wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

P. Moral Unit 10 Amalan Jujur

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan jujur?

a)

Segala percakapan atau perbuatan yang tulus dan ikhlas.

b)

Segala percakapan atau perbuatan yang menunjukkan keberanian.

c)

Segala percakapan atau perbuatan yang memberi harapan palsu.

d)

Segala percakapan atau perbuatan untuk mendapatkan ganjaran.

2.

Zarif terjumpa wang bernilai RM20 di kantin sekolahnya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Zarif?

a)

memberikan wang tersebut kepada guru

b)

mengambil wang tersebut

c)

belanja rakannya menggunakan wang tersebut

d)

membiarkan wang tersebut di situ

3.

Apakah kepentingan bersikap jujur terhadap rakan?

a)

disisihkan oleh rakan-rakan

b)

disenangi oleh rakan-rakan

c)

sentiasa dibuli oleh rakan

d)

diri akan menjadi lemah

4.

Hafiz dianugerahkan sebagai tokoh murid kerana beliau bersikap _______________.

a)

panas baran

b)

jujur kepada guru

c)

suka melawan

d)

selalu membuli

5.

Zaki melihat Leong sedang mengangkat meja yang berat ke dalam kelas. Apakah yang perlu Zaki lakukan?

a)

Zaki meminta upah kepada Leong sebelum menolongnya

b)

Zaki membantu Leong dengan ikhlas

c)

Zaki membiarkan dan tidak menolong Leong

d)

Zaki memarahi Leong

6.

Berikut merupakan perlakuan bersikap jujur kepada guru, kecuali

a)

tidak menipu

b)

mengakui kesalahan apabila ditegur oleh guru

c)

menyiapkan kerja sekolah dengan meniru buku rakan lain

d)

membantu guru dengan ikhlas

7.

Nyatakan perasaan anda apabila bersikap jujur.

a)

takut

b)

gembira

c)

sedih

d)

risau

8.

Kesan memberitahu rahsia kawan kepada orang lain ialah

a)

dipuji oleh ibu

b)

akan dipercayai

c)

menimbulkan pergaduhan

d)

tidak akan dibenci

9.

Pei Ling mendapat _______________ kerana memulangkan buku yang dijumpanya di pondok menunggu.

a)

duit

b)

buku

c)

pujian

d)

tepukan

10.

Mei Mun meniru semasa peperiksaan. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Mei Mun?

a)

tidak adil

b)

tidak jujur

c)

berani

d)

bersikap rajin

11.
Gajeendra terpecahkan pasu bunga kesayangan ibunya. Apakah yang patut dia lakukan?
. .  
a)
A. Mendiamkan diri
b)
B. Cepat-cepat bersembunyi
c)
C. Memberitahu ibunya perkara sebenar dan meminta maaf.
d)
D. Buang serpihan pasu bunga tersebut
12.

Wan menyerahkan dompet yang dijumpainya di sekolah kepada guru disiplin. Dia mengamalkan sikap ___________ .

a)

kerajinan

b)

berterima kasih

c)

belas kasihan

d)

jujur

13.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap ikhlas ?

a)

Saroja menderma sebahagian wang tabungnya kepada mangsa banjir tanpa mengharapkan balasan.

b)

Saroja menderma kerana rakan-rakannya menderma

c)

Saroja memberitahu rakan-rakannya bahawa dia merupakan penderma terbanyak

d)

Saroja tidak menderma langsung

14.

Jika kita suka berbohong, rakan-rakan tidak akan mempercayai kata-kata kita lagi

a)

Betul

b)

Salah

15.

Apakah perasaan kamu apabila kamu bertindak seperti dalam gambar di atas?

a)

Rasa bersalah

b)

Seronok

16.

Berikut merupakan perlakuan bersikap jujur kepada guru, kecuali

a)

menyiapkan kerja sekolah dengan meniru buku rakan lain

b)

mengakui kesalahan apabila ditegur oleh guru

c)

meminta maaf setelah terpatahkan raket badminton secara tidak sengaja.

17.

Nyatakan situasi berikut:

Vishal berpura-pura sakit kepala kerana tidak mahu membantu gurunya menyusun kerusi.

a)

Betul

b)

Salah

c)

Tidak pasti

18.

Jika kita suka berbohong, rakan-rakan tidak akan mempercayai kata-kata kita lagi

a)

Betul

b)

Salah

c)

Tidak pasti

19.

Kita akan dihormati keluarga jika tidak amanah.

a)
b)
20.

Sikap jujur memberikan imej yang baik kepada keluarga.

a)
b)