wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN FORMATIF TAJUK 12 & 13

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan jenis imbangan tidak simetri?

a)

Sebuah buku

b)

Kapal terbang

c)

Sebatang pokok

d)

Gasing tradisional

2.

Apakah garisan yang membahagikan dua bahagian sesuatu objek?

a)

Garisan menegak

b)

Garisan beralun

c)

Garisan paksi

d)

Garisan tebal

3.

Manakah antara berikut merupakan fungsi imbangan?

a)

Menunjukkan pergerakan

b)

Mewujudkan penumpuan

c)

Menampakkan kelainan

d)

Mewujudkan kestabilan

4.

Apakah fungsi imbangan pada cermin mata?

a)

Keselesaan pengguna

b)

Kelihatan cantik

c)

Mudah dipakai

d)

Lebih ringan

5.

Imbangan bermaksud?

a)

kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, kedudukan dan tumpuan.

b)

perbezaan dan percanggahan dari segi berat, kedudukan dan tumpuan.

c)

kesamaan dan kesepadanan dari segi warna, jalinan dan bentuk sahaja

d)

kesamaan dan kesepadanan yang akan mewujudkan pemusatan tampak bagi menunjukkan pergerakan

6.

Imbangan dapat mewujudkan

a)

suasana yang padat, berjalinan dan berirama dala msesuatu gubahan

b)

suasana yang digambarkan sebagai hasil gubahan yang mempuntai irama dan pergerakan

c)

suasana yang harmoni, stabil dan kukuh dalam sesuatu gubahan.

d)

suasana yang tenteram, nyaman dan selesa dipandang dalam sesuatu hasil karya

7.

Apakah jenis imbangan pada perabot di atas?

a)

Asimetri

b)

Simetri

c)

Paksi

d)

Axis

8.

Terdapat dua jenis imbangan, iaitu

a)

Kira

b)

Simetri

c)

Sequal

d)

Asimetri

9.

Ciri-ciri imbangan pada alam semula jadi ialah

a)

kedua-dua bahagian kapal terbang mempunyai persamaan bentuk.

b)

burung mempunyai dua sayap yang seimbang di kedua-dua belah badannya.

c)

cermin mata mempunyai bentuk seimbang untuk keselesaan penggunanya.

d)

motif dan corak hiasan pada wau mempunyai unsur imbangan di kedua-dua bahagian sayapnya.

10.

Ciri-ciri imbangan tidak simetri pada karya seni visual ialah

a)

Karya seni ini kelihatan seimbang walaupun tidak sepadan di kedua-dua bahagian.

b)

Seni arca mementingkan keseimbangan dari segi reka

bentuk tetapi ketidakstabilan arca ini membolehkannya berdiri teguh.

c)

Kedua-dua bahagian pokok tidak seimbang dari segi bentuk tetapi kedudukannya yang stabil memberi kekuatan pada pokok untuk berdiri teguh.

d)

Kerusi yang direka dengan kedua-dua bahagian yang

tidak seimbang masih kelihatan stabil dan boleh berdiri teguh.

11.

Imbangan Simetri bermaksud

a)

Gubahan yang tidak sama antara bahagian kiri dan kanan objek atau gubahan.

b)

Gubahan yang kelihatan sama hanya pada bahagian kiri dan kanan objek atau gubahan sahaja.

c)

Gubahan yang kelihatan sama antara bahagian kiri dan kanan objek atau gubahan.

d)

Gubahan yang dihasilkan berdasarkan kepada titik permulaan sesuatu garisan

12.

Imbangan Tidak Simetri (Asimetri) bermaksud?

a)

Gubahan yang sama di kedua-dua bahagian objek atau gubahan dan mempunyai ciri-ciri yang menampakkan kesan keseimbangan.

b)

Gubahan yang tidak sama di kedua-dua bahagian objek atau gubahan tetapi masih mempunyai ciri-ciri yang menampakkan kesan keseimbangan.

c)

Gubahan yang hampir sama di kedua-dua bahagian objek atau gubahan tetapi tidak mempunyai ciri-ciri keseimbangan

d)

Gubahan yang hampir sama wujud di kedua-dua bahagian kiri dan kanan sesuatu objek atau gubahan

13.

Imbangan pada sebuah gasing adalah untuk

a)

kelihatan cantik dan kemas melalui seni ragam hiasnya

b)

memastikan gasing tersebut berpusing tanpa berhenti sama sekali

c)

stabiliti dan membolehkannya berpusing dalam jangka masa yang lama.

d)

memberikan nilai estetik dari segi reka bentuk gasing tersebut

14.

Imbangan tidak simetri pada arca keris

a)

mewujudkan nilai estetik pada rekaanya.

b)

mencerminkan nilai budaya dan taraf ekonmi penduduk setempat

c)

menentukan arah jalan yang betul disamping sebagai mercu tanda

d)

memudahkan ia dibawa dalam keadaan yang selamat dan cepat

15.

Gambarajah menunjukkan sebuah arca, beberapa prinsip rekaan diolah dalam penghasilannya, apakah jenis imbangan yang terdapat pada arca tersebut?

a)

Simetri

b)

Tidak simetri

c)

Paksi

d)

Sekata

16.

Manakah antara berikut merupakan teknik untuk menghasilkan kesatuan dalam seni halus?

a)

Gabungan tajuk dan mesej yang sama

b)

Unsur seni yang berulang-ulang

c)

Penggunaan unsur seni yang pelbagai

d)

Elemen seni yang disusun dengan sepadan

17.

1. Antara objek di bawah, yang manakah tidak mempunyai elemen kesatuan yang jelas?

a)

Tembikar

b)

Ukiran kayu

c)

Anyaman

d)

Cetakan lino

18.

Dalam penghasilan topeng seperti dalam rajah, apakah ciri kesatuan yang jelas kelihatan?

a)

Kesatuan rupa

b)

Kesatuan jalinan

c)

Kesatuan bentuk

d)

Kesatuan warna

19.

Dalam menghias ruang tamu rumah, apakah nilai yang timbul pada perasaan anda jika nilai kesatuan diutamakan?

a)

Gembira

b)

Sunyi

c)

Gelisah

d)

Tenang dan selesa

20.

Mengapakah pentingnya elemen kesatuan dalam hidup manusia?

a)

Memberi nilai harmoni

b)

Menimbulkan penegasan

c)

Menimbulkan imbangan

d)

Menimbulkan kontra

21.

Kesatuan merupakan salah satu elemen

a)

Unsur seni

b)

Media gubahan

c)

Prinsip rekaan

d)

Teknik gubahan

22.

Antara yang berikut, yang manakah kumpulan objek yang menunjukkan kesan kesatuan?

a)

Susunan objek yang berlainan pada kertas lukisan

b)

Sapuan warna hijau dan merah pada keseluruhan kertas lukisan

c)

Susunan garisan pada kertas lukisan

d)

Cetakan rupa positif dan negatif yang serupa pada keseluruhan kertas lukisan

23.

Sarung kusyen mempunyai prinsip kesatuan melalui _________ yang sama.

a)

Jalinan

b)

Ruang

c)

Corak

d)

Karya

24.

Gambarajah menunjukkan sebuah tayar kereta.

Apakah ciri-ciri kesatuan pada sebuah tayar kereta?

a)

Kesatuan pada bentuk

b)

Kesatuan pada garisan

c)

Kesatuan pada rupa

d)

Kesatuan pada jalinan

25.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesatuan dalam karya seni visual?

a)

unsur seni

b)

Gabungan flora dan fauna

c)

Gabungan fizikal dan ilusi

d)

Gabungan alat dan bahan

26.

Manakah antara berikut merupakan teknik untuk menghasilkan kesatuan dalam seni halus untuk menghasilkan makna tertentu?

a)

Unsur seni yang berulang-ulang

b)

Penggunaan unsur seni yang pelbagai

c)

Elemen seni yang disusun dengan sepadan

d)

Gabungan tajuk dan mesej yang sama

27.

Pernyataan manakah betul tentang prinsip kesatuan dalam karya?

a)

Rupa yang pelbagai akan menonjolkan kesan prinsip kesatuan

b)

Kesatuan dapat dihasilkan melalui unsur warna dan jalinan

c)

Warna yang kontra akan mewujudkan kesan prinsip kesatuan yang sempurna

d)

Gubahan bahagian kiri dan kanan yang seimbang akan menimbulkan prinsip kesatuan

28.

Apakah ciri-ciri kesatuan dalam karya seni visual?

a)

Jalinan yang sama

b)

Susunan reka letak

c)

Tajuk dan mesej yang tidak sama

d)

Ulangan motif yang hampir sama

29.

Kesatuan ialah _________ antara unsur seni yang membantu dalam menghasilkan karya seni visual.

a)

Perbezaan

b)

Kesamarataan

c)

Hubungan

d)

Titik pertemuan

30.

Kesatuan dalam karya seni visual dapat menjadikan karya lebih_________ .

a)

Menarik

b)

Pelbagai

c)

Kontra

d)

Tenang