wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 2 Ulangkaji Bab 9

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rajah berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan beraja yang diwarisi oleh negeri Melayu hingga hari ini.

Bagaimanakah Penghulu membantu dalam pentadbiran negeri?

a)

Penasihat raja

b)

Ketua agama Islam

c)

Wakil pentadbir jajahan

d)

Perantaraan antara rakyat dengan pemerintah

2.

Apakah tugas pembesar jajahan atau daerah dalam sistem pemerintahan beraja?

a)

Sebagai ketua agama Islam

b)

Menjadi lambang perpaduan rakyat

c)

Menjadi wakil pentadbir bagi pihak kerajaan

d)

Menjadi perantaraan antara rakyat dengan pemerintah

3.

Gambar berikut menunjukkan salah satu adat istiadat penganugerahan pingat darjah kebesaran.

Mengapakah istiadat tersebut diwarisi hingga kini?

a)

Lambang kuasa pemerintah

b)

Memeriahkan suasana sambutan

c)

Peruntukan dalam undang-undang negeri

d)

Lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat

4.

Mengapakah istiadat pertabalan diraja diadakan?

I Memaklumkan kepada rakyat

II Pengabsahan kedaulatan raja

III Hanya protokol sistem beraja

IV Lambang kemegahan raja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Manakah BUKAN merupakan kandungan yang terdapat dalam sistem perundangan negeri Melayu?

a)

Peranan raja atau sultan

b)

Hak rakyat dalam pentadbiran

c)

Sistem penggantian pemerintah

d)

Hak pembesar dalam pentadbiran

6.

Apakah persamaan dalam peruntukan tanggungjawab sultan atau raja?

a)

Memakmurkan negeri

b)

Mengutamakan hak rakyat

c)

Membentuk Jemaah Menteri

d)

Melarang menyerahkan negeri kepada kerajaan lain

7.

Apakah syarat pengganti Sultan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darulaman?

I Lelaki

II Perempuan

III Warganegara

IV Berketurunan raja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Bagaimanakah undang-undang memainkan peranan dalam pemerintahan sesebuah kerajaan?

a)

Menjamin keadilan

b)

Menjadi lambang perpaduan

c)

Mengelak ancaman pihak luar

d)

Mengekalkan kedudukan pembesar

9.

Apakah kepentingan karya-karya persuratan seperti Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Detik2 Sejarah Kelantan?

a)

Menjadi rujukan penting

b)

Mengukuhkan konsep daulat

c)

Melambangkan keagungan kerajaan

d)

Mengabsahkan salasilah keturunan pemerintah

10.

Apakah perkara yang dibincangkan dalam karya Detik2 Sejarah Kelantan?

a)

Keagungan kerajaan

b)

Pengukuhan konsep daulat

c)

Sejarah pengasasan dan peristiwa penting

d)

Kebangkitan rakyat menentang kuasa penjajah

11.

Antara karya berikut, yang manakah menyelitkan kisah alat kebesaran diraja?

a)

Hikayat Seri Kelantan

b)

Detik2 Sejarah Kelantan

c)

Hikayat Merong Mahawangsa

d)

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah

12.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri keistimewaan warisan seni tersebut?

I Hanya terdapat di negeri Melayu

II Bersesuaian dengan amalan Islam

III Sebagai hiasan istana, rumah dan masjid

IV Dapat dibanggakan oleh masyarkat setempat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Antara berikut, warisan Melayu manakah yang dipertandingkan pada peringkat antarabangsa?

a)

Warisan seni silat

b)

Warisan seni bina

c)

Warisan seni kraf tangan

d)

Warisan seni persembahan

14.

Manakah merupakan keunikan yang terdapat dalam Adat Perpatih?

I Jurai keturunan sebelah ibu

II Wanita pewaris harta pusaka

III Perkahwinan dibolehkan sesama suku

IV Melaksanakan hukuman berat kepada pesalah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Apakah tanggungjawab Orang Semenda?

a)

Menjadi ketua suku

b)

Menguruskan harta isteri

c)

Mewarisi harta pusaka isteri

d)

Mengerjakan tanah pusaka isteri

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan upacara kedim?

a)

Pembuangan ahli dari suku

b)

Penerimaan kemasukan negeri luar

c)

Penggabungan suku dengan suku lain

d)

Penerimaan orang dari luar suku ke dalam suku

17.

Apakah asas penting dalam perlantikan pemimpin dalam sistem Adat Perpatih?

a)

Taat setia

b)

Amalan muafakat

c)

Prinsip autokratik

d)

Pelantikan pemerintah

18.

Dalam hierarki pemerintahan Adat Perpatih, Lembaga berada dalam peringkat ke berapa?

a)

Kedua

b)

Ketiga

c)

Keempat

d)

Kelima

19.

Apakah peranan Ibu Soko dalam pelaksanaan Adat Perpatih?

a)

Memilih Undang

b)

Menghafal adat dan asal-usul

c)

Menjadi ketua rujukan berkaitan adat

d)

Memilih orang yang layak menjadi Yamtuan Besar

20.

Apakah perbezaan amalan dalam Adat Temenggung berbanding Adat Perpatih?

a)

Jurai keturunan sebelah bapa

b)

Wanita mewarisi harta pusaka

c)

Hukuman bersifat pemulihan

d)

Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan