wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Elektrik dan kemagnetan Sains kssm Ting 3

Total questions: 50

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga yang terhad dan akan habis pada masa akan datang?

a)

Tenaga hidro

b)

Tenaga nuklear

c)

Tenaga biojisim

d)

Tenaga geoterma

2.

Apakah sumber tenaga yang digunakan dalam penjana terma?

a)

Solar

b)

Arang

c)

Biojisim

d)

Bahan api nuklear

3.

Apakah kegunaan transformer?

a)

Menukar arus terus kepada arus ulang-alik.

b)

Menukar voltan arus ulang-alik

c)

Menukar jumlah arus yang mengalir dalam litar

d)

Menukar rintangan suatu perkakas

4.
Antara sumber tenaga elektrik berikut, yang manakah digunakan di dalam lampu suluh?
a)
dinamo
b)
akumulutor
c)
sel suria
d)
sel kering
5.
antara berikut,yang manakah menggunakan bateri sebagai tenaga elektrik?
a)
basikal
b)
kereta
c)
komputer riba
d)
pemanas air
6.
Malayisa menerima hujan sepanjang tahun. Hal ini menjadikan Malaysia sesuai menggunakan air sebagai sumber tenaga elektrik.
Berdasarkan maklumat di atas, apakah sumber tenaga itu?
a)
Jana kuasa arang batu
b)
Jana kuasa gas asli
c)
Jana kuasa hidroelektrik
d)
Jana kuasa tenaga nuklear
7.
Arus elektrik yang lebih kuat akan terhasil pada dinamo apabila
a)
harga yang lebih mahal
b)
Magnet yang lebih kuat digunakan
c)
putaran yang lebih perlahan
d)
bilangan lilitan gelung wayar sedikit
8.
_________ ialah sejenis alatan yang mempunyai rotor yang boleh diputar oleh aliran air, angin atau stim untuk menghasilkan elektrik
a)
motor
b)
dinamo
c)
turbin
d)
kereta
9.

Rajah menunjukkan simbol bagi sebuah transformer.


Fungsi transformer ini adalah untuk meningkatkan

a)

tenaga output

b)

kuasa output

c)

beza keupayaan output

d)

arus output

10.

Rajah yang manakah menunjukkan transformer injak turun?

a)
b)
c)
11.

Rajah yang manakah menunjukkan transformer injak naik?

a)
b)
c)
12.

Transformer injak turun manakah yang berfungsi?

a)
b)
c)
d)
13.

Penjanaan tenaga elektrik menggunakan pelbagai

sumber tenaga. Sumber tenaga yang berbeza ini boleh

dikelaskan kepada dua kumpulan yang utama iaitu

a)

sumber tenaga boleh baharu

b)

sumber tenaga dalaman

c)

sumber tenaga tidak boleh baharu

d)

sumber tenaga elektrik

14.

Berikut ialah contoh sumber tenaga boleh baharu kecuali

a)

tenaga solar

b)

tenaga angin

c)

tenaga nuklear

d)

tenaga biojisim

15.

Sumber tenaga tidak boleh baharu ialah

a)

Sumber tenaga yang boleh digantikan secara berterusan

b)

Sumber tenaga yang tidak akan habis.

c)

Sumber tenaga yang tidak boleh diganti dan akan habis digunakan.

d)

Sumber tenaga yang boleh didapati dengan mudah dan murah

16.

Kenalpasti contoh-contoh bagi sumber tenaga boleh baharu

a)
b)
c)
d)
17.

Rajah di atas menunjukkan stesen janakuasa hidroelektrik Bakun di Sarawak. Sumber tenaga bagi stesen janakuasa ini ialah (a)  

18.

Rajah di atas menunjukkan satu stesen janakuasa elektrik di Malaysia. Sumber tenaga untuk stesen janakuasa ini ialah

a)

air

b)

nuklear

c)

gas asli

d)

biojisim

19.

Rajahh di atas menunjukkan sebuah generator. Fungsi utama generator ialah

a)

menghasilkan tenaga elektrik

b)

menjana tenaga elektrik

c)

meningkatkan tenaga elektrik

d)

mengurangkan tenaga elektrik

20.

Pilih pernyataan yang betul tentang generator.

a)

apabila engkol diputarkan, arus aruhan akan terjana.

b)

apabila engkol diputarkan, LED tidak akan menyala

c)

generator mengaplikasikan penggunaan medan magnet dalam menjana tenaga elektrik

d)

arus elektrik yang terhasil adalah berasal daripada wayar merah

21.

Tenaga biojisim ialah tenaga boleh baharu

a)

betul

b)

salah

22.

Arang batu merupakan tenaga boleh baharu

a)

betul

b)

salah

23.

Tenaga solar ialah tenaga boleh baharu

a)

betul

b)

salah

24.

Bahan api fosil ialah tenaga tidak boleh baharu

a)

Betul

b)

salah

25.

Biojisim menghasilkan ________ yang mendidihkan air menghasilkan stim untuk memutarkan turbin

a)

hidrogen

b)

karbon dioksida

c)

metana

d)

pentana

26.

tenaga kinetik ---> tenaga elektrik.


Perubahan tenaga di atas sesuai untuk stesen jana kuasa ______.

a)

hidroelektrik

b)

tenaga angin

c)

tenaga nuklear

d)

tenaga ombak

27.

Tandakan 4 sumber tenaga boleh baharu.

a)

tenaga hidro

b)

petroleum

c)

tenaga solar

d)

tenaga biojisim

e)

tenaga geoterma

28.

Tandakan 4 sumber tenaga tidak boleh baharu.

a)

arang batu

b)

gas asli

c)

biojisim

d)

petroleum

e)

diesel

29.

Air dari empangan memutarkan turbin. putaran turbin menggerakkan penjana untuk menjana tenaga elektrik.


perubahan tenaga yang manakah sesuai untuk penyataan di atas.

a)

tenaga kinetik --> tenaga elektrik

b)

Tenaga keupayaan ---> tenaga kinetik---> tenaga elektrik

c)

tenaga kimia --> tenaga haba--> tenaga kinetik ---> tenaga elektrik

d)

tenaga kinetik ---> tenaga keupayaan ---> tenaga elektrik

30.

Apakah nama stesen jana kuasa di atas?

a)

stesen jana kuasa hidroelektrik

b)

stesen jana kuasa biojisim

c)

stesen jana kuasa terma

d)

stesen jana kuasa tenaga nuklear

31.

Arus teraruh terhasil apabila gegelung dawai memotong ______________.

a)

magnet bar

b)

galvanometer

c)

garis medan magnet

d)

garis medan elektrik

32.

Apakah yang akan berlaku kepada jarum galvanometer apabila magnet bar digerakkan ke dalam gegelung dawai?

a)

jarum galvanometer akan terpesong

b)

jarum galvanometer tidak terpesong

c)

jarum galvanometer bergerak sangat laju

d)

jarum galvanometer bergerak ke kiri sahaja

33.

arus terus ialah arus yang mengalir dalam _____________

a)

satu arah

b)

dua arah

c)

ulang alik

d)

berubah-ubah

34.

arus ulang-alik ialah arus yang arah alirannya _________ secara berterusan

a)

satu arah

b)

dua arah

c)

berubah-ubah

35.

Yang manakah antara berikut adalah aplikasi prinsip penghasilan arus teraruh dalam kehidupan harian? Tandakan 2 jawapan betul.

a)

motor elektrik

b)

dinamo basikal

c)

stesen jana kuasa

36.

Antara berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga yang terhad dan akan habis pada masa akan datang?

a)

Tenaga hidro

b)

Tenaga nuklear

c)

Tenaga biojisim

d)

Tenaga geoterma

37.

Apakah sumber tenaga yang digunakan dalam penjana terma?

a)

Solar

b)

Arang

c)

Biojisim

d)

Bahan api nuklear

38.

Sebuah transformer mempunyai 12V voltan input dan 3 A arus. Arus output bagi transformer ini ialah 0.75 A. Jika transformer ini mempunyai 120 lilitan pada gegelung sekunder, berapakah bilangan lilitan gegelung primer?

a)

60

b)

240

c)

300

d)

480

39.

Jen menggunakan pemanas air yang mempunyai kadar kuasa 2kW sebanyak dua kali dalam sehari. Masa untuk setiap kali dia menggunakan pemanas air tersebut ialah 8 minit. Hitung tenaga elektrik yang digunakan dalam kWh?

a)

16.0 kWh

b)

0.53 kWh

c)

0.67 kWh

d)

0.27 kWh

40.

Pilih jawapan yang betul tentang palam 3- pin

a)

mempunyai tiga dawai, iaitu hidup, neutral dan Bumi

b)

mempunyai dua dawai, iaitu hidup dan neutral

c)

digunakan untuk peralatan elektrik yang berkuasa kecil

d)

digunakan pada kebanyakan peralatan elektrik di rumah

41.

Jenny membuka lampu selama 8 jam dalam masa sehari,berapakaj penggunaan tenaga elektrik dalam sebulan dengan kadar bagi seunit elektrik terendah adalah RM0.218?

a)

RM 2.09

b)

RM 20.90

c)

RM 0.209

d)

RM 200.09

42.

Apakah kegunaan transformer?

a)

Menukar arus terus kepada arus ulang-alik.

b)

Menukar voltan arus ulang-alik

c)

Menukar jumlah arus yang mengalir dalam litar

d)

Menukar rintangan suatu perkakas

43.

Menurut Rangkaian Grid Nasional, apakah fungsi transformer terakhir?

a)

Membantu meningkatkan voltan

b)

Membantu mengurangkan voltan

c)

Membantu menukar voltan kepada arus

d)

Membantu menukar arus terus kepada arus ulang-alik

44.

Sebuah pemanas air dilabelkan 1800 W, 240V.

Hitung nilai arus yang mengalir dalam pemanas air itu.

a)

8A

b)

7.5A

c)

10A

d)

12A

45.

Sebuah pemanas air dilabelkan 1800W, 240V.

Apakah kuantiti tenaga elektrik yang digunakan jika pemanas air itu digunakan selama 5 minit?

a)

340J

b)

540J

c)

340kJ

d)

540kJ

46.

Apakah jenis transformer ini?

What is a type of this transformer?

a)

Transformer injak naik

Step up transformer

b)

Transformer injak turun

Step down transformer

c)

Transformer injak naik turun

Step up down transformer

47.

Apakah ciri-ciri transformer injak turun?

What is a characteristic of step down transformer?

a)

Bilangan lilitan gegelung primer lebih banyak daripada bilangan lilitan gegelung sekunder

Number of turns in primary coil is more than number of turns in secondary coil.

b)

Bilangan lilitan gegelung sekunder lebih banyak daripada bilangan lilitan gegelung primer

Number of turns in secondary coil is more than number of turns in primary coil.

c)

Voltan input kurang daripada voltan output.

Input voltage is less than output voltage

48.

Transformer terdiri daripada :

Transformer consists of :

a)

Teras besi lembut berlamina sahaja

Laminated iron core only

b)

Teras besi lembut berlamina dan gegelung primer sahaja

Laminated iron core and primary coil only

c)

Teras besi lembut berlamina, gegelung primer dan gegelung sekunder

Laminated iron core and primary coil, primary coil and secondary coil

d)

Teras besi lembut berlamina, gegelung primer, gegelung sekunder dan magnet

Laminated iron core and primary coil, primary coil, secondary coil and magnet

49.

Rajah di bawah menunjukkan satu transformer yang disambung kepada bekalan kuasa 5 volt. Ramalkan nilai output bagi transformer tersebut.

The diagram below shows a transformer a connected to a 5 volt power supply. Predict the value of the output voltage of the transformer.

a)

5 V

b)

7 V

c)

Kurang daripada 5 V

Less than 5 V

d)

Lebih daripada 5V

More than 5 V

50.

Antara berikut, yang manakah benar tentang arus terus?

Which of the following is true about the direct current?

a)

Dijanakan di stesen janakuasa

Generated in power station

b)

Mengalir dalam dua arah

Flows in two directions

c)

Voltannya boleh diturun dan dinaikkan

Its voltage can be increased and decreased

d)

Dihasilkan oleh sel suria

Produced by a solar cell