wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

makmum muafiq dan makmum masbuq

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

PILIH KEDUDUKAN YANG BETUL BAGI SEORANG MAKMUM LELAKI

a)
b)
c)
d)
2.

Ketika pulang dari sekolah, Zahid terdengar azan berkumandang. Lalu dia bergegas masuk

ke masjid untuk solat berjemaah. Dia tahu antara kelebihan solat berjemaah di masjid ialah _______

a)

tidak diganggu syaitan kerana masjid rumah Allah

b)

lebih mudah khusyuk kerana syaitan lemah di masjid

c)

lebih banyak pahala diperolehi iaitu sebanyak 27 darjat pahala

d)

tidak ada perasaan riyak kerana orang ke masjid ikhlas kerana Allah

3.

Aiman melaksanakan solat jemaah bersama ayah, ibu dan adik perempuannya. Sebagai makmum lelaki, Aiman perlu berdiri

a)

di sebelah kiri imam

b)

sebaris dengan imam

c)

di sebelah kanan imam

d)

tepat di belakang imam

4.

Setibanya di masjid, Zaid melihat imam sedang bangun dari rukuk pada rakaat pertama. Lalu Zaid melakukan takbiratulihram, tumakninah dan kemudian terus mengikuti perbuatan imam. Zaid dikira makmum

a)

muafik kerana imam belum melakukan sujud

b)

muafik kerana dapat mengikuti imam pada rakaat pertama

c)

masbuk kerana tidak dapat rukuk pertama bersama imam

d)

masbuk kerana terlepas membaca al-Fatihah bersama imam pada rakaat pertama

5.

Setibanya Ali ke masjid untuk berjemaah, dia mendapati imam telah sujud, kemudian Ali memulakan solatnya dengan takbiratul ihram dan terus ______________.

a)

rukuk

b)

sujud

c)

tunggu imam berdiri

6.

Ali pergi ke masjid untuk solat berjemaah. Tibanya di masjid, imam sedang di dalam rakaat kedua. Dalam situasi ini Ali disebut sebagai makmum ________________.

a)

masbuk

b)

muafik

7.

Afiq menjadi makmum ___________________ semasa solat Asar, kerana dia menyertai imam yang sedang rukuk pada rakaat pertama.

a)

masbuk

b)

muafik

8.

Solat berjemaah di masjid banyak kelebihannya. Antaranya ialah

a)

merapatkan ukhuwah sesama Muslim

b)

menjadikan seseorang itu terkenal dan dihormati

c)

meramaikan jemaah agar dapat membantu dana masjid

d)

menjadikan masjid itu dikenali ramai kerana bilangan

jemaahnya

9.

Saiful melihat abangnya solat berjemaah bersama adik lelakinya lalu dia menyertai solat dengan berdiri __________ abangnya sebagai makmum.

a)

di hadapan

b)

di belakang

c)

sebelah kiri

d)

sebaris dengan

10.

Syafiq memanggil adik lelakinya untuk melaksanakan solat fardu Maghrib berjemaah. Sebagai seorang imam, Syafiq perlu______________.

a)

berdiri sebaris di sebelah kiri makmum

b)

berdiri di hadapan sebelah kiri makmum

c)

berdiri sebaris di sebelah kanan makmum

d)

berdiri di hadapan sebelah kanan makmum

11.

Faizal bersungguh-sungguh untuk menyertai solat berjemaah sepenuhnya. Namun pada rakaat pertama, dia hanya sempat menyertai solat tersebut ketika imam sedang memulakan rukuk. Untuk mendapatkan pahala berjemaah Faizal perlu _______________.

a)

mengikut perbuatan imam tetapi membaca al-Fatihah ketika rukuk

b)

mengikut imam memberi salam dan menambah rakaat yang tertinggal

c)

mengikut semua perbuatan imam sehingga memberi salam kerana dia tidak tertinggal rakaat

d)

mengikut perbuatan imam memberi salam kemudian

bangun untuk membaca al-Fatihah

12.

Apakah maksud muafik

a)

Makmum yang tidak sempat membaca Al-fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum ruku’ rakaat pertama

b)

Makmum yang sempat membaca surah Al-fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum sujud rakaat pertama

c)

Makmum yang sempat membaca surah Al-fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum ruku’ rakaat pertama

13.

Apakan maksud Makmum Masbuk ?

a)

Makmum yang tidak sempat membaca Al-fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum sujud rakaat pertama

b)

Makmum yang tidak sempat membaca Al-fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum ruku’ rakaat pertama

c)

Makmum yang sempat membaca surah Al-fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum ruku’ rakaat pertama

14.

Berikut adalah hikmah solat berjemaah

a)

Memecahbelahkan hati umat Islam kerana

sentiasa solat dalam saf yang

teratur

b)

Ganjaran pahala dengan kelebihan 72 kali ganda berbanding solat bersendirian

c)

Ganjaran pahala dengan kelebihan 27 kali ganda berbanding solat bersendirian

15.

Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi seorang imam KECUALI

a)

Makmum meyakini sahnya solat imam

b)

Imam boleh membaca Al-fatihah dengan bacaan yang betul

c)

Perempuan dibenarkan untuk menjadi imam bagi makmum lelaki dan perempuan.