wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MENGAMBIL UKURAN BADAN

Total questions: 12

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan penyataan dibawah, nyatakan bahagian ukuran badan yang diambil.

'' Ukur dari tulang tengkuk ke paras pinggang yang diikat ''

(a)  

2.

Antara berikut, yang manakah langkah kerja mengambil ukuran badan mengikut susunan?

I.  Mengambil ukuran dada.

II.  Mengambill ukuran bahu.

III.  Mengambil ukuran labuh baju.

IV.  Mengambil ukuran labuh lengan.

a)

I, III, II dan IV

b)

II, I, IV dan III

c)

III, II, I dan IV

d)

IV, III, I dan II

3.

Apakah bahan yang dililit pada garis pinggang pelanggan sebelum mengambil ukuran badan?

a)

Pita jalur serong tepat

b)

Pita kelarai

c)

Pita ukur

d)

Reben

4.

Apakah pemilihan yang perlu dibuat bagi borang senarai ukuran badan?

a)

Pilih borang yang berkualiti.

b)

Pilih borang yang telah lengkap di isi ukuran badan.

c)

Pilih borang yang mempunyai catatan bahagian badan yang lengkap.

d)

Pilih borang yang mempunyai ruang untuk mencatat  ukuran badan 

5.

Apakah kaedah yang boleh digunakan bagi mengukur labuh duduk selain menggunakan pita ukur?

a)

Pita kelarai

b)

Pembaris sesiku

c)

Lengkuk perancis

d)

Pembaris melengkung

6.

Pilih ukuran melintang yang diambil untuk menghasilkan sarung baju kurung.

a)

Ukuran dada

b)

Ukuran pinggang

c)

Ukuran pinggul

d)

Ukuran labuh sarung

7.

Pilih keterangan langkah mengambil ukuran bidang belakang yang betul.

a)

Ukur dari pangkal ketiak kanan ke pangkal ketiak kiri (lebih kurang 7 cm ke bawah tulang tengkuk)

b)

Ukur dari pangkal ketiak kanan ke pangkal ketiak kiri (lebih kurang 12 cm ke bawah tulang tengkuk)

c)

Ukur dari pangkal ketiak kanan ke pangkal ketiak kiri (lebih kurang 15 cm ke bawah tulang tengkuk)

8.

Pilih kenyataan yang bukan langkah mengambil ukuran pinggang.

a)

Lilit pinggang dengan pita kelarai.

b)

Masukkan dua jari untuk kelonggaran.

c)

Tidak perlu masukan jari / tiada kelonggaran.

d)

Ukur keliling pinggang dengan melalukan pita ukur di bahagian paling ramping.

9.

Apakah nama bahagian badan yang di ukur di atas?

a)

Labuh duduk

b)

Ukuran pinggul

c)

Ukuran kelangkang

d)

Ukuran labuh sarung

10.

Pilih peraturan mengambil ukuran badan yang betul.

a)

Pakai pakaian dasar yang sesuai.

b)

Minta bantuan pelanggan mencatat ukuran badan.

c)

Berdiri tegak tanpa memakai kasut.

d)

Ikat bahagian pinggang dengan pita jalur serong tepat.

11.

Pilih etika kerja yang baik.

a)

Menggunakan bahasa yang kesat.

b)

Merahsiakan maklumat pelanggan.

c)

Memberi layanan yang baik kepada pelanggan.

d)

Tidak menerima teguran yang munasabah daripada pelanggan.

12.

Pilih alat mengukur yang digunakan semasa mengambil ukuran badan.

a)

Pembaris sesiku

b)

Pita kelarai

c)

Borang senarai ukuran badan 

d)

Pensel