal daripada solat berseorangan dengan 27 darjah.


Namun, pada masa kini terdapat banyak masjid yang besar tetapi bilangan jemaahnya semakin berkurangan.

Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini terjadi?

a)

Mereka pergi ke surau di taman perumahan.

b)

Kerana kurang menghadiri majlis ilmu

c)

Mereka lebih selesa solat di rumah

d)

Solat bersendirian lebih khusyuk

8.

Yang manakah bukan merupakan hikmah solat Jumaat.

a)

Menzahirkan syiar Islam pada hari Jumaat

b)

Dapat mengeratkan silaturrahim sesama muslim

c)

Dapat bertanya khabar rakan semasa khutbah

d)

Mengetahui isu semasa

9.

Hukum solat secara berjemaah bagi komuniti masyarakat ialah...

a)

Sunat Muakkad

b)

Fardhu Ain

c)

Fardhu Kifayah

d)

Harus

10.

Solat secara berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan kelebihan ... darjat.

a)

25

b)

26

c)

27

d)

28

11.

Berikut merupakan syarat solat berjemaah KECUALI ...

a)

Makmum berniat mengikut imam

b)

Makmum berada di belakang imam iaitu tumit makmum melebihi tumit imam

c)

Jarak antara saf terakhir dalam masjid dan saf pertama di luar masjid tidak melebihi 180 meter

d)

Pergerakan makmum mengikut semua rukun fi'li imam selepas sempurna pergerakan imam

12.

Menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu. Pernyataan ini merujuk kepada maksud...

a)

Solat Jamak

b)

Solat Qasar

c)

Solat Fardhu

d)

Solat Jamak dan Qasar

13.

Manakah antara berikut bukan rukun tayammum?

a)

Niat

b)

Menipiskan debu tanah

c)

Menyapu debu tanah ke muka

d)

Menyapu debu tanah ke tangan

14.

Pilih syarat perjalanan yang diharuskan solat jamak dan qasar.

a)

Mengetahui destinasi yang dituju

b)

Telah melepasi kawasan tempat tinggal

c)

Bukan untuk tujuan maksiat

d)

Jarak perjalanan sehala melebihi 81 kilometer

15.

Contoh puasa sunat ialah...

a)

Puasa selepas nisfu Syaa'ban

b)

Puasa pada Hari Tasu'a dan Asyura'

c)

Puasa pada Hari Putih (13,14,15 setiap bulan)

d)

Puasa sepanjang tahun

16.

Memberi makan fakir miskin dengan kadar secupak makanan asasi sesebuah negara bagi sehari puasa yang ditinggalkan. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

Qada'

b)

Fidyah

c)

Nazar

d)

Kaffarah

17.

Golongan yang diharuskan berbuka puasa dan wajib fidyah sahaja.

a)

Musafir yang diharuskan syarak

b)

Pesakit yang tiada harapan sembuh

c)

Orang yang ditimpa sakit yang memudaratkan

d)

Ibu yang mengandung dan bimbangkan kesihatan dirinya

18.

Berpuasa sepanjang tahun hukumnya adalah...

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Makruh

d)

Haram

19.

Tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah dikenali sebagai...

a)

Hari Putih

b)

Hari Syak

c)

Hari Asyura

d)

Hari Tasyrik

20.

Puasa dari sudut bahasa bermaksud...

a)

Tidak makan dan minum

b)

Menahan diri

c)

Tidak melakukan perkara yang membatalkannya

d)

Menunaikan Rukun Islam

21.

Solat sunat yang dilaksanakan sebagai penutup bagi solat malam ialah solat...

a)

Solat Witir

b)

Solat Tarawih

c)

Solat Rawatib

d)

Solat Tahajud

22.

Bilangan rakaat bagi solat sunat witir.

a)

1 rakaat

b)

3 rakaat

c)

11 rakaat

d)

15 rakaat

23.

Rasulullah SAW membaca Surah ... dan Surah ... dalam Solat Rawatib Subuh dan Isyak.

a)

Al-Kafirun / Al-Kauthar

b)

Al-Kafirun / Al-Asr

c)

Al-Kafirun / Al-Ikhlas

d)

Al-Kafirun / Al-Masad

24.

Disunatkan membaca Doa Qunut ketika iktidal pada rakaat terakhir Solat Witir mulai malam ke ... Ramadan.

a)

14

b)

15

c)

16

d)

17

25.
Apakah yang dimaksudkan dengan rukhsah solat?
a)
kemudahan untuk orang yang dalam mengerjakan haji
b)
keringanan yang di beri kepada orangyang bermusafir
26.

Maksud solat berjamaah ialah solat makmum bersama-sama dengan solat imam dengan sekurang -kurangnya seorang imam dan seorang makmum mengikut syarat tertentu

a)

Betul

b)

Salah

27.

Hukum solat berjamaah bagi individu ?

a)

Haram

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Sunat muakad

28.

Antara syarat solat berjemaah adalah

a)

Makmum mengetahui pergerakan imam

b)

Imam yang dilantik oleh pemerintah

c)

Menyempurnakan segala rukun solat sehingga salam

d)

Kedudukan makmum di depan imam

29.

Hukum solat berjemaah bagi komuniti masyarakat ialah

a)

fardu ain

b)

fardu kifayah

c)

sunat

d)

sunat muakkad

30.

surah Al Baqarah 43 : " ____________lah kamu bersama - sama orang yang rukuk"

a)

Solat

b)

Rukuk

c)

Sujud

d)

Makan

31.

Syarat menjadi imam ?

a)

Imam boleh membaca Al Fatihah dengan bacaan yang betul

b)

Imam lelaki bagi semua makmum

c)

makmum meyakini sahnya solat imam

d)

imam perempuan bagi makmum peempuan sahaja

e)

Imam adalah yang paling segak

32.

Surah Ali Imran ayat ke 8 ini merupakan doa yang perlu kita panjatkan kepada Allah s.w.t untuk memperoleh hidayah. Pilih pernyataan yang benar berkenaan hidayah yang bertepatan dengan ayat Al-Quran tersebut.

a)

Hanya diperoleh dengan cara berdoa

b)

Merupakan petunjuk dan rahmat daripada Allah s.w.t

c)

Seseorang itu akan kekal dalam hidayah yang diberikan Allah s.w.t

33.

Allah berkuasa mengurniakan ........................... kepada para nabi dan rasul

a)

Hadiah

b)

Mukjizat

c)

Kuasa

d)

Kemahiran

34.

Al-Qadir bermaksud nama Allah yang

a)

Maha Berilmu

b)

Maha Berkuasa

c)

Maha Berpengetahuan

d)

Maha berupaya

35.

Allah berkuasa menghidupkan orang yang

a)

Sakit

b)

Mati

c)

Tidur

d)

Makan

36.
Perkataan بِيَدِهِ di dalam potongan hadis bermaksud _________
a)
dengan tangan
b)
dengan lidah
c)
dengan mata
d)
dengan hati
37.
Perkataan فبِلِسَانِهِ di dalam potongan hadis bermaksud _________
a)
dengan tangan
b)
dengan lidah
c)
dengan mata
d)
dengan hati
38.
Perkataan فَبِقَلْبِهِ di dalam potongan hadis bermaksud _________
a)
dengan tangan
b)
dengan lidah
c)
dengan mata
d)
dengan hati
39.
Hukum mencegah kemungkaran adalah ___________ bagi setiap Muslim.
a)
WAJIB
b)
SUNAT
c)
HARUS
d)
HARAM
40.
berikut merupakan 3 cara mencegah kemungkaran berdasarkan hadis, KECUALI...
a)
dengan tangan
b)
dengan lidah
c)
dengan hati
d)
dengan mata
41.
Iqmal merupakan pengawas. Dia telah menangkap pelajar yang menghisap rokok di dalam tandas dan membawa mereka berjumpa dengan guru disiplin.
Perbuatan di atas adalah mencegah kemungkaran dengan menggunakan ________________
a)
tangan
b)
lidah
c)
mata
d)
hati
42.
Umie menasihati Saidatul kerana tidak menutup aurat dengan sempurna. 
Perbuatan di atas adalah mencegah kemungkaran dengan menggunakan ________________
a)
tangan
b)
lidah
c)
mata
d)
hati
43.
Ashmirul tidak berani menegur Izharuddin yang sedang membuli Hazief. Ashmirul berdoa di dalam hati agar Izharuddin berubah menjadi seorang yang baik.
Perbuatan di atas adalah mencegah kemungkaran dengan menggunakan _____________
a)
lidah
b)
mata
c)
hati
d)
tangan
44.
MUNGKAR dari segi istilah bermaksud
a)
perbuatan atau perkataan yang disukai oleh Allah SWT
b)
perbuatan atau perkataan yang ditegah oleh syara' dan melanggar perintah Allah
45.
Perbuatan menegur, menasihati atau melaporkan kemungkaran sama ada secara lisan atau tulisan adalah cara menangani kemungkaran dengan ...
a)
lidah
b)
mata 
c)
hati 
d)
tangan
46.
Membenci dan menjauhi kemungkaran tersebut, berazam untuk tidak melakukannya dan berharap serta berdoa agar pelakunya diberi hidayah untuk beubah merupakan cara mencegah kemungkaran dengan menggunakan...
a)
lidah
b)
mata 
c)
hati 
d)
tangan
47.
Mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa seperti ketua keluarga, ketua kelas, pengawas dan ketua negara adalah cara mencegah kemungkaran dengan menggunakan...
a)
mata
b)
hati 
c)
lidah
d)
tangan
48.
Sebagai ketua kelas, Hafizhan menegur Haziq dan Fikhri kerana tidak membuang sampah mengikut jadual yang telah disediakan.
Perbuatan di atas adalah mencegah kemungkaran dengan menggunakan..
a)
tangan
b)
hati
c)
lidah
d)
kaki
49.
Qamarina menegur Putri yang terlalu asyik menonton drama korea sehingga melewatkan solat.
Perbuatan tersebut adalah cara mencegah kemungkaran dengan menggunakan ...
a)
lidah
b)
hati
c)
tangan
d)
kaki
50.

Maksud jiran dari segi istilah iaitu orang yang tinggal berdekatan sehingga (a)   buah rumah dari setiap penjuru.

51.

Hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia hendaklah ____________ jirannya.

a)

memuliakan

b)

berbuat baik

c)

mendahulukan

d)

membantu

52.

Dalam adab berjiran, apakah tujuan Rasulullah SAW menyuruh أبو َذرْ membanyakkan kuah ketika memasak?

a)

diberikan kepada jiran.

b)

dapat menambah nasi ketika makan.

c)

lauk tidak terlalu kering.

d)

lauk tidak terlalu cepat habis.

53.

Rasulullah SAW bersabda daripada Anas bin Malik bermaksud : Tidak beriman denganku sesiapa yang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan dia mengetahui jirannya sedang ______________.

a)

kelaparan

b)

kedukaan

c)

kegembiraan

d)

mencari rezeki

54.

"Prihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar serta menghulurkan bantuan yang diperlukan"


Contoh cara beradab di atas merujuk kepada cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga daripada aspek?

(a)  

55.

Cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga terbahagikan kepada tiga aspek. Tandakan (/) bagi jawapan yang berkaitan.

a)

Hati

b)

Percakapan

c)

Tingkah laku

d)

Perasaan

56.

Berikut merupakan kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga kecuali _____________.

a)

Membina keluarga yang bahagia kerana saling membantu.

b)

Melaksanakan perintah Allah SWT dan rasul yang menghendaki setiap orang islam beradab dengan ibu bapa dan keluarga.

c)

Menjadi contoh teladan kerana setiap orang yang beradab dengan ibu bapa akan di ikuti oleh orang lain.

d)

Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua.

57.

............ ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan dengan cara tertentu berserta niat bagi menggantikan wuduk atau mandi wajib.

a)

Taharah

b)

Tayammum

c)

Wuduk

d)

Istinjak

58.

Sebelum tayammum, hendaklah terlebih dahulu mencari ___________.

a)

Makanan

b)

Air

c)

Tanah

d)

Batu

59.

Syarat tayammum ialah ...

a)

Niat

b)

Menghilangkan najis terlebih dahulu

c)

Menyapu debu tanah ke muka dan tangan

d)

Melakukan dengan tertib

60.

Dakwah Rasulullah SAW secara sulit mengambil masa hampir

a)

2 tahun

b)

3 tahun

c)

4 tahun

d)

5 tahun

61.

Pilih 3 penyataan yang tepat tentang bentuk penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW ketika berdakwah.

a)

memburuk-burukkan dakwah Rasulullah SAW

b)

kompromi

c)

tawaran pangkat, harta dan wanita

d)

menyiksa Rasulullah

62.

Apakah maksud hijrah dari segi bahasa?

a)

berpindah dari satu tempat ketempat yang baru

b)

berpindah dari sesuatu yang buruk kepada yang baik

c)

berpindah dari sesuatu yang lama kepada yang baru

63.

Peristiwa hijrah berlaku pada tahun ke

a)

10 kerasulan

b)

11 kerasulan

c)

12 kerasulan

d)

13 kerasulan

64.

Siapakah sahabat yang berhijrah secara terang-terangan

a)

Saidina Ali bin Abi Talib

b)

Saidina Uthman bin Affan

c)

Saidina Umar bin Al-Khattab

d)

Saidina Abu Bakar bin As-Siddiq

65.

Berikut merupakan faktor Rasulullah SAW dan umat islam berhijrah kecuali:

a)

Isyarat Allah SWT

b)

Memelihara adat resam

c)

Pelawaan penduduk Madinah

d)

Penentangan Musyrikin semakin kuat