NEW
Font size
WorksheetsPPP T2SII DSHS 3163 - (MCQ) HEALTH SAFETY II
Total questions: 15
Worksheet time: 29mins
Antara berikut, yang manakah keburukan kaedah pensterilan menggunakan autoklaf?
Proses pensterilan singkat dan tidak mudah diganggu.
Boleh menyebabkan alat perkakas berkarat dan tumpul.
Alat perkakas boleh disteril dengan banyak secara serentak.
Alat perkakas boleh disteril sama ada dibunggkus atau tidak berbungkus.
Antara berikut, yang manakah betul mengenai pensterilan hanpis?
Bur perlu ditanggalkan semasa hanpis disteril.
Hanpis perlu dicuci dengan air mengalir sebelum disteril.
Hanpis hanya perlu dilap dengan gauze sebelum disteril.
Bur tidak perlu ditanggalkan daripada hanpis semasa proses pensterilan.
Antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai ciri-ciri bekas sisa klinikal tajam (sharps bin)?
Tahan tebukan.
Mempunyai label biohazard.
Mempunyai penutup yang boleh ditanggalkan.
Mempunyai senggatan pada bahagian luar bikar.
Apakah kaedah yang betul bagi proses memusnahkan semua jenis mikroorganisma termasuk spora pada alat perkakas?
Autoklaf dengan suhu 134oC selama 3 minit.
Air mendidih dengan suhu 100oC selama 20 minit.
Autoklaf gas etilina dengan suhu 160oC selama 1 jam.
Larutan gluteraldehid dengan kepekatan 3% selama 10 minit.
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil semasa merawat pesakit HIV kecuali
pemakaian alat pelindung diri yang lengkap.
pastikan peralatan yang digunakan dicuci dan disteril.
menggunakan alat pakai buang sebanyak mungkin semasa merawat pesakit.
permukaan kerja hanya didisinfeksi di kawasan yang disentuh oleh perawat dan pesakit sahaja.
Antara berikut, yang manakah benar mengenai langkah pencegahan jangkitan semasa mengambil dan memproses radiograf intra-oral?
Semua pemegang filem perlu dibersihkan dan disteril atau didisinfek selepas digunakan.
Semasa mengambil radiograf, operator hanya perlu memakali sarung tangan getah sahaja.
Filem radiograf yang dikeluarkan daripada mulut pesakit hanya perlu dilap dengan gauze.
Papan kawalan mesin X-ray yang dibalut dengan pelindung permukaan tidak perlu ditukar setiap kali di antara pesakit
Antara berikut, yang manakah kebaikan penggunaan ultrasonic cleaner semasa proses pencucian alat perkakas?
Alat perkakas menjadi tajam dan berkilat.
Kaedah pencucian yang mudah dan selamat.
Alat perkakas boleh terus disimpan selepas dibersihkan.
Memerlukan masa yang panjang untuk membersihkan alat perkakas.
Mengapakah alat perkakas perlu dicuci terlebih dahulu sebelum disteril?
Memastikan debris tidak melekat pada alat perkakas.
Memastikan kebersihan alat perkakas sebelum disteril.
Memastikan alat perkakas dibersihkan dan tidak mudah berkarat.
Mengelakkan darah yang kering melekat pada alat perkakas dan menghalang suhu panas untuk membunuh miroorganisma.
Mengapakah semua permukaan kerja yang tercemar perlu didisinfeksi?
Supaya permukaan kerja kelihatan lebih bersih.
Mengikut arahan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan.
Mengelakkan pencemaran yang lebih luas sekiranya permukaan kerja tersebut disentuh.
Mengelakkan mikroorganisma yang patogenik dipindahkan ke permukaan lain melalui sentuhan.
Apakah proses Hazard Indentification, Risk Assessment and Risk Control (HIRAC) yang perlu dijalankan selepas mengenal pasti hazard?
Kawalan risiko.
Penaksiran risiko.
Mengelas aktiviti kerja.
Mengelas jenis hazard.
Apakah peralatan atau bahan yang digunakan untuk mengendali termometer pecah?
i dan ii.
i dan iii.
ii dan iv.
iii dan iv.
Bagaimanakah cara bagi mengelak kecederaan tertusuk jarum selepas cabutan gigi dilakukan?
Membengkok jarum selepas diguna.
Recap jarum dengan tangan sebelum dilupus.
Melupus jarum ke dalam sharp bin dengan plier.
Menggunakan tweezer semasa memasang jarum.
Apakah yang perlu dilakukan apabila terkena asid pada tangan?
Menyapu losen.
Mengering dengan tisu.
Meneutral dengan alkali.
Membersih dengan air secara berterusan.
Apakah tindakan awal yang perlu dilakukan apabila tertumpah bendalir badan di lantai?
Letakkan serbuk sulfur.
Neutralkan dengan bahan asid.
Keringkan tumpahan segera dengan mop.
Kurangkan kawasan tumpahan dengan paper towel.
Apakah insiden yang boleh berlaku kepada anggota klinikal semasa membantu rawatan?
Kesakitan leher.
Lenguh pinggang.
Kontaminasi glove.
Percikan darah ke mata.
