Font size
WorksheetsGEOGRAFI T2 B4 : CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah jenis iklim di Malaysia?
Iklim Gurun Panas
Iklim Monsun Tropika
Iklim Khatulistiwa
Iklim Steppe
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang suhu di Malaysia?
I Suhu yang panas dan lembap sepanjang tahun
II Min suhu tahunan 270C
III Suhu sekata dan tinggi
IV Suhu dipengaruhi oleh angin monsun
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah faktor yang menyebabkan terbentuknya kawasan lindungan hujan?
Halangan tanah tinggi
Pengaruh garisan lintang
Proses pemeluwapan
Hujan lebat sepanjang tahun
Apakah nama fenomena dalam rajah di bawah?
Hujan bukit
Hujan siklon
Hujan perolakan
Hujan perenggan
Mengapakah angin Monsun Barat Daya tidak membawa hujan yang lebat ke Semenanjung Malaysia?
Bertiup dari kawasan daratan
Bertiup dari kawasan tekanan tinggi
Dihalang oleh Selat Melaka
Dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera
Jalan raya diturap bangunan konkrit dibina rapat-rapat.
Apakah kesan alam sekitar yang dapat dikaitkan dengan ciri bandar di atas?
Jerebu
Hujan asid
Pulau haba
Penipisan lapisan ozon
Berapakah jumlah hujan di Malaysia?
1000 mm
1500 mm
2000 mm
2600 mm
- Bertiup dari bulan April hingga Mei dan September hingga Oktober
- Dikenali sebagai 'skual'
Maklumat di atas adalah berkaitan dengan
angin monsun timur laut
angin monsun barat daya
angin sumatera
angin tempatan
Kawasan manakah yang menerima hujan yang paling sedikit?
Kota Bharu
Kuala Pilah
Kapit
Bukit Larut
Apakah angin yang bertiup antara pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September?
Angin Sumatera
Angin Monsun Timur Laut
Angin Monsun Barat Daya
Angin Monsun Barat Laut
Yang manakah menunjukkan kejadian di mana udara bergerak dari daratan ke lautan?
Bayu laut
Bayu darat
Angin Sumatera
Angin Monsun Timur Laut
Nelayan di kawasan manakah yang dikaitkan dengan aktiviti membaiki pukat yang rosak dan bot pada musim tengkujuh?
Klang
Bachok
Pulang Tuba
Pulau Pangkor
Apakah faktor yang menyebabkan penanaman teh sesuai ditanam di Tanah Tinggi Cameron di Pahang?
Panas dan lembap sepanjang tahun
Pengaruh tiupan bayu laut dan bayu darat
Suhu sederhana sejuk antara 18 ° C - 21 ° C
Bahagian cerun menghadap udara lembap menerima hujan lebat
Yang manakah merupakan kesan kejadian La Nina?
berlakunya krisis air
kejadian banjir besar
mengakibatkan jerebu
kemarau yang berpanjangan
Apakah kesan jerebu kepada aktiviti manusia?
Menjadikan kulit kering
Kadar perpeluhan menjadi aktif
Jarak penglihatan menjadi terhad
Peningkatan penggunaan bahan api
Apakah faktor PERBEZAAN di kedua-dua kawasan di bawah yang menjadi tarikan pelancong?
- Pulau Tioman
- Kundasang
Bentuk muka bumi
Jumlah hujan tahunan
Jenis iklim yang berbeza
Pancaran matahari setiap hari
Apakah yang menyebabkan gas rumah hijau penting kepada bumi?
Membekalkan udara bersih
Meningkatkan kadar penyejatan
Memerangkap cahaya matahari
Menyeimbangkan suhu tempatan
Apakah kesan hujan asid terhadap petempatan di bandar?
Cat bangunan luntur
Petempatan bertambah
Darjah ketersampaian terhad
Populasi penduduk berkurangan
Nyatakan dua jenis angin tempatan? Pilih 2 jawapan
Bayu Laut
Bayu Malam
Bayu Darat
Bayu Siang
Antara yang berikut, manakah negara yang pernah mengalami La-Nina?
I Australia
II Papua New Guinea
III Rusia
IV Malaysia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
