Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 12 PERTUMBUHAN PENDUDUK DUNIA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud pertumbuhan penduduk ?

a)

Perubahan bilangan penduduk yang berlaku di kawasan tertentu sama ada di kawasan setempat, dalam negeri atau secara global

b)

Angka yang menunjukkan arah pertumbuhan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurang dalam tempoh tertentu

c)

Merujuk rekod kelahiran bilangan bayi yang lahir hidup bagi setiap 1000 orang

d)

Bilangan penduduk yang mati pada tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang

2.

Berdasarkan maklumat di bawah kirakan kadar kelahiran dan migrasi bersih penduduk di negara Z .

i) Bilangan penduduk negara Z pada tahun 2016 ialah

28 274 000 orang .

ii) Bilangan kelahiran ialah 540 000

iii) Bilangan kematian ialah 127 000

iv) Migrasi masuk 15 000 orang

v) Migrasi keluar 5 000 orang

a)

kadar kelahiran 20 setiap 1000 orang dan migrasi bersih adalah 5000 orang

b)

kadar kelahiran 18 setiap 1000 orang dan migrasi bersih adalah 15 000 orang

c)

kadar kelahiran 19 setiap 1000 orang dan migrasi bersih adalah 10 000 orang

d)

kadar kelahiran adalah 540 000 dan migrasi bersih 10 000 orang

3.

Faktor -faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk adalah

a)

perkahwinan

b)

penceraian

c)

amalan adat dan status quo

d)

semua di atas

4.

Amalan adat dan status quo bagi negara seperti India, Somalia dan Uganda mereka perlukan anak yang ramai untuk

a)

menyekat kebebasan hidup dan kecemerlangan kerjaya mereka

b)

bakal mewarisi nama keluarga

c)

meningkatkan taraf hidup

d)

keperluan tenaga buruh

5.

Amalan perkahwinan awal pada usia muda seperti berlaku di Afrika akan meningkatkan kadar kelahiran kerana

a)

kadar kematian adalah rendah

b)

penularan wabak penyakit

c)

kadar kesuburan wanita pada usia muda adalah tinggi

d)

bencana alam seperti kemarau

6.

Mengapakah rakyat Bangladesh memilih untuk berhijrah ke Malaysia?

a)

Kestabilan politik

b)

Kadar upah yang tinggi

c)

peluang pekerjaan yang terhad

d)

Amalan adat dan status quo

7.

Terdapat berapa jenis piramid penduduk

a)

3

b)

2

c)

4

d)

5

8.

Jangka hayat penduduk rendah, jumlah golongan tua kecil dan kadar kematian golongan tua tinggi. Puncaknya tajam menunjukkan kadar kematian yang tinggi dan jangka hayat yang rendah.

Pernyataan di atas merujuk kepada jenis piramid penduduk ...........................

a)

Regresif

b)

Progresif

c)

Terganggu

d)

Stabil

9.

Apakah faktor menyebabkan sesebuah negara mempunyai jenis piramid terganggu?

a)

peperangan , wabak penyakit atau polisi kerajaan

b)

mengamalkan perancangan keluarga

c)

Amalan adat dan status quo

d)

taraf pendidik kaum wanita

10.

Ciri-ciri piramid stabil adalah

a)

bilangan golongan tua rendah

b)

kadar kematian golongan tua adalah tinggi

c)

kadar kelahiran tinggi

d)

jangka hayat tinggi