wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pendidikan Islam KSSM SPM Akidah dan Fikah

Total questions: 60

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

"Aliran yang menganggap semua agama sama dan membawa kebaikan"

a)

Monomisme

b)

Animisme

c)

Liberalisme

d)

Pluralisme

2.

-Mendakwa menjadi nabi dan rasul

-Mendakwa gurunya imam mahdi

-Mendakwa gurunya dapat menebus dosa


Berdasarkan kenyataan di atas, apakah aspek ajaran sesat yang terlibat ?

a)

Ibadah

b)

Al Quran dan As Sunnah

c)

Akidah

d)

Akhlak

3.

Aliran pemikiran yang menyeru kepada kebebasan dan keterbukaan dalam mentafsir agama ialah

a)

Pluralisme

b)

Anemisme

c)

Liberalisme

d)

secularisme

4.

Perkara yang menyebabkan iman terbatal ialah melalui iktiqad ( اعتقاد ). Pilih antara berikut contoh iktiqad yang membatalkan iman.

a)

Rububiyyah ( الربوبية )

b)

Al-Uluhiyyah ( الالوهية )

c)

Sifatul Amal ( الصفات العمل )

d)

An-Nubuwwah ( النبوة )

e)

As-Syariah ( الشريعة )

5.

Antara salah satu contoh iman terbatal melalui iktiqad ( اعتقاد ) ialah al ghaibiyat

( الغيبيات ) . Apakah contoh bagi terbatalnya iman melalui al ghaibiyat

( الغيبيات ) ?

a)

Mengingkari kewujudan malaikat dan jin

b)

Mengingkari kewujudan azab kubur

c)

Mengingkari peristiwa kiamat

d)

Mengingkari peristiwa hijrah

6.

Apakah X ?

a)

Melakukan sesuatu perkara dengan sengaja

b)

Melakukan sesuatu dengan ikhlas

c)

Melakukan perkara yang samar-samar

d)

Melakukan perkara mahmudah dalam kehidupan

7.

Golongan Ahli Sunnah Waljamaah dikenali dengan berbagai-bagai nama nama, kecuali

a)

Al-Asya'irah

b)

As-Syahadah

c)

Al-Salafussoleh

d)

Al-Maturidiyyah

e)

Ahlul Hadis

8.

Kumpulan ini berpaling tadah daripada mentaati Sayidina Ali bin Abi Talib kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tahkim.

=Kumpulan ini merujuk kepada:

a)

Kumpulan Syiah

b)

Kumpulan Khawarij

c)

Kumpulan Muktazilah

9.

Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang dengan sunnah menerusi para sahabat dan tabi'in serta tabi' tabi'in dalam prinsip akidah , syariat dan akhlak.


Pernyataan di atas merujuk kepada golongan

a)

Syiah

b)

Ahli Sunnah Wal Jamaah

c)

Khawarij

d)

Muktazilah

10.

Al-Quran adalah makhluk Allah yang bersifat baharu.


Pendapat di atas ialah pendapat golongan...

a)

Khawarij

b)

Syiah

c)

Muktazilah

d)

Ahli Sunnah Wal Jamaah

11.

Pelaku dosa besar tetap dikira sebagai mukmin tetapi di hukum fasik jika tidak bertaubat.


Pendapat di atas ialan pendapat golongan...

a)

Muktazilah

b)

Ahli Sunnah Wal Jamaah

c)

SYiah

d)

Khawarij

12.

2 daripada berikut merupakan prinsip utama kumpulan Syiah :

a)

Menafikan Allah S.W.T memiliki sifat pada zat-Nya.

b)

Mengharuskan perkahwinan muta'ah.

c)

Menganggap imam-imam mereka adalah maksum, iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan dosa besar.

d)

Beriktikad bahawa orang yang melakukan maksiat dikira berdosa besar dan kafir

13.

Kumpulan ini diasaskan oleh Wasil bin Ata' pada awal kurun ke-2 Hijrah. Kumpulan ini muncul selepas Wasil bin Ata' berselisih faham dengan gurunya, iaitu Hasan al-Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar.

a)

Kumpulan Syiah

b)

Kumpulan Khawarij

c)

Kumpulan Muktazilah

14.

Apa hukumnya jika seseorang itu terlupa atau meninggalkan salah satu rukun haji?

a)

Sah hajinya

b)

Sah hajinya tetapi wajib bayar dam

c)

Tidak sah hajinya dan hendaklah ditunaikan sekali lagi pada tahun akan datang

d)

Tidak sah hajinya tetapi wajib bayar dam

15.

Ibadah umrah berbeza dengan ibadah Haji kerana ...

a)

mempunyai ibadah Wukuf.

b)

mempunyai larangan Ihram.

c)

tiada ibadah Wukuf.

d)

boleh dilakukan pada bulan-bulan tertentu.

16.
Bermalam di Muzdalifah merupakan perkara
a)
Rukun Haji
b)
Rukun Umrah
c)
Wajib Haji
d)
Wajib Umrah
17.

Ditinggalkan atau tidak dilaksanakan maka ibadah hajinya tidak sah sebelum membayar denda atau dam,jika sudah membayar maka hajinya sah...

Pernyataan diatas merupakan pengertian dari...

a)

Rukun haji

b)

Wajib haji

c)

Sunah haji

d)

Mubah

18.

Talbiah adalah amalan ____________ bagi haji dan umrah.

a)

sunat

b)

wajib

c)

rukun

d)

makruh

19.

Bilakah Hari Tasyrik?

a)

11, 12 dan 13 zulhijjah

b)

10, 11 dan 12 zulhijjah

c)

12, 13 dan 14 zulhijjah

20.

Bilakah jemaah haji perlu berada di Muzdalifah?

a)

bermula pada 9 Zulhijjah

b)

bermula selepas maghrib 10 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar

c)

selepas tengah malam 10 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar

d)

selepas tengah malam 10 Zulhijjah sehingga selepas terbit matahari

21.

Ketika haji dan umrah jemaah haji hendaklah menjauhi larangan .Berikut yang manakah larangan yang dikhususkan kepada jemaah wanita

i menutup muka

ii memakai bau-bauan

iii memakai sarung tangan

iv memotong kuku

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

semua di atas

22.

Berikut adalah larangan kepada jemaah lelaki ketika haji dan umrah kecuali

a)

Memotong rambut

b)

memakai pakaian berjahit

c)

menutup kepala

d)

menutup muka

23.

Waktu sembelihan ibadat korban ialah

a)

Sebelum solat sunat Aidil Adha hinga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah

b)

Selepas solat sunat Aidil Adha hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

c)

Selepas solat sunat Aidil Adha hingga jatuh matahari 13 Zulhijjah

d)

Sebelum solat sunat Aidil Adha hingga jatuh matahari 13 Zulhijjah

24.

Umur unta yang hendak dijadikan haiwan korban ialah

a)

2 tahun dan ke atas

b)

3 tahun dan ke atas

c)

4 tahun dan ke atas

d)

5 tahun dan ke atas

25.

*Melakukan sembelihan sendiri jika mampu

*Menghadap haiwan ke arah kiblat

*Berselawat ke atas nabi


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Rukun korban

b)

Syarat korban

c)

Perkara Sunat korban

d)

Perkara Makruh korban

26.

Sembelihan akikah dilakukan sempena

a)

majlis kesyukuran perkahwinan

b)

kelahiran bayi

c)

hari raya aidil Adha

d)

Sambutan maulidurrasul

27.

Waktu yang paling afdhal melakukan akikah ialah

a)

sejurus selepas kelahiran bayi

b)

Pada hari ketiga kelahiran bayi

c)

Pada hari ketujuh kelahiran bayi

d)

Pada hari bayi itu telah baligh

28.

Daging akikah sebaik-baiknya

a)

Dimasak manis dan disedekahkan kepada fakir miskin

b)

Diberi kepada fakir miskin dalam keadaan mentah

c)

Diagihkan kepada jiran tetangga

29.

Hukum muamalat Islam ialah

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Sunat muakkad

30.

Muamalat Islam bermaksud hukum syarak yang berkaitan dengan urusan _____________ seperti jual beli, sewaan dan sebagainya.

a)

Kewangan

b)

Harta pusaka

c)

Hutang

d)

Perkahwinan

31.

Al bathil dalam konsep muamalat merujuk kepada

a)

Mana-mana transaksi yang menyalahi syarak

b)

Amalan yang dibenci Rasulullah

c)

Mana-mana transaksi yang dibenci Rasulullah

d)

Mana-mana transaksi yang tidak memuaskan hati pelanggan

32.

Riba dalam muamalat Islam terbahagi kepada dua iaitu

a)

Riba al duyun, riba al buyu'

b)

Riba al duyun, riba al al yad

c)

Riba al fadlu, riba al nasiah

d)

Riba al fadlu, riba al yad

33.

"Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat ini tanpa keuzuran. Dilakukan pada waktu matahari sedang naik selepas waktu syuruk."


PERNYATAAN DI ATAS ADALAH MERUJUK SOLAT SUNAT_________

a)

HAJAT

b)

DHUHA

c)

TASBIH

d)

TAUBAT

34.

HUKUM MENUNAIKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI IALAH _________

a)

WAJIB

b)

SUNAT

c)

HARAM

d)

SUNAT MUAKKAD

35.

BERIKUT ADALAH PERNYATAAN YANG MENERANGKAN SOLAT SUNAT DHUHA KECUALI

a)

WAJIB DILAKUKAN SECARA BERJEMAAH

b)

DIGALAKKAN SECARA BERSENDIRIAN

c)

BILANGAN RAKAAT IALAH 2,4,6 ATAU 8 RAKAAT

d)

DILAKUKAN PADA WAKTU ANTARA NAIK MATAHARI HINGGA MASUK WAKTU ZUHUR

36.

" Solat sunat gerhana, Memperbanyakkan istighfar. Berdoa, Bersedekah."


PERNYATAAN DI ATAS MERUJUK KEPADA _______

a)

AMALAN KETIKA BERLAKU GERHANA

b)

AMALAN SELEPAS SOLAT GERHANA

c)

AMALAN SEBELUM SOLAT GERHANA

d)

AMALAN SELEPAS SOLAT DHUHA

37.

Pilih pernyataan yang BENAR berkenaan solat sunat gerhana bulan dan Solat sunat gerhana matahari.

a)

Disyariatkan solat sunat gerhana matahari pada tahun kedua hijrah manakalah solat sunat gerhana bulan pada tahun kelima hijrah

b)

Disyariatkan solat sunat gerhana matahari pada tahun kelima hijrah manakalah solat sunat gerhana bulan pada tahun kedua hijrah

c)

Disyariatkan solat sunat gerhana matahari pada tahun tiga hijrah manakalah solat sunat gerhana bulan pada tahun keenam hijrah

d)

Disyariatkan solat sunat gerhana matahari pada tahun keenam hijrah manakalah solat sunat gerhana bulan pada tahun ketiga hijrah

38.

" TIADA DESAKAN ATAU HALANGAN UNTUK BERKAHWIN "


PERNYATAAN BERIKUT MERUJUK KEPADA HUKUM BERKAHWIN MENJADI.....

a)

HARUS

b)

HARAM

c)

SUNAT

d)

MAKRUH

39.

BERIKUT DALAH WANITA YANG HARAM DIKAHWINI SELAMA-LAMANYA KECUALI

a)

IBU

b)

ANAK PEREMPUAN

c)

NENEK

d)

PEREMPUAN MUSYRIK SEHINGGA DIA MASUK ISLAM

40.

Ibu mertua termasuk golongan yang haram dikahwini disebabkan faktor

a)

Persemendaan

b)

Nasab

c)

Penyusuan

d)

Perhambaan

41.

Zarul berkahwin dengan Aminah, Zarul juga ingin berkahwin dengan Adik perempuan Aminah yang bernama Sarah.

Mengikut hukum perkahwinan dalam agama Islam Zarul haram berkahwin dengan Sarah.

Mengapakan Zarul dilarang berkahwin dengan Sarah?

a)

Haram sementara kerana tidak boleh mengumpulkan mahram dalam satu masa

b)

Haram selamanya kerana Sarah mejadi adik ipar Ahmad

c)

Haram Sementara kerana Sarah masih dalam iddah

d)

Haram sementara kerana Sarah adalah perempuan ke 5 untuk menjadi isteri

42.

Proses untuk mengenalpasti status bakal isteri adalah

a)

bercinta

b)

merisik

c)

meminang

d)

berkahwin

43.

Meminang adalah _______

a)

proses mengenal pasti status bakal isteri

b)

lamaran daripada lelaki kepada perempuan untuk dijadikan pasangan hidup

c)

lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri

d)

proses mengenali hati budi pasangan masing-masing

44.

Pemberian yang bernilai yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya semasa akad nikah disebut sebagai....

a)

hantaran perkahwinan

b)

mahar

c)

hadiah perkahwinan

d)

duit kahwin

45.

Hukum mengadakan walimatul urus adalah ____

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

sunat muakkad

46.
Dari sudut istilah, perkahwinan adalah 
a)
akad yang menggunakan lafaz nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan
b)
akad yang menggunakan lafaz nikah yang menghalalkan lelaki melakukan persetubuhan sesama lelaki.
c)
akad yang menggunakan apa sahaja lafaz yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
d)
akad menyatakan persetujuan pihak lelaki mengahwini pihak perempuan.
47.

Zairul ingin berkahwin, dan mampu memberikan nafkah zahir dan batin serta bimbang melakukan zina. Zairul _____________ berkahwin.

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

haram

48.

Bagaimanakah keadaan yang dikatakan hukum perkahwinan itu wajib?

a)

Seseorang itu tidak mampu menunaikan nafkah zahir namun sihat tubuh badan dan ditakuti jatuh ke dalam penzinaan

b)

Seseorang itu berkemampuan menunaikan nafkah zahir & batin, sihat tubuh badan dan mampu mengawal diri daripada perzinaan

c)

Seseorang itu berkemampuan menunaikan nafkah zahir & batin, sihat tubuh badan dan tiada tuntutan mendesak untuk berkahwin

d)

Seseorang itu berkemampuan menunaikan nafkah zahir & batin, sihat tubuh badan dan ditakuti jatuh ke dalam penzinaan

49.

Berikut merupakan pembubaran perkahwinan kecuali..

a)

Talaq

b)

Qazaf

c)

Fasakh

d)

Khuluk

50.

Situasi: Isteri didera oleh suami dengan teruk. Tuntutan apakah yang isteri boleh buat?

a)

Talaq

b)

Fasakh

c)

Rujuk

d)

Khuluk

51.

Mengapakah suami perlu melafaz sumpah li'an jika isterinya didapati berzina?

a)

Atas sebab talaq tidak sah

b)

Atas sebab gagal menghadirkan 4 orang saksi

c)

Atas sebab ingin bersumpah atas nama Allah depan Hakim

d)

Atas sebab ingin bercerai dengan isteri

52.

Talak, fasakh, khuluk dan li'an adalah isu-isu berkaitan dengan _______________ perkahwinan.

a)

peranan

b)

pembubaran

c)

tanggungjawab

d)

pernikahan

53.

suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak.

a)

sulh

b)

qazaf

c)

li'an

d)

fasakh

54.

khulu' ialah

a)

perceraian daripada suami ke atas isteri dengan tebusan yang diterima oleh suami.

b)

perceraian daripada suami ke atas isteri dengan tebusan yang diterima oleh isteri.

c)

perceraian daripada suami ke atas isteri tanpa tebusan yang diterima oleh suami.

d)

perceraian daripada suami ke atas isteri secara rela

55.

Rizal menceraikan Lily dengan talak satu dalam keadaan Lily sedang hamil. Status talak itu...

a)

tidak sah dan tidak berdosa

b)

tidak sah dan berdosa

c)

sah namun tidak berdosa

d)

sah dan berdosa

56.

________________ ialah pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan.

a)

Fasakh

b)

Khuluk

c)

Talak

d)

Li'an

57.

PEMBUBARAN PERKAHWINAN MELALUI KUASA HAKIM DENGAN SEBAB-SEBAB TERTENTU

a)

talak

b)

fasakh

c)

khuluk

d)

li'an

58.

" TALAK YANG BOLEH DIRUJUK DALAM TEMPOH IDDAH TANPA AKAD NIKAH DAN MAHAR YANG BAHARU"

a)

Talak raj'ie

b)

talak bain

c)

talak bain kubra

d)

talak taklik

59.

Perpisahan antara suami dan isteri dengan bayaran tertentu. Pernyataan diatas merujuk kepada?

a)

Fasakh

b)

Khuluk

c)

Ta'lik

d)

Talak

60.
Anak saudara perempuan diharamkan dikahwini atas dasar
a)
Musaharah
b)
Nasab
c)
Penyusuan
d)
Perhambaan