NEW
Font size
WorksheetsSajak Kunci Bahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah
Apakah yang dimaksudkan dengan rangkap sajak di atas?
Orang yang berbahasa tidak menuturkan kata yang menyakitkan hati orang lain.
Orang yang berbahasa suka menggores perasaan orang lain dengan kata-katanya
Orang yang berbahasa mempunyai lidah yang bercabang
Orang yang berbahasa suka memuji dan dipuji orang lain
Antara berikut, yang manakah BUKAN persoalan bagi sajak Kunci Bahasa?
Bahasa dapat mengeratkan tali persaudaraan
Bahasa yang indah tidak terbatas pengucapannya
Bahasa akan sentiasa digunakan
Ketinggian bahasa melambangkan kebijaksanaan penuturnya
Penulis ada menggunakan beberapa perkataan bahasa Arab dalam sajaknya.
Antara berikut, yang manakah perkataan bahasa Arab yang digunakan dalam sajak tersebut?
bermadah
ukhuwah
bermaruah
bersejarah
Bahasa berwasilah
tidak putus jambatan ukhuwah
Apakah yang dimaksudkan penyajak dalam rangkap sajak di atas?
Bahasa mempunyai sejarah dan tidak akan luput
Bahasa sangat penting untuk berkomunikasi
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang selalu dituturkan
Bahasa dapat mengeratkan hubungan persaudaraan
Antara berikut, yang manakah BUKAN pengajaran yang boleh diperoleh daripada sajak Kunci Bahasa?
Kita bertanggungjawab menjaga bahasa supaya tidak luput
Kita perlulah menghargai bahasa dengan memelihara keindahan bahasa
Kita hendaklah mengutamakan bahasa asing daripada bahasa ibunda
Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa ketika bertutur
Mengapa bentuk sajak Kunci Bahasa dikatakan mempunyai bentuk yang terikat?
Rima akhir setiap rangkap sama
Setiap rangkap mempunyai 2 baris
Baris pertama setiap rangkap mempunyai 2 patah perkataan
Setiap rangkap mengandungi 6 hingga 11 suku kata
Apakah nilai yang terdapat dalam sajak Kunci Bahasa?
Patriotisme
Keadilan
Kesederhanaan
Harga diri
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memartabatkan bahasa ibunda kita?
Menggunakan bahasa ibunda apabila perlu sahaja
Menggunakan bahasa ibunda dalam setiap urusan rasmi
Mempelajari bahasa ibunda untuk mendapatkan sijil SPM
Menggunakan bahasa rojak dan pasar dalam setiap pertuturan
Bahasa begitu indah
tidak habis berbahasa bermadah
Apakah maksud bagi perkataan bergaris pada rangkap sajak di atas?
berkata-kata perkara yang sia-sia
berkata-kata untuk mengumpat dan mengutuk
Bergurindam untuk menyindir perlakuan yang tidak baik
bersyair atau berpuisi dengan tujuan memuj-muji
Pada pendapat anda, apakah yang ingin disampaikan penyajak dalam sajak Kunci Bahasa?
Kepentingan mempelajari bahasa Melayu
Tujuan mempelajari bahasa Melayu
Peranan dan kepentingan bahasa dalam kehidupan
Keperluan menghargai dan memartabat bahasa ibunda
