NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 3 : TATABAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Pak Musa mengusahakan ladang .................... seluas 2 ekar.
ikan haruan
sawah padi
burung murai
kelapa sawit
Sarah ....................... televisyen sambil makan keropok di ruang tamu.
melihat
menjamu
menonton
melayan
Encik Gopi dan anaknya sedang menggali tanah menggunakan sebatang ...................... .
parang
sabit
cangkul
pisau
Pak Jabit ........................ sebatang pokok menggunakan sebilah kapak yang tajam.
menebang
mencantas
memangkas
memotong
Setiap pagi, abang saya ..................... motosikal ke tempat kerjanya di Shah Alam.
membawa
menunggang
mengayuh
memandu
Guru besar sedang berucap. ................. mengingatkan murid - murid agar mematuhi peraturan sekolah.
Mereka
Dia
Beliau
Kami
"........................ sungguh air kopi yang tidak bergula itu," kata ibu.
Kelat
Pahit
Masin
Manis
Emak membeli satu ...................... pisang rastali.
sisir
tandan
biji
buah
Ahli pengakap sekolah .................... dengan tertib semasa perhimpunan.
berdua
bersenam
bergaya
berbaris
Beberapa ................. daun gugur apabila ditiup angin.
helai
biji
kuntum
buah
"Hakimi, .........................kah kamu tidak datang ke sekolah semalam?" tanya Cikgu Azmi.
apa
di mana
mengapa
bila
........................, besar sungguh rumah orang kaya itu!
Oh
Wah
Cis
Aduh
Nurain ................... kaca sewaktu berlari di padang.
dipijak
terpijak
memijak
berpijak
Murid - murid Tahun 3 Kuning beratur di luar kelas. ...................... hendak pergi ke bilik Sains.
Kamu
Beta
Mereka
Kita
......................... menunggu ayahnya tiba, Umie menyiapkan kerja sekolahnya di kantin.
Sementara
Sambil
Serta
Selepas
"Tolong ................... buku - buku cikgu ke bilik guru," kata Cikgu Murni.
dibawa
bawalah
membawa
bawakan
"Kamu pergi ke ........................... semalam?" tanya Puan Haida kepada Azri.
bila
mana
apa
siapa
Penduduk Kampung Sri Jaya membersihkan dan ................................ sampah - sarap di kawasan kampung mereka.
dibakar
menbakar
terbakar
membakar
........................ Haikal dan isterinya Puan Amira mempunyai tiga orang cahaya mata.
Saudara
Encik
Puan
Cik
Aini mendapat tempat pertama dalam acara 100 meter. ...................... akan mewakili daerah Kuching.
Dia
Baginda
Beliau
Mereka
