Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 6 ( ulangkaji) Microorganisma

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud mikroorganisma?

a)

hidupan yang dapat dilihat dengan mata kasar

b)

hidupan yang besar yang sukar dilihat

c)

hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

d)

hidupan berseni yang mudah dilihat

2.

Yang manakah antara berikut BUKAN mikroorganisma?

a)

Bakteria

b)

Fungi

c)

Berudu

d)

Protozoa

3.

Mikroorganisma dapat dilihat melalui...........

a)
b)
c)
d)
4.
Antara yang berikut, yang manakah senarai kumpulan mikroorganisma yang betul?
a)
Bakteria, virus, protozoa, kulat dan alga
b)
Bakteria, virus, proton, fungi dan alga
c)
Bakteria, berus, protozoa, kulat dan alga
d)
Bakteria, virus, protozoa, fungi dan agar-agar
5.
1. Antara berikut, yang manakah ialah Protozoa ?
a)
Paramesium
b)
Yis
c)
Kulat
d)
Plakton
6.

Antara berikut, yang manakah Tidak Benar tentang ciri mikroorganisma?

a)

Boleh bernafas

b)

Boleh bertumbuh

c)

Boleh bergerak

d)

Boleh membawa bahaya kepada semua orang

7.
Sekeping kek yang telah dibiarkan diletakkan di atas meja selama seminggu didapati berkulat. Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat?
a)
Panas dan kering
b)
Panas dan lembap
c)
Sejuk dan kering
d)
Sejuk dan lembap
8.

Apakah jenis mikroorganisma yang ditunjukkan di atas?

a)

Virus

b)

Kulat

c)

Bakteria

d)

Protozoa

9.

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang mikroorganisma itu?

a)

Mikroorgansma itu adalah yis

b)

Mikroorganisma itu adalah benda hidup

c)

Mikroorganisma itu membiak dan bernafas

d)

Mikroorganisma itu adalah sangat berbahaya

10.
Salmonella, Streptococus dan Escherichia coli merupakan jenis-jenis _____________.
a)
Fungi
b)
Bakteria
c)
Alga
d)
Protozoa
11.
Antara berikut, yang manakah bukan kesan buruk mikroorganisma?
a)
Keracunan makanan
b)
Pereputan gigi
c)
Penyakit berjangkit
d)
Pencemaran udara
12.
Cirit-birit, muntah-muntah dan pening kepala ialah tanda-tanda ________________ makanan.
a)
kekenyangan
b)
keracunan
c)
kemanisan
d)
pereputan
13.
Tempe, roti dan tapai adalah contoh makanan yang diperbuat menggunakan _____________.
a)
Yis
b)
Bakteria
c)
Protozoa
d)
Tepung
14.

Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?

a)

selsema

b)

cacar air

c)

kerosakan gigi

d)

Rubella

15.

Apakah kepentingan suntikan vaksin?

a)

Untuk mempercepatkan penyembuhan sesuatu penyakit.

b)

Untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

c)

Untuk mengelakkan badan manusia mengalami alahan.

d)

Untuk meningkatkan pertumbuhan mikroorganisma dalam badan manusia.

16.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan diri daripada mengalami keracunan makanan?

a)

Balut luka jika ada.

b)

Tutup mulut kita apabila batuk.

c)

Kuarantinkan pesakit yang mengalami keracunan makanan.

d)

Basuh tangan sebelum makan.

17.

Seramai 900 orang penduduk Malaysia telah dijangkiti Covid 19. Mereka dikuarantin di dalam sesebuah hospital khas untuk

a)

membolehkannya berehat.

b)

memberikannya penjagaan rapi.

c)

membolehkannya sembuh dengan cepat.

d)

mengelakkannya daripada merebakkan penyakit itu kepada orang lain.

18.

Bagaimanakah penyediaan makanan yang kotor boleh menyebabkan manusia mendapat penyakit berjangkit seperti taun?

a)

Bakteria seperti Salmonella membiak dengan cepat apabila makanan tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak.

b)

Yis bernafas dan menghasilkan gas karbon dioksida yang berbahaya kepada makanan.

c)

Virus yang ada di udara menghasilkan vaksin yang menyedapkan rasa makanan itu.

d)

Bakteria menghasilkan bau yang merosakkan nutrien pada makanan.

19.

Konjunktivitis ialah penyakit mata merah (Red Eyes) yang selalu menjangkiti seseorang akibat tindakan bakteria. Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang sekiranya dia dijangkiti dengan konjunktivitis?

a)

Makan ubat batuk dan Paracetamol (Panadol) dan penitik mata

b)

Rehat, kuarantin diri di rumah dan makan ubat penitik mata

c)

Cuci mata dengan air suling dan gunakan penitik mata

d)

Pakai kaca mata hitam dan makan ubat penitik mata

20.

Apakah langkah yang terbaik untuk mengelakkan penyebaran mikroorganisma?

a)

Lap hingus dengan tapak tangan

b)

Cuci tangan dengan air paip dan sabun

c)

Korek hidung kemudian jilat

d)

Lap tangan dengan kain basah