NEW
Font size
WorksheetsSeramik T2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah prinsip asas seni seramik?
Motif dan corak
Corak dan jenis
Motif dan bentuk
Bentuk dan jenis
Penggunaan unsur warna dan prinsip kontra digunakan untuk ....
Menyerlahkan motif pada bentuk seni seramik
Menjadikan bentuk produk seni seramik lebih stabil
Dijadikan sebagai titik fokus
Mencantikkan hasil seni seramik
Seni seramik dihasilkan daripada apa?
Tanah
Plaster
Batu
Tanah liat
Seni seramik terbahagi kepada 2 jenis iaitu tradisional dan kontemporari. Seni seramik tradisional turut dikenali sebagai ....
Tradisi
Tembikar
Labu sayong
Pasu
Apakah bahan penting dalam pembuatan seni seramik tradisional?
Tanah liat sahaja
Gabungan tanah liat dan air
Gabungan logam perak, rotan, tali dan kayu
Gabungan tanah liat, air dan logam perak
Apakah bahan penting dalam pembuatan seni seramik kontemporari?
Tanah liat sahaja
Gabungan tanah liat dan air
Gabungan logam perak, rotan, tali dan kayu.
Gabungan tanah liat, air dan logam perak
Seni seramik tradisional ini dikenali sebagai labu sayong, berasal dari negeri ....
Kelantan
Pahang
Sarawak
Perak
Teknik seni seramik terbahagi kepada dua, iaitu ....
Binaan tangan dan binaan acuan
Binaan tangan dan binaan mesin
Binaan mesin dan binaan acuan
Selain fungsi seni seramik sebagai aksesori dan hiasan, seni seramik turut dijadikan sebagai ...
Hantaran perkahwinan
Upacara kebudayaan dan keagamaan
Pasu tumbuhan
Peralatan memasak
Apakah fungsi prinsip imbangan pada produk seni seramik ?
Lebih stabil.
Lebih berirama.
Menimbulkan kesatuan.
Menghasilkan penegasan.
Apakah langkah awal sebelum memulakan proses pembuatan seni seramik ?
Menyapu gerlis.
Membuat hiasan.
Membuat pembakaran.
Menyediakan tanah liat.
Teknik apakah yang digunakan bagi penghasilan seramik ini ?
Teknik picit.
Teknik putaran.
Teknik lingkaran.
Teknik kepingan.
Tanah jenis apakah yang sesuai bagi penghasilan seramik ?
Tanah yang terdapat di kawasan rata.
Tanah yang berada di kawasan bukit.
Tanah yang mengandungi pasir kasar.
Tanah yang mempunyai kadar susut kering yang sedikit.
Penghasilan labu sayong seperti di dalam gambar menggunakan teknik
picit.
kepingan.
acuan.
lempar alin.
Mengapakah seramik perlu dibakar terlebih dahulu sebelum boleh digunakan ?
Mudah disimpan.
Supaya mudah dicuci.
Agar tidak mudah pecah.
Supaya kelihatan lebih menarik.
Berikut adalah fungsi seramik kecuali sebagai
perhiasan rumah.
kelengkapan ritual.
kenderaan domestik.
keperluan dapur.
Berdasarkan gambar di atas, seramik ini terkenal dikalangan kaum ?
Melayu
Kadazan
India
Cina
Perkataan seramik berasal dari bahasa Yunani 'keramos'. Apakah maksud 'keramos'?
Air
Api
Tanah
Tanah liat
Apakah teknik yang digunakan untuk membuat seramik di atas?
Picit
Kepingan
Lingkaran
Acuan
Teknik apakah yang digunakan bagi penghasilan seramik ini ?
Teknik picit
Teknik putaran
Teknik lingkaran
Teknik kepingan
