wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INSTITUSI YANG MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN BAHASA KEBANGSAAN & CABARAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kita mesti yakin dan _____ menggunakan bahasa kebangsaan dalaam pertuturan dan penulisan.

a)

gembira

b)

sedih

c)

takut

d)

bangga

2.

Bahasa kebangsaan mula digunakan di ____ pada tahun 1990.

a)

rumah

b)

mahkamah

c)

pejabat

d)

bilik darjah

3.

Laporan apakah yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan?

a)

Laporan Razak 1956

b)

Laporan Rahman Talib

c)

Laporan Kabinet

d)

Laporan Fenn-Wu

4.

Bahasa Melayu terbukti mampu menjadi ____ dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.

a)

bahasa pasar

b)

bahasa ilmu

c)

bahasa harian

d)

bahasa negara

5.

____ ditubuhkan untuk mengembangkan bahasa Melayu.

a)

Masjid Negara

b)

Muzium Negara

c)

Perpustakaan Negara

d)

Dewan Bahasa dan Pustaka

6.

Bulan Bahasa Kebangsaan disambut pada bulan ____ setiap tahun.

a)

Ogos

b)

September

c)

Oktober

d)

November

7.

Nyatakan nilai-nilai yang boleh anda pelajari daripada lagu "Bahasa Jiwa Bangsa".

a)

Perpaduan

b)

Kesetiaan

c)

Keangkuhan

d)

Kebanggaan

8.

Pada pendapat anda, mengapakah seseorang rakyat Malaysia perlu berbangga menggunakan bahasa Melayu?

a)

Bahasa Melayu menjadi lambang negara Malaysia.

b)

Bahasa Melayu sukar untuk difahami.

c)

Bahasa Melayu sangat puitis dan indah.

d)

Hanya sedikit buku ilmiah dalam bahasa Melayu.

9.

Apakah institusi yang telah ditubuhkan untuk menunjukkan bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu pada tahun 1970?

a)

Universiti Malaya

b)

Universiti Kebangsaan Malaysia

c)

Universiti Malaysia Terengganu

d)

Universiti Putra Malaysia

10.

Mengapakah penggunaan bahasa kebangsaan dianggap penting di negara kita?

a)

Mendaulatkan institusi raja

b)

Menghalang penyebaran pengaruh luar

c)

Memupuk semangat patriotik

d)

Meningkatkan jati diri

11.

Apakah bahasa kebangsaan negara kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Istana

d)

Mandarin

12.

Nyatakan dua usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

a)

Penyata Razak 1956 menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.

b)

Pada tahun 1970, Universiti Malaya telah ditubuhkan.

c)

Pada tahun 1990, bahasa kebangsaan mula digunakan di pasar.

d)

Pada tahun 2012, kerajaan memperkenalkan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

13.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah cadangan anda untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

a)

Menggunakan bahasa Melayu yang baku semasa bertutur

b)

Menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan

c)

Melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan bahasa

d)

Bertutur menggunakan kata-kata yang kesat

14.

Apakah dua peranan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan pada tahun 1956?

a)

Menghasilkan pelbagai istilah

b)

Menterjemah karya asing

c)

Memupuk perpaduan

d)

Menerbitkan buku

15.

Bahasa Melayu menjadi ___________ kerana mudah difahami.

a)

bahasa sastera

b)

bahasa negeri malaysia

c)

bahasa kebangsaan