wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA TAHAP 2

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Siapakah yang memimpin orang tua itu untuk menyeberang jalan?

a)

Sazlan dan orang tua itu berpimpinan tangan untuk menyeberang jalan.

b)

Sazlan telah dipimpin oleh orang tua itu untuk menyeberang jalan.

c)

Ya, orang tua itu menyeberang jalan sambil dipimpin oleh Sazlan.

d)

Sazlan yang memimpin orang tua itu untuk menyeberang jalan.

2.

Penebangan hutan yang berleluasa akan menyebabkan haiwan liar semakin pupus. Pilih perkataan antonim bagi pupus.

a)

hilang

b)

kekal

c)

lenyap

d)

kukuh

3.

Hang Tuah adalah antara pahlawan Melayu yang terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pilih perkataan sinonim bagi terbilang.

a)

terpuji

b)

tertangkas

c)

termasyhur

d)

teristimewa

4.

Pendengar berasa terhibur dengan celoteh _______________ radio itu setiap pagi.

a)

juruhebah

b)

jurubahasa

c)

juruacara

d)

jurucakap

5.

Filem P. Ramlee _______________ mendapat sambutan walaupun telah ditayangkan berulang kali.

a)

masih

b)

telah

c)

sudah

d)

hendak

6.

Usahlah bersikap seperti ____________________ , hanya bercakap banyak tetapi sebenarnya tidak mempunyai ilmu.

a)

tin kosong

b)

mulut murai

c)

bertih goreng

d)

mulut tempayan

7.

Suzana merupakan anak tunggal Encik Said. Dia diberikan sepenuh kasih sayang ibarat _______________________.

a)

bulan jatuh ke riba

b)

cincin dengan permata

c)

air dicincang tidak akan putus

d)

menatang minyak yang penuh

8.

"Selepas majlis keraian diraja itu tamat, Puteri Sofea yang sangat mengantuk segera berangkat ke kamar baginda."

 

Berdasarkan situasi bagi rangkai kata bergaris dalam ayat di atas, apakah yang akan dilakukan oleh Puteri Sofea selepas itu?

a)

bersantap

b)

beradu

c)

bersiram

d)

berkenan

9.

Pemuda itu merupakan jurutera yang berpengalaman ___________________ dalam bidang kejuruteraan elektrik.

a)

luas

b)

jauh

c)

tinggi

d)

kukuh

10.

Kapal peronda itu ______________ bot nelayan asing yang menceroboh kawasan perairan Malaysia.

a)

menunda

b)

membawa

c)

memandu

d)

menolak

11.

Swee Lian gagal menghantar e-mel kerana ________________ internet di kawasan itu kurang baik.

a)

tercapaikan

b)

mencapai

c)

capaian

d)

dicapai

12.

Jelas kelihatan ikan-ikan berenang di dalam sungai kerana airnya ________________ jenih.

a)

sangat

b)

nian

c)

tersungguh

d)

paling

13.

Aiman asyik memerhatikan cahaya _____________ yang berterbangan berhampiran khemahnya pada waktu malam.

a)

rama-rama

b)

kupu-kupu

c)

riang-riang

d)

kunang-kunang

14.

Petugas kaunter : Boleh saya bantu kamu?

        Pemuda : Jika _________________ ingin mengirimkan bungkusan ini,     

        _________________ bayaran yang dikenakan?

a)

saya......berapakah

b)

mereka.....apakah

c)

kami.....di manakah

d)

awak....bagaimanakah

15.

Pak Harun _______ bakul berisi sayur-sayuran untuk dijual di pasar tani.

a)

memikul

b)

mengandar

c)

mengangkat

d)

mendukung

16.

Puan Salwa _______ lidi untuk dijadikan penyapu.

 

a)

meraut

b)

menggengam

c)

menenun

d)

menyirat

17.

Kakak Aina ________ nasi di dapur.

 

a)

menjerang

b)

menanak

c)

menjulang

d)

menggoreng

18.

Pemain bola sepak itu _______ keluar padang kerana mengalami kecederaan.

a)

dijunjung

b)

disorong

c)

diusung

d)

dijulang

19.

Pak Muiz sedang _______ jalanya yang rosak.

a)

mengirai

b)

melukis

c)

menyirat

d)

memotong

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

Rumah yang baru dibeli oleh Amin terletak antara pejabat pos dan sekolah.

b)

Murid akan didenda jika sekiranya lambat memulangkan buku yang dipinjam.

c)

Berita terkini tentang keadaan wabak Covid-19 yang melanda negara   

    disiarkan dari semasa ke semasa.

d)

Farid sanggup berkorban demi untuk menyara adik-adiknya yang masih kecil.