Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KOMUNITI SIHAT DAN SELAMAT

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan komuniti?

a)

Kumpulan yang duduk dalam satu rumah.

b)

Kumpulan masyarakat yang meniti di sebuah sungai.

c)

Kumpulan masyarakat yang tinggal di sesebuah kampung/ daerah/ negara.

2.

Setiap komuniti akan memberikan pengaruh yang positif dan negatif.

a)

Betul

b)

Salah

3.

Apakah pengaruh yang memberi kesan positif ?

a)

Tidak melaporkan perbuatan yang salah kerana dia adalah kawan baik.

b)

Memberi kerjasama dalam program-program kemasyrakatan.

c)

Mengambil tahu hal penduduk, kejiranan dan masyarakat setempat.

d)

Menuding jari terhadap orang lain.

4.

Pengaruh negatif dari komuniti yang tidak sihat ialah:

a)

Mementingkan diri sendiri

b)

Mengajak rakan melakukan aktiviti tidak berfaedah

c)

Menegur sapa remaja yang melakukan kesalahan

d)

Mengganggu keselamatan dan ketenteraman orang lain

5.

Rasyid mengajak kamu untuk membuli murid tahun 1 di belakang tandas.

a)

Pengaruh positif

b)

Pengaruh negatif

6.

Razali mempelawa kamu untuk menziarahi guru kelasnya yang berada di hospital.

a)

Pengaruh positif

b)

Pengaruh negatif

7.

Menolak ajakan rakan dengan cara berhemah dan meninggalkan tempat tersebut adalah cara mengelak pengaruh positif.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Mengapa remaja-remaja lebih cenderung melibatkan diri dalam gejala negatif ?

a)

Lebih mudah diterima oleh kawan

b)

Sikap suka menonjol dan mencuba sesuatu yang baru

c)

Mendapatkan pujian dan perhatian

d)

Mencari kebaikan

9.

Berikut ialah aktiviti-aktiviti yang tidak memberi faedah kepada remaja kecuali ______________ .

a)

melayari laman web tidak berfaedah

b)

mengunjungi pusat hiburan

c)

melawat rumah kebajikan

d)

mencari mangsa untuk dibuli

10.

Apakah nilai masyarakat yang perlu ada dalam diri remaja ?

a)

Sikap pemalas

b)

Semangat kejiranan

c)

Sikap prejudis

d)

sikap provokasi

11.

Apakah sebab 'budaya merempit' mesti dijauhi ?

a)

Membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain

b)

Membuang masa

c)

Aktiviti sukan yang sihat

d)

Mendapat hadiah

12.

Apakah tindakan kamu jika ternampak rakan yang melakukan perkara seperti di dalam gambar ?

a)

Turut serta menconteng dinding

b)

Memberitahu guru

c)

Meminjamkan pen

d)

Mengunci pintu tandas

13.

Keluarga yang bahagia terdiri daripada

a)

Anak yang tidak mendengar kata ibu dan ayahnya

b)

Ibu dan bapa yang sibuk bekerja sahaja

c)

Ibu bapa dan anak yang saling hormat menghormati

d)

Anak yang suka menimbulkan masalah disiplin

14.

Yang manakah antara berikut BUKAN maksud 'komuniti'?

a)

Kumpulan masyarakat yang tinggal di sesebuah daerah

b)

Kumpulan masyarakat yang bekerja di tempat yang sama

c)

Kumpulan masyarakat yang tinggal di negara berbeza

d)

Kumpulan masyarakat dalam satu negeri

15.

Manakah antara berikut ialah cara mewujudkan komuniti yang selamat?

a)

Mewujudkan kumpulan rukun tetangga

b)

Bekerjasama dengan penjenayah

c)

Bekerjasama dengan polis

d)

Tidak melaporkan kes kecurian di kawasan tempat tinggal

16.

Pilih situasi yang memberi pengaruh negatif.

a)

Memeras ugut wang saku rakan

b)

Meludah kawasan tempat tinggal

c)

Menolong ibu memasak

17.

Puan Sarah mempunyai jiran yang suka menyebarkan fitnah dan menyampaikan gosip. Apakah yang perlu dilakukan oleh Puan Arissa apabila jirannya itu ingin bergosip dengannya?

a)

Layan dengan penuh minat

b)

Pura-pura tidak mendengarnya

c)

Memarahi jirannya itu

d)

Menasihati agar dia berubah

18.

Mengapakah kita tidak patut menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang kita miliki?

a)

Membuat orang lain rasa gembira

b)

Akan menimbulkan rasa iri hati rakan dan jiran

c)

Akan membuat orang yang kurang bernasib baik merasa sedih

19.

Apakah peranan anda dalam melindungi komuniti daripada bahaya Covid-19?

a)

Keluar rumah ketika sakit

b)

Memakai penutup hidung dan mulut

c)

Menutup mulut ketika bersin dan batuk

d)

Bersalaman dan memeluk jiran

e)

Mengajak ibu dan ayah pulang ke kampung

20.

Pilih aktiviti positif yang boleh anda lakukan di rumah ketika PKP?

a)

Bermain permainan komputer

b)

Membaca

c)

Membantu ibu dan ayah

d)

Tidur secara berlebihan

e)

Mengikuti kelas online