wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pengukuhan P.Am Sem 1

Total questions: 35

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Negara berdaulat mengandungi

a)

Mata wang

b)

wawasan

c)

prinsip

d)

identiti

2.

Gagasan penubuhan Malaysia berasaskan faktor

a)

pemimpin

b)

penjajahan

c)

perpaduan

d)

keselamatan

3.

Malaysia ditubuhkan untuk

a)

Meluaskan kawasan

b)

menguasai ekonomi

c)

mewujudkan kestabilan politik

d)

menyatukan penduduk serumpun

4.

Malaysia dikatakan negara berdaulat kerana mempunyai

a)

bendera sendiri

b)

sempadan yang luas

c)

Rakyat berbilang kaum

d)

pemerintahan demokrasi

5.

Pemerintahan Malaysia mengamalkan sistem

I Kerajaan Kesatuan

II Kerajaan Persekutuan

III Raja Berperlembagaan

IV Demokrasi Berparlimen

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II Dan IV

d)

III dan IV

6.

Pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan

a)

Panduan keypads pentadbir awam

b)

dokumen yang tidak boleh dipinda

c)

mengatasi kuasa dan kedudukan intitusi lain

d)

keluhurannya dijamin oleh Badan Perundangan Persekutuan

7.

Yang manakah melambangkan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan

a)

melakukan demonstrasi jalanan

b)

mempertikai keputusan mahkamah

c)

memilih kerajaan melalui pilihanraya

d)

mendiskriminasikan perjawatan mengikut gender

8.

Tindakan manakah yang bertentangan dengan kebebasan asasi warganegara Malaysia

a)

menangkap seorang warganegara atas kesalahan menghasut

b)

mengambil tanah seorang warganegara Tanpa membayar pampasan

c)

Menahan paspot antarabangsa seorang warganegara atas perintah mahkamah

d)

menghalang seorang warganegara ke luar negara kerana kegagalan membayar cukai pendapatan

9.

Yang manakah kuasa pentadbiran Yang Dipertuan Agong

a)

memanggil parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa

b)

melantik ketua audit negara atas nasihat Perdana Menteri

c)

memberi pengampunan kepada pesalah di Wilayah Persekutuan

d)

memperkenankan rang undang-undang yang telah diluluskan oleb Majlis Parlimen

10.

Doktrin pengasingan kuasa bertujuan untuk

a)

menjamin Rakyat mendapat hak pembelaan dari segi undang-undang

b)

membahagikan kuasa pentadbiran antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri

c)

mengelakkan pertindanan kuasa antara Dewan Rakyat dengan Dewan Negara

d)

mewujudkan periksa dan imbang antara kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman.

11.

Pelantikan jawatan manakah yang memerlukan YDPA berunding dengan Majlis Raja-raja

a)

Ketua Polis Negara

b)

Ketua Audit Negara

c)

Ketua Setiausaha Kementerian

d)

Ketua Turus Angkatan Bersenjata

12.

Yang manakah benar tentang Mahkamah Khas

a)

dimulakan dengan keizinan Peguam Negara

b)

Hakim Besar Mahkamah Tinggi menjadi Pengerusi

c)

panel hakim hendaklah dilantik oleh Majlis Raja-Raja

d)

keputusannya boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah

13.

Ketua Audit Negara hendaklah melaporkan akaun perbelanjaan yang telah diaudit kepada

a)

Majlis Parlimen

b)

Majlis Raja-Raja

c)

Perdana Menteri

d)

YDPA

14.

Pihak manakah yang akan memaklumkan keputusan pemilihan YDPA kepada Parlimen

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

d)

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya

15.

Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat

a)

Perdana Menteri mestilah dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

b)

Tarikh mesyuarat Dewan Rakyat ditentukan oleh Setiausaha Dewan

c)

Yang diPertua Dewan Rakyat dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

d)

Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh Yang diPertua Dewan Rakyat

16.

Perselisihan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan boleh diselesaikan di

a)

Mahkamah Persekutuan

b)

Majlis Tindakan Negara

c)

Mahkamah Tinggi

d)

Majlis Raja-Raja

17.

Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah

I Mahkamah Persekutuan

II penjualan minuman keras

III pengambilan anak angkat

IV pembahagian harta pusaka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II Dan IV

d)

III Dan IV

18.

Ketua Audit Negara dilantik oleh YDPA setelah berunding dengan

a)

Peguam Negara

b)

Majlis Raja-Raja

c)

Jemaah Menteri

d)

Perdana Menteri

19.

Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat

a)

Yang diPertua Dewan Rakyat mesti ahli Dewan Rakyat

b)

Perdana Menteri memanggil mesyuarat Dewan Rakyat

c)

Ahli Kabinet hendaklah dilantik dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

d)

Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh Yang diPertuan Agong

20.

Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya

a)

keanggotaan dilantik oleh Kabinet

b)

terma perjawatan ditentukan oleh Parlimen

c)

saraan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

d)

peletakan jawatan hendaklah dibuat melalui Perdana Menteri

21.

Alasan yang manakah membolehkan seseorang calon yang bertanding kerusi Dewan Rakyat membuat petisyen pilihan raya? Pihak lawan...

a)

disyaki melakukan amalan rasuah

b)

tidak patuh peruntukan undang-undang pilihan raya

c)

tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya

d)

bukan pemastautin kawasan parlimen yang ditandingi

22.

Seseorang itu tidak layak untuk menjadi calon pilihan raya apabila didapati

a)

pernah diisytiharkan muflis yang telah dilepaskan

b)

bukan pengundi berdaftar di kawasan dia bertanding

c)

pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya lalu

d)

sedang menjalani hukuman penjara pada tarikh penamaan calon

23.

Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya

a)

dilantik oleh Jemaah Menteri

b)

Saraan di bawah peruntukan Parlimen

c)

dilantik dalam kalangan penjawat awam

d)

pemecatan boleh dibuat oleh Perdana Menteri

24.

Tadbir urus baik mementingkan

a)

ketelusan dalam procedure kerja

b)

keputusan yang dibuat secara budi bicara

c)

penambahan masa perkhidmatan di kaunter

d)

kelulusan pegawai-pegawai atasan

25.

Prinsip tadbir urus baik dalam sector awam berteraskan

I integriti

II prosedur

III budi bicara

IV akauntabiliti

a)

I dan II

b)

I dan 1V

c)

II dan III

d)

III Dan IV

26.

Penyataan yang manakah boleh menjejaskan integriti tadbir urus baik

a)

prosedur kerja yang telus

b)

penggunaan teknologi moden

c)

kepimpinan yang bersifat tegas

d)

struktur organisasi yang tidak fokus

27.

Yang manakah benar tentang pembahagian kuasa perundangan yang disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?


a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

28.

Majlis Tanah Negara mempunyai kuasa

a)

meluluskan permohonan pembangunan tanah

b)

menentukan nilai pampasan pengambilan tanah

c)

menyelaras pengawalan dan penggunaan tanah

d)

menukar status tanah pertanian ke pembangunan

29.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab

a)

menentukan dasar dan program kerajaan negeri

b)

melantik Yang diPertua Dewan Undangan Negeri

c)

menentukan jumlah keanggotaan Dewan Undangan Negeri

d)

meluluskan enakmen yang dibentang di Dewan Undangan Negeri

30.

Tugas agensi pelaksana adalah untuk

I menyelaras segala program pembangunan negara

II memberikan perkhidmatan kepada ahli masyarakat

III memastikan program kerajaan berjalan lancar

IV memastikan dasar dan program pembangunan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II Dan III

d)

III Dan IV

31.

Yang manakah tugas Jemaah Menteri

a)

merancang dasar negara secara kolektif

b)

melantik Setiausaha Politik seseorang menteri

c)

mengagihkan peruntukan bagi setiap kementerian

d)

meluluskan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan

32.

Jawatan yang manakah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

a)

Akauntan Negara

b)

Setiausaha Politik

c)

Ketua Polis Negara

d)

Ketua Audit Negara

33.

Yang manakah merupakan sumber Kewangan Kerajaan Tempatan

a)

cukai tanah

b)

cukai pendapatan

c)

cukai taksiran harta

d)

cukai keuntungan hartanah

34.

Pejabat Setiausaha Persekutuan cawangan Sabah dan Sarawak berperanan sebagai

a)

penasihat pentadbiran

b)

pemantau kemajuan projek

c)

perancang belanjawan kerajaan

d)

penjaga kepentingan harta Persekutuan

35.

Tadbir urus baik dapat dilaksanakan dengan berkesan jika sesebuah organisasi mempunyai

a)

visi dan misi

b)

ramai tenaga kerja

c)

kewangan yang kukuh

d)

teknologi yang canggih