wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Set 1 Latih Tubi SPM

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 21mins

Name
Class
Date
1.

Undang – undang merupakan aspek penting dan dijadikan panduan dalam pentadbiran sebelum kedatangan barat.

Apakah kepentingan undang-undang dalam Kerajaan Alam Melayu

a)

Menjamin keamanan negara

b)

Mengelakkan malapetaka

c)

Mengukuhkan persahabatan

d)

Memajukan negara

2.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kemudahan sistem kewangan yang sistematik untuk urusan perdagangan.

Apakah tanggungjawab syahbandar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka

a)

Mengutip cukai di pelabuhan

b)

Ketua turus tentera

c)

Panglima tentera laut

d)

Menguruskan perbendaharaan

3.

Nasionalisma di barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.

Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?

a)

Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat

b)

Memantapkan kedudukan parlimen

c)

Menjejaskan kedaulatan negara bangsa

d)

Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja.

4.

” Hilang Gelap Terbitlah Terang “ merupakan hasil karya Raden Adjeng Kartini daripada Indonesia

Apakah kandungan buku tersebut ?

a)

Kemunduran peribumi.

b)

Kemerdekaan negara

c)

Kepentingan kerjasama.

d)

Kesetiaan kepada raja.

5.

Perang dunia pertama telah berlaku dari tahun 1914 hingga 1918.

Apakah faktor pemangkin perang tersebut ?

a)

Pembunuhan pewaris takhta

b)

Pembesaran Angkatan tentera Jepun

c)

Penyerangan jerman ke atas Poland

d)

Perluasan pengaruh itali di Habsyah

6.

Apakah peranan Giyu Tai dalam Gerakan nasionalisme zaman pendudukan Jepun ?

a)

Pertahanan persisiran pantai.

b)

Persatuan cina seberang laut.

c)

Menguruskan ekonomi jepun

d)

Melancarkan Gerakan gerila.

7.

Pengistiharan Malayan union pada

1 april 1946 telah mendapat bantahan raja-raja melayu.

Bagaimana bantahan tersebut dilakukan ?

a)

Membawa kes ke mahkamah England

b)

Membuat perjanjian dengan British.

c)

Meminta bantuan pegawai British.

d)

Menghantar surat bantahan ke London

8.

Apakah reaksi kaum ibu dalam persatuan kebangsaan melayu Sarawak terhadap pengambilan Sarawak oleh British ?

a)

Memulau pentadbiran british.

b)

Melancarkan serangan bersenjata.

c)

Membunuh gabenor Sarawak.

d)

Mengadakan demonstrasi

9.

Apakah kesan perjanjian antara SBUB dengan kerajaan British pada 26 Jun 1946?

a)

British menguasai perdagangan

b)

Sabah menerima penasihat British

c)

Sabah menjadi tanah jajahan British

d)

Kerjasama ekonomi SBUB dan British

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan di Tanah Melayu.

"Memulakan tugasnya pada awal bulan Ogos 1946 sehingga pertengahan bulan November 1946 dan menyediakan cadangan. "


Antara yang berikut, yang manakah cadangan-cadangan jawatankuasa

tersebut?

a)

Menamatkan institusi beraja

b)

Syarat kewarganegaraan yang ketat

c)

Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

d)

Menyatukan Singapura dengan negeri-negeri Melayu

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan buku yang dihasilkan oleh Ahmad Boestamam.



" Testament Politik API"

Apakah yang ditegaskan oleh beliau dalam buku tersebut?

a)

British mengambilkira pandangan nasionalis Melayu radikal

b)

British menganggap Melayu Radikal sebagai pejuang bangsa

c)

British bertindak menindas golongan nasionalis Melayu radikal

d)

British menganggap asas-asas perjuangan API tidak membahayakan

12.

Penyataan berikut berkaitan dengan ideologi utama dunia.

"Suatu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang penggunaan sendiri milik negara"

Siapakah individu yang mengasaskan ideologi berkenaan ?

a)

Friedrich Engles

b)

Aurhur Walker

c)

Edward Gent

d)

Karl Marx

13.

Apakah peristiwa yang membawa kepada pengisytiharan darurat oleh Sir Edward Gent di Tanah Melayu pada 1948 ?

a)

Pengeboman laluan kereta api milik British

b)

Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British

c)

Pengeboman pejabat kerajaan milik Eropah

d)

Pembunuhan tiga orang pegawai ladang Eropah

14.

Parti Malayan Indian Congress (MIC) di bawah pimpinan John Thivy ditubuhkan pada bulan Ogos 1946.

Apakah matlamat utama penubuhan parti tersebut?

a)

Meningkatkan kemajuan dalam bidang sosioekonomi

b)

Mencapai kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya

c)

Berkerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan

d)

Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri

15.

Bagaimanakah Sistem Ahli menjadi asas membentuk perpaduan kaum ke arah kemerdekaan negara

a)

Idea penubuhannya hasil cadangan pelbagai kaum

b)

Setiap kaum berhak memilih anggota Sistem Ahli

c)

Ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum

d)

Pandangan setiap kaum diambil kira dalam sesuatu keputusan

16.

Pilihan raya berikut pernah berlaku di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka, kecuali ?

a)

Pilihan raya majlis perbandaran

b)

Pilihan raya kampung

c)

Pilihan raya negeri

d)

Pilihan raya majlis perundangan persekutuan

17.

Di antara peristiwa berikut yang manakah mempengaruhi usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

a)

British memberi jaminan Persekutuan Tanah Melayu berkerajaan sendiri

b)

Perang Dunia Kedua telah menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara

c)

Rakyat Tanah Melayu mempunyai kesedaran tentang semangat nasionalisme

d)

Kemerdekaan negara-negara di Asia Tenggara seperti Filipina dan Burma.

18.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga dikenali sebagai

a)

Suruhanjaya Reid

b)

Suruhanjaya Cobbold

c)

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Suruhanjaya Pembentukan Malaysia

19.

Maklumat berikut merujuk peristiwa yang berlaku pada 30 Ogos 1957.

"Jam 12 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan dan kemudian bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan"

Apakah iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa tersebut ?

a)

Menghargai warisan budaya

b)

Bersyukur sebagai warganegara

c)

Berbangga dengan usaha pemimpin

d)

Mempertahankan kaum sendiri

20.

*Menganjurkan kursus khas berkaitan protokol selama tiga hari

*Pegawai dan kakitangan karajaan diberikan gaji awal *Menteri dan pegawai tinggi kerajaan diberikan pakaian khas ‘baju muskat’

Maklumat berikut merupakan tindakan yang diambil pada tahun 1957. Mengapakah langkah terebut diambil?

a)

Memulihkan ekonomi negara

b)

Mengamalkan kebudayaan

c)

Memeriahkan sambutan kemerdekaan

d)

Mengeratkan perpaduan kaum

21.

Siapakah ketua utama negara Malaysia

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Majlis Raja-raja

d)

Senator

22.

Apakah ciri-ciri negara berdaulat?

a)

Memiliki sumber bahan mentah

b)

Mengamalkan sistem demokrasi

c)

Mempunyai rakyat dan sempadan

d)

Menjalin hubungan dengan kuasa luar

23.

Antara berikut, yang manakah merupakan

peranan rakyat untuk mempertahankan

kedaulatan negara?

a)

Menganggotai pasukan keselamatan

b)

Mewujudkan pentadbiran yang cekap

c)

Menjalin kerjasama dengan negara luar

d)

Menggubal dasar pembangunan ekonomi

24.

Apakah tujuan pengenalan undang-undang British

di Negeri-negeri Selat?

a)

Melindungi hak penduduk asal

b)

Memakmurkan ekonomi negeri

c)

Menghapuskan kuasa bangsawan

d)

Menjadi panduan pegawai British

25.

Mengapakah pindaan Perlembagaan 1965 dibuat?

a)

Berakhirnya Zaman Darurat

b)

Negara mencapai kemerdekaan

c)

Pembentukan gagasan Malaysia

d)

Pemisahan Singapura dari Malaysia

26.

Antara berikut, yang manakah berkaitan Dewan

Undangan Negeri?

a)

Ahlinya dipilih melalui pilihan raya

b)

Menggubal undang-undang bagi negeri

c)

Terdapat di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

d)

Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat

27.

Apakah tugas utama Jemaah Menteri?

a)

Menggubal dasar negara

b)

Menjamin keadilan sosial

c)

Melaksanakan undang-undang

d)

Melindungi hak istimewa bumiputera

28.

Apakah rancangan pembangunan wilayah hasil

kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan

Negeri?

a)

NCER

b)

SCORE

c)

KEJORA

d)

RASCOM

29.

Apakah program perumahan mampu milik yang

dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan?

a)

Rumah Mesra Rakyat

b)

Program Rumah Mampu Milik

c)

Perumahan Awam Kos Rendah

d)

Perbadanan Perumahan 1 Malaysia

30.

Mengapakah Sir Geofroy Tory mencadangkan

supaya Persekutuan Tanah Melayu bergabung

dengan Singapura?

a)

Membentuk kerjasama ekonomi

b)

Melemahkan parti berhaluan kiri

c)

Mengukuhkan kedudukan imigran

d)

Mengimbangkan komposisi penduduk

31.

Apakah fungsi Suruhanjaya Cobbold?

a)

Memastikan keluhuran perlembagaan negara

b)

Menjamin sistem pendidikan negara lengkap

c)

Menjelaskan kepentingan perpaduan nasional dalam kalangan rakyat

d)

Meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia

32.

Mengapakah kerajaan Indonesia melancarkan

dasar konfrontasi?

a)

Menuntut wilayah Sabah

b)

Mengancam kedudukan Indonesia

c)

Mengagalkan gagasan Melayu Raya

d)

Mengurangkan kuasa politik orang Melayu

33.

Petikan di bawah adalah ucapan Tunku Abdul

Rahman pada satu sesi perbahasan di Parlimen pada

9 Ogos 1965.

… so it does seem completely impossible to

arrive at a solution whereby we can hope to

pull along together and work together……

Apakah maksud perkara yang tidak dapat dielakkan

oleh Tunku Abdul Rahman dalam ucapan tersebut?

a)

Membacakan keputusan Dewan Rakyat menggantung Lee Kuan Yew dari sesi Parlimen

b)

Menjelaskan sebab pengunduran Brunei daripada menyertai Persekutan Malaysia

c)

Mengumumkan pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia

d)

Mengisytiharkan tamatnya Undang-Undang

Darurat

34.

Antara berikut yang manakah usaha untuk

mengatasi isu peluang pekerjaan yang terhad?

a)

Meminta bantuan Bank Dunia

b)

Mengurangkan kadar kelahiran

c)

Membina pusat kesihatan di luar bandar

d)

Menubuhkan pusat latihan vokasional dan teknikal

35.

Bagaimanakah usaha kerajaan memperkasakan

perpaduan kaum?

a)

Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara

b)

Membentuk Dasar Sosioekonomi Kebangsaan

c)

Meneruskan sistem persekolahan vernakular

d)

Mewartakan pembentukan Majlis Muhibah Negara

36.

Apakah yang boleh dikaitkan dengan kawasan

berikut?

• Pasir Gudang di Johor

• Bayan Lepas di Pulau Pinang

a)

Zon Bebas Cukai

b)

Zon Ekonomi Eksklusif

c)

Zon Perindustrian Bebas

d)

Industri Kecil dan Sederhana

37.

Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada bulan Januari 1970. Apakah tujuan penubuhannya?

a)

Membincangkan perubahan dasar luar negara

b)

Membentuk Dasar Pembangunan Nasional

c)

Menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

d)

Mengadakan garis panduan kerjasama kaum dan integrasi nasional

38.

Apakah peranan penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)?

a)

Menjalankan dasar penswastaan

b)

Mengusahakan industri desa dan IKS

c)

Memperkenalkan konsep pertanian pintar

d)

Pembangunan industri dan bandar baharu

39.

Apakah isu alam sekitar yang dihadapi oleh negara

di Asia Tenggara?

a)

Jerebu

b)

Kemarau

c)

Tumpahan minyak

d)

Pencemaran bunyi

40.

Isu pencemaran alam sekitar mencetuskan Sidang

Kemuncak Bumi pada tahun 1992 yang diada

a)

Brazil

b)

Jepun

c)

Thailand

d)

Indonesia