wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz imbangan pembayaran

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa Malaysia

syarikat syanghui dari negara China membei durian Musang King dari sebuah firma di Bentong, Pahang.

Bagaimanakah urusniaga tersebut dicatakan dalam imbangan pembayaran?

a)

Debit dalam akaun dagangan

b)

Kredit dalam akaun perkhidmatan

c)

Debit dalam akaun perkhidmatan.

d)

Kredit dalam akaun dagangan

2.

Manakah yang merupakan komponen dalam akaun perkhidmatan

a)

pendapatan pelaburan

b)

pampasan pekerja

c)

bayaran pindahan

d)

perjalanan

3.

situasi manakah yang akan menyebabkan imbangan perkhidmatan menjadi bertambah baik?

a)

persatuan badminton Malaysia mengambil lebih ramai jurulatih dari luar negara.

b)

syarikat pelancongan tempatan menggunakan kapal terbang Qatar untuk lawatan ke Abu Dhabi

c)

Ramai pesakit dari Indonesia menggunkan pusat kesihatan di Pulau Pinang

d)

Syarikat pengeksport Malaysia mengambil insurans perkapalan dari Jepun

4.

Apakah maksud imbangan dagangan defisit

a)

nilai import barang tak nampak melebihi nilai eksport barang tak nampak.

b)

nilai eksport barang nampak melebihi nilai import barang tak nampak.

c)

nilai import barang nampak melebihi nilai eksport barang nampak

d)

nilai eksport barang nampak melebihi nilai import barang nampak

5.

urus niaga manakah yang direkodkan dalam akaun pendapatan sekunder?

a)

bank negara malaysia memberi biasiswa kepada pelajar melanjutkan peljaran di United Kingdom

b)

Puan Siska dari Kalimantan, Indonesia menerima upah dari kontraktor tempatan

c)

Syarikat Yamamoto Corp dari Jepun menghantar balik dividen ke negara asalnya.

d)

Syarikat Teguh mengeksport barang elektrik ke Singapura.

6.

maklumat yang berikut menunjukan urusniaga antarabangsa negara x.

eksport nampak rm 500 juta

import nampak rm460 juta

Apakah kesan daripada urusniaga tersebut?

a)

Imbangan barangan positif

b)

Imbangan barangan negatif

c)

Imbangan pembayaran positif

d)

Imbangan pembayaran negatif

7.

Antara yang berikut, yang manakah direkodkan sebagai butiran debit dalam imbangan pembayaran?


I Iran mengimport minyak sawit bernilai RM100 juta dari Malaysia

II Jepun memberi pinjaman bernilai RM1 bilion kepada kerajaan Malaysia

III Syarikat Malaysia membuka sebuah kilang perabot di Thailand bernilai RM40 juta

IV Sebuah bank perdagangan Malaysia memberi biasiswa bernilai RM10 juta kepada 5 orang pelajar Thailand yang melanjutkan pelajaran di Australia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

5.Maklumat berikut menunjukka urus niaga antarabangsa di Negara EM.


Eksport Nampak = RM80.2 bilion

Import Nampak = RM72.3bilion


Antara yang berikut yang manakah menunjukan imbangan pembayaran yang betul

a)

imbangan pembayaran negatif

b)

Imbangan pembayaran positif

c)

Imbangan pembayaran seimbang

d)

Imbangan pemayaran kurang seimbang

9.

Situasi manakah yang menyebabkan imbangan dagangan cenderung menjadi POSITIF?

a)

Kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.

b)

Peningkatan pelancong asing ke Malaysia

c)

Peningkatan eksport getah asli ke Singapura

d)

Bilangan pelajar Malaysia di luar negara meningkat.

10.

Situasi manakah yang dapat membaiki imbangan pembayaran Malaysia?


I Pekerja asing Filipina dan Indonesia menghantar wang ke negara asal

II Menganjurkan perlumbaan kereta “Formula One” di Litar Sepang

III Firma asing membuat pelaburan dalam bidang hartanah di Malaysia

IV Petronas membiayai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Apabila negara Arab Saudi membeli minyak sawit Malaysia, Ringgit Malaysia akan mengalami

a)

kenaikan permintaan

b)

penurunan permintaan

c)

kenaikan penawaran

d)

penurunan penawaran

12.

Apakah kesan terhadap nilai RM Jika permintaan RM melebihi penawaran RM?

a)

Naik

b)

Turun

c)

Lebihan permintaan

d)

Lebihan penawaran

13.

Manakah antara berikut yang menyebabkan kadar pertukaran asing Malaysia menurun?

a)

Eksport malaysia meningkat

b)

Eksport Malaysia tidak berubah

c)

Import Malaysia menurun

d)

Import Malaysia meningkat

14.

Satu Singapore Dollar bersamaan RM 3.60.


Laili telah memesan sepasang cermin mata dari Singapura. Jika harganya di Singapura ialah S$ 45, berapakah Laili perlu bayar dalam Ringgit Malaysia?

a)

RM 12.50

b)

RM 41.40

c)

RM 48,60

d)

RM 162.00

15.

Berikut adalah perbelanjaan Puan Azizah di London. Berdasarkan kadar pertukaran RM1 = £ 0.17, berapakah Ringgit Malaysia yang telah dibelanjakan oleh Puan Azizah?

a)

RM 1 294.12

b)

RM 823.53

c)

RM 704.88

d)

RM 44.20

16.

Harga sebuah kereta Honda Accord di negara Jepun bernilai Yen Jepun ¥ 4 500 000.Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Dato' Fariz dalam Ringgit Malaysia harga kereta tersebut.

[Kadar tukaran bagi ¥100 :Harga belian=RM3.7842, Harga Jualan=RM3.7879]

a)

RM170 455.50

b)

RM170 289.00

c)

RM17 289.00

d)

RM17 455.50

17.

Datin Syahirah berhajat membeli sebuah banglo di United States. Peruntukan harga bagi rumah tersebut adalah RM 970 000. Berdasarkan peruntukan ini, berapakah harga rumah mampu milik dalam matawang USD.

[Kadar tukaran bagi USD 1  :Harga belian=RM4.1520 Harga Jualan=RM4.1550 ]

a)

USD 233 453.67

b)

USD 23 345 367

c)

USD 233 622.35

d)

USD 23 362 235

18.

Haji Syafiq melebarkan perniagaan produk nuget ayam ke negara Renminbi China. Jika harga 1kg nuget ayam adalah RM12.50, berapakah harga di negara Renminbi China dalam matawang Yuan,¥.

[Kadar tukaran bagi ¥ 1  :Harga belian=RM0.6086 Harga Jualan=RM0.6093 ]

a)

¥ 20.54

b)

¥ 20.52

c)

¥ 0.076

d)

¥ 7.62

19.

Fauzan terpilih sebagai wakil pelajar ke Pertandingan Inovasi di Thailand.Sebanyak Baht50 000 dimenangi oleh beliau dalam pertandingan itu.Berapakah nilai wang tersebut dalam Ringgit Malaysia. 

[Kadar tukaran bagi Baht 100  :Harga belian=RM13.0566 Harga Jualan=RM13.0743 ]

a)

Baht 652.83

b)

Baht 65 283.00

c)

Baht 6 528.30

d)

Baht 65. 283

20.

Syarikat Nu'man Sdn Bhd mengimport mesin pengisar daging ayam dari Negara United Kingdom. Berapakah harga Ringgit Malaysia yang perlu dibayar jika mesin itu bernilai £1500

[Kadar tukaran bagi  £ 1 = RM5.3986]

a)

RM 809 790.00

b)

RM 8 097.90

c)

RM 80 979.00

d)

RM 809.79